Gua Jadi Superhero! Apa Barang Pakai Topeng - Topeng Nih Derrr!! Tak Layan Lah!!

 Watak - Watak

Gua

Verna

Vitata

Vifazi

Rofluz & Rofliz

Doktor V-Za

Gua dapat misi pagi tadi! Gua kena pergi Langkawi naik sebuah bot besar daripada Alor Setar dengan 3 orang lagi rakan kerja gua! Misi gua dan rakan - rakan adalah untuk menjahanamkan markas Doktor V-Za yang terkenal sebagai ketua lanun yang berkepala botak.

Gua dan 3 orang rakan sekerja gua iaitu Verna, Vitata dan Vifazi telah ditugaskan untuk menyusup masuk dengan menyamar sebagai orang biasa dan berpura - pura berlakon sebagai pelancong setibanya di Pulau Langkawi. Jadi, gua dan rakan - rakan gua pun belakon macam biasa. Gua dan Verna pergi ke bahagian luar manakala Vitata dan Vifazi pula berada di bahagian dalam.

Tiba - tiba kecoh di bahagian dalam apabila Vitata dan Vifazi terpaksa berlawan dengan orang - orang upahan Doktor V-Za yang telah tahu gua dan rakan - rakan kini telah berada di atas bot. Keadaan kembali sunyi! Gua dan Verna pergilah mengendap sedikit untuk lihat yang telah berlaku dan nampaknya Vitata dan Vifazi berjaya menumpaskan orang - orang Doktor V-Za dengan jayanya.

Gua dan Verna kembali semua ke kawasan luar bot. Sedang seronok gua menikmati angin laut tiba - tiba datang 2 orang lelaki berbadan besar dan tegap menghampiri gua dengan mimik muka yang ganas dan kasar.

Rofluz : Hoi! Kau kah Hans?

Gua : Erkk!! Ya! Saya Hans! Awatnya?

Rofliz : Hoi!!! Aku adalah Rofliz. Ini adalah kembar aku Rofluz! Kau harus kami hapuskan dari muka bumi ini!

Verna : Hans! Kita dalam bahaya nih! Cepat kita larikan diri!

Gua : Kita tak boleh lari Verna! Kita sudah dikepung oleh si bodoh dua orang nih. Kita terpaksa berlawan dengan mereka!

Rofluz : Apaaaaa??? Kau kata aku bodoh? Rasakan penumbuk berapi aku yang hebat nih!


Pertempuran berlangsung dengan sengitnya namun Verna mengalami masalah apabila perutnya disepak oleh Rofliz dengan tendangan elektrik yang begitu dasyat sekali.

Verna : Lariiiiiii Hanssss!!! Diorang nih berbahaya! Jangan kau risaukan aku!

Gua : Vernaaaaaaaa!! Tak guna kau Rofliz! Berani kau pukul rakan gua! Rasakannnn!!!

Gua dengan garangnya pun memberi jurus maut gua pada muka si Rofliz. Tercampak Rofliz ke dalam laut dan kemudian terus dimakan oleh Paus Biru yang memang sudah lama bersedia untuk menjamu selera di malam hari.

Rofluz : Roflizzzzzzzzzzzzzzzz kembarkuuuuuu!!! Ahhhhhh!! Kauuu...kauuu...tak gunaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Rofluz begitu marah dah cuba membelasah gua! Tapi, apakan daya gua lebih hebat dari beliau. Dengan mudahnya gua membelasah beliau sehingga koyak rabak baju dan seluarnya.

Rofluz : Tolong! Jangan bunuh aku! Aku mengaku kalah!

Gua : Baik kau cium kaki rakan gua si Verna nih sambil minta maaf! Lekasssssss!!

Rofluz : Baiklah!! Saudari! Gua minta ampun sama lu! Maafkan gua!

Verna : Dah! Berambus kau dari kakiku ini!

Gua : Hoi mangkuk! Kau pergi masuk dalam bot! Kau pergi jumpa dua orang lelaki! Nama diorang Vitata dan Vifazi. Lepas tu kau sebut nama aku!

Rofluz : Baiklah!

Kemudian, Rofluz pun pergi lah kedalam berjumpa dengan dua orang member gua lagi tu. Gua dan Verna memerhati dari jauh dan kemudian kedengaran si Rofluz dibelasah pula oleh Vitata dan Vifazi. Hahahaha!

Verna : Cool kan kita nih! Jadi superhero tak pakai topeng pun. Relaks jer lawan dengan mangkuk - mangkuk tadi tu.

Gua : Apa barang beb pakai topeng - topeng merepek ni! Tak layan lah derrrr!

Lepas tu gua dan Verna pun gelak macam orang gila.......

Kurrrrr kurrrrrr kurrrrrrrrrrrrrrr(Ayam Berkokok)


Eh! Dekat mana gua nih? Dah sampai Langkawi kah? Asal macam kenal jer tempat nih? Mana Verna, Vitata dan Vifazi? Arghhhhhhhhhhhhhhh!!! Mimpi rupanya!! Cess! Gua dah tak dapat beza mimpi ker realiti tadi sebab macam betul - betul jer. Tapi, best juga bila mimpi jadi superhero nih. Dah lah tak bertopeng pun. Cool giler kutttttttt!!! Hahahahaha! Nak sambung tidur baliklah!! Nak mimpi jadi superhero lagi! Byeeeee!!

9 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ALA...
    padahal kau mimpi kau jd nenek kebayan tp smbg jd superhero!!!
    bhahah!

    BalasPadam
  2. haha .terbaek gile cite fiksyen !

    BalasPadam
  3. jgn mimp jadi mat jiwang plak pasnie eheheheheee

    BalasPadam
  4. sambungan..

    berangan lebih la lu der..hahaha

    BalasPadam
  5. Macam kenal jer watak kembar tu... Watak dalam Matrix kan?! haaa...

    BalasPadam
  6. mimpi mcm citer filem jela..hahaha

    BalasPadam
  7. I baru-baru ni pergi... mana ada dh runtuh rumah tu... ada je.. tp ditinggalkan.. dr luar nmpk buaian & panji-panji.. mcm tadika lah.. rumput pon dah naik tinggi~

    BalasPadam
  8. I baru-baru ni pergi... mana ada dh runtuh rumah tu... ada je.. tp ditinggalkan.. dr luar nmpk buaian & panji-panji.. mcm tadika lah.. rumput pon dah naik tinggi~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama