Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 1



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Tiada


Ulasan Hans:

Ini adalah episod pembukaan dan setiap peserta cuba untuk membuktikan kehebatan dan kelebihan masing - masing kerana ada antara peserta yang pernah bergelar juara dan ada juga yang walaupun tidak bergelar juara tetapi kerjaya mereka lebih hebat daripada yang pernah menjadi juara. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod pembukaan kali ini.


Kumpulan Jambu : 


Walaupun aku hanya kenal Tauke dan kurang kenal seorang lagi rakannya tetapi bagi aku aksi pembukaan ini menarik dan aku terhibur. Aku rasa idea mereka segar dan moga mereka boleh lakukan yang terbaik lagi pada episod ke-2 nanti.


Man : 


Masih segar dengan kejayaan menjadi juara Raja Lawak musim ke-5 dan persembahan Man kali ini boleh dikatakan biasa - biasa saja. Masih ada lucunya tetapi mungkin kerana saingan kali nih hebat - hebat jadi nampak Man agak tenggelam sikit. Namun, Man masih lagi lucu dan moga pada episod ke-2 nanti Man akan buat lebih terbaik.


Kumpulan XN3 : 


Aku kurang mengenali kumpulan ini tetapi aku rasa mereka juga agak lucu cuma sedikit terkejar - kejar. Barangkali mengejar masa. Apa - apapun, moga persembahan mereka semakin mantap pada minggu hadapan.


Amir : 


Minta maaf tetapi aku langsung tidak ketawa menonton aksi Amir. Sama ada lawaknya kita perlu berfikir atau lawak urban aku tidak pasti tetapi aku rasa Amir mungkin sepatutnya bergerak secara berkumpulan supaya dia dapat dibantu dan membantu. Entah! Kadang - kadang rasa kasihan melihat Amir kerana penonton ketawa bukannya sebab lawak beliau. Harap beliau boleh meningkat prestasi pada minggu depan


Kumpulan R2 : 


Persembahan yang mantap! Sangat lucu dan menghiburkan. Aku suka dengan lawak mereka kerana terasa sangat spontan dan datang dari jiwa. Cuma apa yang aku lihat lawak pada minggu ini kebanyakkannya dilihat kepada watak pelajar sekolah dan bukannya kepada watak guru. Jadi, mungkin lelaki yang memegang watak guru itu harus meningkatkan prestasinya kerana kehebatan kumpulan ini pada episod pembukaan ini lebih banyak disumbangkan daripada peserta yang memegang watak pelajar sekolah. Apa - apapun, tahniah dan harap minggu depan mereka akan tampil dengan aksi lebih lucu!


Alex : 


Aksi pembukaan Alex agak mendatar namun kemudian kembali bertenaga dan agak menghiburkan juga. Cuma mungkin Alex harus memberi lawak yang lebih segar kerana menjadikan bentuk badan sebagai bahan lawak adalah lawak yang kurang digemari sekarang. Apa - apapun, teruskan usaha anda Alex di minggu hadapan.


Kumpulan Jozan : 


Kumpulan ini merupakan salah sebuah kumpulan yang menjadi bualan ramai dan juga diramalkan sebagai bakal juara maharaja lawak. Persembahan mereka pada episod kali ini menarik dan lucu namun seperti ada kekurangannya. Kekurangan disini mungkin kerana lawak mereka sama seperti mana gaya mereka menjadi pengacara untuk musim - musim raja lawak sebelum ini. Memang hal ini merupakan satu cabaran yang besar kepada mereka kerana mereka selalu dilihat berlawak berbanding peserta - peserta lain jadi mungkin ramai penonton yang mahukan aksi lucu yang lain daripada biasa. Apa - apapun, kumpulan ini masih menampilkan aksi lucu dan moga pada episod ke-2 nanti persembahan mereka lebih menarik.


Kumpulan Wai : 


Gabungan juara musim ke-4 iaitu kumpulan Kecik dan Idlan kurang serasi nampaknya pada episod pembukaan ini. Bagi aku kumpulan Kecik sepatutnya membantu Idlan sebagai sebuah kumpulan dan bukannya menyalahkan Idlan yang dikatakan terlupa skrip. Sama ada itu gimik atau mungkin betul aku tidak pasti tetapi seharusnya mereka bekerjasama dan saling bantu - membantu jika mahu bersaing dengan peserta yang lain. Moga mereka tampil lebih serasi pada minggu hadapan.


Jihan : 


Satu - satunya peserta wanita dan persembahannya agak menarik jugalah walaupun lucunya biasa - biasa saja. Tak tahu nak komen apa dan harapkan Jihan boleh memberikan persembahan yang lebih menarik pada minggu hadapan.


Kumpulan Sepah : 


Buat pertama kalinya aku rasa kumpulan ini berlawak tanpa memasukkan elemen - elemen panas seperti mana merea menjuarai Raja Lawak musim ke-3 dahulu. Namun, persembahan mereka pada episod kali ini menarik dan lucu. Aku sangat terhibur dan moga pada minggu hadapan mereka tampil dengan gaya sebegini. Teruskan usaha kalian!


Kumpulan Balas : 



Sangat menarik dan terhibur! Mengangkat watak Hantu Makcik Karipap sebagai subjek utama lawak mereka pada minggu ini sememangnya menjadi. Mungkin ada yang berfikiran lucah tentang lawak mereka tetapi aku lebih suka berfikiran positif. Apa - apapun, persembahan mereka memang terbaik! Tahniah dan aku mengharapkan persembahan yang lebih mantap pada minggu hadapan!


Nabil :


Aku suka lawak Nabil minggu ini kerana lawaknya bermesej seperti mana sewaktu beliau menjuarai Raja Lawak musim ke-2 dahulu. Aku bukannya peminat Nabil tetapi bagi aku persembahannya minggu ini menarik dan menghiburkan. Tahniah Nabil! Moga episod ke-2 nanti anda akan melakukan aksi yang lebih mencuit hati beserta mesej anda yang segar.


Keputusan Undian Episod Pertama :



Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Pertama :

  1. R2
  2. Balas
  3. Jozan
  4. Nabil
  5. Sepah
  6. Jambu
  7. Man
  8. Jihan
  9. XN3
  10. Alex
  11. WAI
  12. Amir

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

12 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. rancangan baru ke nih..huh..macam menaeik je

    BalasPadam
  2. Hans,aku pon suka R2 dijadikan pemenang utk minggu pertama ni..lawak selamba gila...

    BalasPadam
  3. aku sempat tgk nabil je kt kedai makan.. heheh..

    BalasPadam
  4. hi hans,
    ada beberapa n3 yang menceritakan mengenai maharaja lawak dan paling details ialah n3 hans. siap ada komen secara peribadi.. terbaek!

    BalasPadam
  5. overall.. aku rasa amir je yang sadis sikit. Tapi ada la peningkatan dari masa dia dulu2 tu.
    Nabil - Kemas
    Sepah - Spontan habis
    Jozan - C'mon, bagus je tak cukup. Kena hebat.

    BalasPadam
  6. aku suka gile lawak balas minggu nih hehehe....

    BalasPadam
  7. arep tak tengok pon! tp mmber cakap yg karipap tuh best!huhu

    BalasPadam
  8. semalam balas paling lawak,sakit perut aku gelak.

    BalasPadam
  9. ala...kat umah xda astro warna...sedih nyaa...=(

    suka sgt kat nabil, R2, Jozan tu xpyh kata laa...

    go nabil goo..(nmpk sgt aku sk nabil kan..hehe)

    BalasPadam
  10. huhu suka sangat dengan Nabil, R2, JAMBU. huhu memang terbaik.. tapi Jozan. sedih betullah.. kena mantapkan lagi ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama