Hari Ini 28 Februari



28 Februari merupakan hari lahir orang yang saya amat sayangi iaitu abah dan abang saya.

Maaflah saya tak reti nak tunjukkan kasih sayang saya pada kalian secara luaran tetapi secara dalaman saya amat menyayangi kalian berdua.

Tak tahulah apa yang kalian berdua fikir tentang saya tetapi secara jujurnya saya amat mengambil berat pasal kalian berdua.

Saya mengharapkan agar umur dua insan yang saya sayangi ini diberkati Allah dan kalian sentiasa bergembira di luar dan di dalam hati.

Saya teringat waktu dulu mesti bila tiba hari lahir sesiapa pun mesti kita akan sambut dengan makan dekat luar. 

Seronok makan dekat kedai makan yang saya panggil kedai makan meja jepun sebab kita makan bersila dekat meja panjang beramai - ramai.

Yang lucunya bila kita pesan nasi goreng setiap seorang lepas tu pesan lagi mee ker satay ker beefsteak ker lepas tu mesti orang yang ambil order tu buat muka pelik.

Ialah! Kita berlima tapi makanan yang dipesan macam 10 orang jer. Keluarga kita kan kuat makan. Hahahaha!

Masa tu seronok sebab boleh kumpul ramai - ramai. Sekarang nih tunggu raya lah baru boleh kumpul ramai - ramai atau pun masa cuti - cuti sekolah. Itu pun belum tentu. Tapi dah lama tak pernah makan luar ramai - ramai.

Saya tak sabar nak kerja sebab bila ada duit saya nak sambut hari lahir setiap ahli keluarga kita ramai - ramai dekat luar. Minta - minta saya berkesempatan untuk melakukan dan merasai hari itu.

Apa - apapun, selamat hari lahir kepada abah dan abang saya.

(^_^)Y

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cutenye entri nie hans....hehe...hepy ebsday kepada mereke berdua

    BalasPadam
  2. celebrate kat lua 1 family mmg happening :)

    BalasPadam
  3. c-tea : entry nih nampak cute sebab saya menulis entry nih dengan penuh keikhlasan.. :-)

    BalasPadam
  4. wow!! hope ape yg hans hajatkan tercapai!! amin....

    BalasPadam
  5. bestnyerr dapat celebrate besday..amani lama dah tak celebrate...jauh dari family

    BalasPadam
  6. besday family.. romantiknya.. bila la nak rasa mcm ni.. tetiba rasa rindu kat ibu dan ayah kat mesia.. ibu.. nak balik mesiaaaaa

    BalasPadam
  7. Tahniah.. selamat hari lahir utk mereka.. :)

    BalasPadam
  8. selamat ulang tahun kelahiran buat mereka...hari ni juga hari lahir kawan sya.. :) (kuat betul ingatan saya)

    BalasPadam
  9. selamat hari lahir ayah hans n abang hans...:D

    nape dah xde shoutbox??

    BalasPadam
  10. cukuplah keseronokkan kalau ada org igt besday kita...yer tak???

    BalasPadam
  11. happy birthday ayah n abg hans!!!

    BalasPadam
  12. camat ari jadi utk abg & abah hans ;)

    BalasPadam
  13. selamat hari lahir buat mereka.. semoga impian kau tercapai..

    BalasPadam
  14. hm..kadang susah kita nak zahirkan rasa kasih sayang kita pada seseorang tu. kan Hans..
    Happy besday to ur papa n brother bro

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama