Review Filem : The Brest Fortress



Filem:
The Brest Fortress


Pengarah:
Alexender Kott


Genre:
Drama, Aksi & Peperangan


Pelakon:
Andrey Merzlikin, Veronica Nikonova, Pavel Derevyanko,
Anna Tsukanova, Aleksei Kopashov, Aleksandr Korshunov & Etc.


Penilaian:
5 / 5


Sinopsis:

Filem perang ini berdasarkan kisah benar diantara pihak tentera Soviet Union yang mempertahankan kubu mereka yang diberi nama Brest Fortress daripada serangan tentera Nazi Jerman pada Jun, 1941 selama 9 hari. Sasha Akimov, remaja lelaki yang berusia 15 tahun ketika perang itu meletus merupakan salah seorang ahli muzik pihak tentera yang bermain trumpet menjadi salah seorang hero yang terselamat walaupun sebelum itu kehadirannya tidak dipandang oleh ahli tentera yang lain. Walaupun tidak pernah mengangkat senjata tetapi kerana perang ini maka Shasha telah membuktikan bahawa beliau mampu menyumbang bakti kepada tanah airnya sendiri. Saksikan filem hebat ini di bawah!


Ulasan Hans:

Sebelum itu aku nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Blogger Ata yang mencadangkan aku menonton filem patriotik hebat dari negara Rusia ini. Bagi aku ini adalah salah sebuah filem perang yang sangat menarik yang pernah aku tonton dan memang banyak perkara dan benda yang aku boleh belajar selepas menonton filem yang cukup bermakna dan mampu memberi impak yang begitu mendalam terhadap emosi aku. Memang sangat berbaloi dapat menonton filem yang berdurasi sekitar 2 jam ini.


Aleksei Kopashov Yang Hebat Menghidupkan Karakter Sasha Akimov


Kepada anak - anak muda Malaysia terutama yang tidak ada hala tuju atau haluan hidup yang tetap tu maka aku menyarankan kalian menonton filem ini. Lihat sendiri apakah usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh Sasha Akimov yang ketika kejadian baru berusia 15 tahun terhadap negaranya. Walaupun sebelum ini beliau hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh tentera lain kerana beliau hanya bertugas sebagai ahli muzik tentera tetapi akhirnya beliau telah membuktikan bahawa beliau juga mampu menyumbang sesuatu kepada negaranya walaupun beliau kehilangan deria pendengaran akibat letupan bom berdekatan dengan telinganya.


Salah Satu Adegan Di Dalam Filem Ini


Filem ini bagi aku memang menarik kerana nilai patriotik yang cukup tinggi. Ditambah dengan nilai kemanusiaan yang begitu mendalam dan bagaimana pembinaan karakter Sasha Akimov yang cukup mengagumkan aku. Bagi aku filem ini sebenarnya memberi satu persoalan yang sangat menarik sekali kepada penonton - penontonnya iaitu 'Jangan Bertanya Apa Yang Negara Boleh Berikan Kepada Kamu Tetapi Apa Yang Kamu Boleh Berikan Pada Negara Kamu!'

Jadi, kepada yang berminat untuk mengalami sendiri apa yang aku rasa maka boleh tonton filem ini secara online di bawah perenggan ini.




P/S : Bilalah Malaysia Nak Hasilkan Filem Perang Yang Sebegini! Aku Bukannya Mengharapkan Hasil Letupan Atau Bom Yang Realistik Tapi Lebih Kepada Nilai Patriotik Yang Tinggi Seperti Filem The Brest Fortress Ini!

18 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Abeh exam jek tros nk tgok cte neyh! hee~

    BalasPadam
  2. nak tunggu cerita captain america =)

    BalasPadam
  3. mcm best cte ni , kne tengok nih..

    BalasPadam
  4. kalau banding dengan tae guk gi yang mana lagi best? sebab cerita tae guk gi je cite perang yang aku rasa bagus....bagi aku lah...

    BalasPadam
  5. atie rahman : hohoho...den exam xhabis pun dah habis tgok film nih

    lampu neon : captain america buat apa..hohoh

    amzar : memang besat

    redvixen : setiap kisah perang ada menariknya...cuma aku lebih suka kisah nih...

    BalasPadam
  6. fuh, lajunye dia review..mantap2...terbaik lah bro...betul, mesej dalam filem ni jelas kan?

    yang penting frasa ni perlu diberi perhatian semua,"Jangan Bertanya Apa Yang Negara Boleh Berikan Kepada Kamu Tetapi Apa Yang Kamu Boleh Berikan Pada Negara Kamu!'

    BalasPadam
  7. uwah!!
    minat gak citer2 perang yg diadaptasi dr kisah benar ni.. sptnye mngulang sejarah dlm bntuk prsembahan ke layar perak..

    cuma kdg2 khuatir dgn satu klausa yg prnah sy dgr..
    "sejarah dicipta oleh mrk yg brkuasa pd waktu itu". Jika pd wktu itu yg brkuasa adalh yahudi dan kristian.. agknya susah utk kte fhmkn apakh sejarah yg kte ktahui itu tulen ataupn tlah diubahsuai. sbbnya dah bnyak sejarah ttg kegemilangan umat Islam tlah digelapkn oleh mrk sbaliknya ketamadunan mrk yg diangkat..

    tp..wait3! aku x kate xleh tgok cter. tp sbg muslim.. brpada2. so, jom kte tgok same2!!! hihi..

    tq hans.. siap share kut fb lg..hehe. peace! ^_^

    BalasPadam
  8. Ibn Abdullah : lepas tgok terus buat review...thanks pada ekau yg mencadangkan teman tengok film nih

    Hafriz : mana2 filem perang pun kebanyakkannya diubah oleh negara yang menghasilkan filem tersebut untuk menunjukkan kehebatan negara masing...berkenaan hal agama pula...ini adalah kisah tentang Rusia berperang dengan Germany jadi tak ada kena mengena dengan Islam mahu pun Kristian. Tonton dan lihat sendiri mesej yang terdapat di dalam filem ini.

    BalasPadam
  9. takleh lawan hikayat merong mahawangsa la

    BalasPadam
  10. Wan : Hikayat Merong Mahawangsa? hahahaha...filem tu yang tak mampu nak lawan kehebatan filem nih...

    BalasPadam
  11. oh.. tersalah kotak ker nih?
    (malu2) hehe..

    wallahua'lam..
    DALAM HIDUP INI.. APA YANG KITA 'LIHAT', ITULAH YANG AKAN KITA DAPAT.

    seraaannggg!!! hik2

    BalasPadam
  12. hafriz : hah...dalam hidup nih tak cukup sekadar melihat jer bang...perlu kajian...kalau tidak ketinggalan.. :-)

    BalasPadam
  13. pergh, cite nazi mesti best..itu biasa bagi filem luar buat filem dengan jiwa, almost la

    BalasPadam
  14. cm best je..layan jap..thanks :)

    BalasPadam
  15. tanak tgk..sorang2,heh, ada masa tgk la, aku ingtkn nma sasha tu pompuan je kui3

    BalasPadam
  16. Memang suka ni..filem perang klasik..

    BalasPadam
  17. wah!! minat r cite camni... must2 tengok... thanks priview~~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama