Analisis Hans : Maharaja Lawak Minggu 3



Pengacara:
AC Mizal


Juri:
Mamat Khalid, Ahmad Idham & Saiful Apek


Peserta - Peserta:


Penyingkiran:
Kumpulan WAI & XN3 (Untuk Episod Ke-2)
Kumpulan R2 (Minggu Ini)


Ulasan Hans:

Pada episod ke-3 ini yang bertemakan muzikal, kebanyakkan peserta telah mempersembahkan lawak jenaka yang sangat kreatif dan menghiburkan. Jadi, aku akan memberi komen ringkas kepada semua aksi peserta maharaja lawak mengikut urutan persembahan mereka pada episod ke-3 ini.


 Kumpulan Balas:


Lawak kumpulan Balas minggu ini menarik dan lucu. Walaupun ada bahan lawak mereka yang pernah di dengar dan lawak mereka banyak membawa maksud yang lain namun persembahan mereka memang menghiburkan. Apa - apapun, pemegang watak Tina memang tidak sesuai untuk menyanyi. Hehehhe! Namun, itu yang membuatkan persembahan mereka bertambah lucu dan menarik. Tahniah kumpulan Balas kerana permulaan yang menghiburkan daripada anda.


Alex:


Persembahan Alex minggu ini sangat menarik. Memang Alex salah seorang yang mempunyai kepakaran dalam menghiburkan penonton jika tema yang diberi ialah komedi muzikal. Cerita berkenaan Pencuri Getah memang menarik perhatian dengan susunan kata dan juga persembahan Alex yang cukup memukau. Tahniah Alex. Anda memang superb minggu ini!


Amir:


Persembahan Amir minggu ini sebenarnya ada jalan cerita yang menarik tetapi Amir tak pandai menggunakan kelebihan tersebut. Maaf Amir! Minggu ini persembahan anda gagal menghiburkan saya. Tak tahu nak komen apa dah sebab idea anda banyak tetapi anda tak pandai menggunakannya. Kasihan kepada peserta lain yang tersingkir sedangkan persembahan mereka lebih lucu daripada kamu.


Jihan:


Persembahan Jihan minggu ini ada yang menarik dan ada juga yang tidak. Isi cerita yang disampaikannya ada yang menghiburkan dan ada yang sudah dapat dijangka. Apa - apapun, persembahan Jihan minggu ini boleh dikategorikan masih bagus dan moga Jihan menunjukkan persembahan lebih lucu dan kreatif pada minggu depan.


Kumpulan R2:


Persembahan R2 pada minggu ini bagi aku tak menjadi. Selalunya R2 akan tampil dengan lawak yang sangat menarik tetapi minggu ini nampaknya persembahan mereka tidak menyerlah. Pengisiannya kali ini juga tidak menarik. Apa - apapun, sedikit kecewa melihat R2 telah tersingkir pada minggu ini.


Nabil:


Persembahan Nabil pada minggu ini sangat kreatif dan superb. Beliau memang hebat menggunakan beberapa props yang ada dan lalat serta bos yang digambarkannya itu seolah - olah memang betul - betul wujud. Tahniah Nabil! Tak sangka hanya dengan sebuah meja dan lalat - lalat yang tak wujud itu mampu menghasilkan persembahan yang menarik menggunakan sebuah lagu daripada Bruno Mars yang diubahsuai sesuka hati oleh anda. Hahaha! Persembahan anda memang superb! Mungkin bakal menjadi Maharaja Lawak! Siapa tahu bukan? Tahniah sekali lagi!


Kumpulan Jambu:

Persembahan kumpulan Jambu pada minggu ini agak unik. Mereka selalu tampil dengan idea - idea unik tetapi menarik. Apa - apapun, tahniah kerana kumpulan Jambu memang menjadi salah satu kumpulan yang memang memberi saingan yang sengit serta antara pilihan untuk menjadi Maharaja Lawak pada siri ini. Moga minggu depan mereka tampil dengan persembahan yang lebih memukau.


Kumpulan Sepah:


Persembahan kumpulan Sepah pada minggu ini sangat lucu dan spontan! Aku tak tahu nak cakap apa tapi memang menarik dan sangat menghiburkan! Tengok wajah mereka sahaja sudah mampu buat aku ketawa dan lawak mereka pula memang kemas, ada pengisian dan logik! Tahniah Sepah! Tahniah! Terbaikkkkkk!! Kalian Bakal Maharaja Lawak!


Man:


Persembahan Man pada minggu ini kembali menyerlah. Tak seperti minggu lepas kerana kali ini Man kembali tampil dengan persembahan yang mantap dan menarik. Permulaannya dah hebat cuma pada pengakhirannya kurang lucu sikit. Mungkin kerana pengulangan lawak pada permulaan persembahan menjadikan ia kurang menarik perhatian penonton. Apa - apapun, Man sudah kembali memberi saingan dan tahniah kepada Man. Moga persembahan pada minggu depan semakin baik.


Kumpulan Jozan:


Persembahan Jozan pada minggu ini sangat lain. Lain yang bukannya bermaksud tidak menarik tetapi persembahan yang terbaik dan mantap. Berbanding dengan 2 episod minggu lepas nampaknya inilah lawak yang amat aku nantikan daripada mereka. Tahniah kumpulan Jozan! Inilah lawak yang sepatutnya anda berdua persembahkan bermula pada minggu pertama lagi. Apa - apapun, memang terbaik dan moga minggu depan kalian berdua akan tampil dengan aksi yang lebih lucu dan menghiburkan. Tahniah!


Persembahan Bonus:


Usop Wilcha


Selamba habis! Hahahahaha! Hebatlah Usop Wilcha!



Juri Maharaja Lawak:

Berlawak tanpa persediaan yang cukup jadi boleh dikatakan itu adalah lawak yang terbaiklah yang dipersembahkan oleh mereka bertiga. Hahahaha! Boleh lah tu kan? Heheheh!


Peserta Pilihan Hans Untuk Minggu Ketiga :

  1. Nabil
  2. Sepah
  3. Jozan
  4. Alex
  5. Jambu
  6. Balas
  7. Jihan 
  8. Man
  9. R2
  10. Amir

P/S : Masing - Masing Ada Citarasa Tersendiri.

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. nabil, sepah ngan jambu memang fabret aku. ahaha.

    BalasPadam
  2. suka sama nabil, jozan, balas, jambu, sepah..drg mmg mantap abes~~

    BalasPadam
  3. ni yang kena download ni. tak sabar aku nak tengok betapa lawak nya mereka

    BalasPadam
  4. cber bayangkan kalau tiba2 yang menang dalam maharaja lawak..amer!!

    terbek..^^Y
    harap r2 x kn mngalah..

    BalasPadam
  5. tak pernah pun tengok maharaja lawak ni. rumah tak ada astroooo. uwaaaaa!

    BalasPadam
  6. aku suka tengok Nabil,jambu dan man. eh. kumpulan apa yg tersingkir? aduhai.. kesian Amir ..sapa lah undi dia.huhu

    BalasPadam
  7. Jambu, jozan dan Nabil sangat best..

    BalasPadam
  8. nak g tengok nabil di youtube la. hans sesuai jadi pengulas :)

    BalasPadam
  9. bagus lah hans ni..rajin wat ulasan cam ni. nmpknya MRL kena jemput hans jd juri jemputan:)

    BalasPadam
  10. Jambu..jambu..jambu..jambu.. hahahahaaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama