Drama Juvana



Drama:
Juvana


Pengarah:
Faisal Ishak


Pelakon:
Zahiril Adzim, Bront Palarae, Izreen Azminda,
Irfan Roslan, Beto Kushairy, Kuswadinata & Etc.


Jumlah Episod:
13


Siaran:
TV3


Waktu:
Isnin(9.00 malam)


Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Daim, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak kerana dituduh membunuh ibu serta teman lelaki ibunya walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Disana, Daim telah ditempatkan dengan beberapa pelajar yang sememangnya bermasalah dan suka mencari masalah. Ditambah pula dengan beberapa orang guru serta warden yang langsung tidak peduli tentang apapun yang terjadi terhadap Daim dan beberapa orang rakannya yang selalu dibelasah oleh kumpulan Botak yang boleh dikategorikan sebagai otai tempat tersebut. Jadi, bagaimanakah Daim menjalani kehidupan di pusat tersebut yang rata - rata penghuninya memang berkelakuan ganas dan samseng sedangkan Daim sebaliknya. Saksikan drama hebat ini di kaca televisyen anda.


Ulasan Hans:

Aku baru berkesempatan menonton drama ini pagi semalam dan melalui pemerhatian aku pada episod pertama ini memang drama ini berjaya menarik perhatian aku untuk mula mengikuti episod yang seterusnya. Tema yang menarik kerana rasa - rasa belum ada lagi drama Malaysia yang memberi fokus utama kepada kisah dunia juvana di kalangan remaja yang pernah terlibat. Mungkin sudah ada drama - drama sebelum ini yang sebegini dan aku mungkin terlepas pandang tetapi bagi aku drama Juvana ini memang menarik untuk ditonton.


Pelakon Utama Drama Juvana


Banyak persoalan yang ditimbulkan atau dicipta melalui setiap watak yang menyokong antara satu sama lain. Nilai dan moral cerita yang bagus walaupun ditonjolkan dengan beberapa babak ganas yang agak dasyat seperti pukul memukul. Bagi aku drama ini mempunyai sedikit kuasa untuk memberi pesanan khususnya kepada remaja bawah umur untuk mengelakkan diri mereka daripada melakukan kesalahan yang memungkinkan mereka dimasukkan kedalam pusat pemulihan ini.


 Watak - Watak Gangster Yang Memang Otai Dalam Drama Juvana Nih

Jadi, aku tidak sabar untuk menonton episod seterusnya untuk mengetahui apakah yang bakal terjadi terhadap Daim serta rakan - rakannya yang lain terutama Black dan Apek. Selamat menonton drama Juvana pada hari ini jam 9.00 malam yer.

28 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. suka tgk beto..hehe.
    best cite ni

    BalasPadam
  2. jyeah! saya termimpi zahiril adzim sebanyak 2 kali selepas menonton drama ini.. hehe :))

    BalasPadam
  3. Shafiq : yups...best

    Wida : aku suka lakonan Beto cuma tension tengok rambut dia...hohoho

    Eny : amboi...mimpi Daim ker mimpi Botak? hahahaha

    Myvitrd : owh...thanks

    BalasPadam
  4. eh yeke?? ketinggalan lagi aku... T_T
    sekarang dah episod berapa??

    BalasPadam
  5. RedVixen : baru nak masuk episod 2...hahaha...sempat lagi kejar

    BalasPadam
  6. wah tahniah sbb berjaya nonton drama melayu tanpa terlelap..hahaha..btw,syiera bucuk suke cite2 yg berunsur nasihat ni..sesuai tmbh2 pda zaman kte yg tgh nazak dh ni..=)

    BalasPadam
  7. nak tgk cter ni tapi tak dapat sebab duduk hostel. aisehh

    BalasPadam
  8. mimpi daim la.. tp botak pun hot juga.. harap2 lepas tgok malam ni termimpi botak pula lah :DDD

    BalasPadam
  9. serius best? ok kne tgk,da la jarang tgk tv
    download je la,hahah

    BalasPadam
  10. episod 1 aritu tgk skit...mmg dpt tarik perhatian citer ni..

    BalasPadam
  11. da xnk tengok citer
    sbb 1st episod da tgk sngt kejam
    xsnggup nk tgk da:-(

    BalasPadam
  12. panjang tu kiut pulak jadi gengster.
    huhu

    BalasPadam
  13. suke citer ni !!
    tak sabar nak tengok malam ni even esok exam.
    kikiki ;p

    BalasPadam
  14. nice drama kot..
    hehehe.. tv aku xde so xleh tengok sehingga balik ke rumah
    hehehe
    yg kelemahan utama drama ni
    wataknya umur 15-17..
    tp badan2 semua macam pelajar universiti 20 tahun ke atas.. ape kejadahnye :P

    BalasPadam
  15. nas : waktu aku sekolah dulu semua badan macam nih jer masa form 4 dengan form 5....apa yang peliknya?

    BalasPadam
  16. ramai yg kata best cerita ni...tp LM tak pernah tgk pun

    BalasPadam
  17. Kena tengok ni..Drama dan cerita Malaysia pun dah makin ok sekarang ni..

    BalasPadam
  18. ic best ea..orait nt try tengok jap la..thanks~

    BalasPadam
  19. cikmoon 1st tengok drama ni mlm tadi.. hehhee.. sblm ni x berkesempatan nak tgk..huhu

    BalasPadam
  20. Jalan cerita Juvana yang sangat menarik untuk ditonton...=)

    BalasPadam
  21. cite tu lain dari yang lain.. cuma cam poyo lak tengok budak2 tu..
    tapi kena tengok gak cerita seterusnya camne dulu..

    BalasPadam
  22. belum pernah lagi tengok cerita ni..

    kalau aku tengok drama melayu, tu 1 keajaiban bagi aku..

    muahahahahaha

    BalasPadam
  23. sis tgk 2episod dah, ternyata snagat bestt dan terujaa..kejamm jgk dorang niee..mmg nampak reall

    BalasPadam
  24. drama ni bagus..sesuai untuk semua lapisan..sangat sesuai untuk bakal guru bimbingan dan kaunseling...tugas berat seorang guru,...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama