Review Filem Kongsi



Filem:
Kongsi


Pengarah:
Farid Kamil


Genre:
Aksi & Komedi


Pelakon:
Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Azad,
Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee & etc.


Penilaian:
3 / 5


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang 3 kumpulan kongsi gelap terbesar sekitar Kuala Lumpur yang terdiri daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang mula bergaduh sesama sendiri kerana ketua - ketua atau ahli - ahli berpengaruh di dalam kumpulan mereka ditemui mati dibunuh oleh seseorang. Setiap kumpulan menuduh antara satu sama lain yang sedangkan pembunuh sebenar ialah Tumulak, seorang pembunuh upahan yang berasal dari Thailand. Beliau mendapat arahan daripada ketua Gangster Thailand iaitu Kimpedu yang mahu menguasai kawasan - kawasan hitam di Malaysia daripada kumpulan kongsi gelap Malaysia. Kegiatan Tumulak akhirnya dikesan oleh polis Malaysia dan beliau kini diburu oleh polis serta kumpulan kongsi gelap yang ingin membalas dendam atas perbuatannya selama ini. Tanpa disangka, ASP Sharif yang mengetuai pasukan polis dalam memburu Tumulak sebenarnya mengenali rapat pembunuh upahan itu. Siapakah Tumulak sebenarnya? Apa kaitan beliau dan ASP Sharif? Mampukah Tumulak diberkas oleh pasukan polis atau kumpulan kongsi gelap Malaysia? Saksikan sendiri di pawagam berhampiran anda.


Ulasan Hans:

Jika dilihat pada sinopsis yang terdapat di Sinemamalaysia, ada dinyatakan bahawa Tumulak lakonan hebat Shaheizy Sam turut diburu oleh Maia iaitu pembunuh upahan kedua yang diupah leh Kimpedu tetapi aku tidak pasti adakah aku terlepas pandang sebab sepanjang aku menonton filem ini tidak pula aku terperasan dengan watak Maia. Mungkin adegan ini telah dipotong atau aku terlepas pandang. Aku tidak pasti! Aku juga tidak pasti tetapi jika tak silap aku ini adalah karya ke-2 Farid Kamil selepas Rempit V3(jika salah sila beritahu aku). Terdapat banyak jugalah peningkatan jika dibandingkan filem Kongsi ini dengan Rempit V3 tetapi apa yang dapat aku simpulkan kedua - dua pengakhiran filem ini kurang memuaskan hati aku.


Aku Suka Babak Pertarungan Nih


Bagi aku plot dan jalan cerita ini filem ini kurang menarik atau lebih tepat lagi tidak kuat dalam menyokong antara satu sama lain. Ada banyak persoalan yang dicipta tetapi adegan yang ditimbulkan untuk menyokong persoalan itu tidak membantu seperti kenapa Kimpedu terlalu ingin menguasai kongsi gelap di Malaysia. Jika dilihat pada sinopsis memang aku tahu beliau mahukan wang dan kuasa tetapi jika ditonton di dalam filem aku tidak nampak semua itu. Bagaimana Tumulak yang melarikan diri daripada polis tiba - tiba mampu memiliki sebuah kereta yang gah dalam sekelip mata juga sedikit mencacatkan filem ini.


 Salah Satu Aksi Menarik Di Dalam Filem Ini


Bagi aku filem ini sebenarnya hebat dari segi pertarungan, aksi dan komedi yang dicetuskan oleh pelakon - pelakonnya seperti Shaheizy Sam sendiri serta Fizo Omar dan Azad serta watak ketiga - tiga ketua kongsi gelap terutama Pak Piee sangat membantu menghidupkan unsur humor filem ini. Aksi pertarungan yang ditonjolkan oleh pelakon wanitanya terutama Yana Samsudin juga amat menarik hati kerana hari ini aku terasa puas dapat menonton aksi pertarungan daripada seorang pelakon wanita Malaysia yang kelihatan gagah dan tangkas berbanding filem - filem lain sebelum ini yang pelakon wanitanya apabila berlawan kelihatan terlalu kewanitaan.


 Aku Suka Lakonan Shaheizy Sam Di Dalam Filem Ini


Cuma sayangnya disini ialah dialog yang diucapkan oleh Shaheizy Sam di dalam loghat Kelantan kali ini tidak banyak dan selalu berulang - ulang yang kadang kala membuatkan aku sedikit bosan namun lakonan beliau memang berkesan dimata aku. Apa - apapun, dari segi aksi dan komedi bagi aku filem ini memang agak berjaya membuatkan aku terhibur dan teruja menonton cuma sayangnya plot dan susunan jalan cerita filem ini hanyalah biasa - biasa sahaja.


Antara Pelakon Utama Filem Kongsi


Aku tidak pasti tetapi jika dilihat daripada sinopsis mungkin ada beberapa adegan daripada filem ini yang telah dipotong barangkali sehingga mungkin membuatkan jalan ceritanya sedikit kabur atau kurang jelas. Apa - apapun, filem ini banyak diselamatkan oleh aksi dan lakonan setiap pelakon - pelakonnya yang banyak membantu untuk membuatkan filem Kongsi ini mampu ditonton sehingga penamat. Bagi aku mungkin filem ini terlampau memfokuskan pada aksi - aksi atau lagak ngeri sehingga pengarah terlupa atau mengabaikan kekuatan jalan cerita filem ini.

Namun, masing - masing ada citarasa sendiri jadi adalah lebih baik anda pergi menonton sendiri di pawagam. Selamat menonton yer!


P/S : Bagaimana Anda Yang Sudah Menonton?
Puas Hati? Kongsikan Di Ruang Komen Entry Ini!

53 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. badan tough tu. nak tengok aa.. ade gak kwn ckp ending dy xbest. ni nak tgok ni.!

    ردحذف
  2. x skom ore isle pkai tatu fake gtuhhh

    ردحذف
  3. Macam best je bro.. Nanti nak tgk gak lah :)

    ردحذف
  4. huaaa.. nk tgk cite ni sbb ade sam.
    tapi wayang jauh gile T__T

    ردحذف
  5. tak tgk lagi

    tapi x kira..best ke tak, tetap nak tgk..sbb ada shaheizy sam:)

    suka..

    ردحذف
  6. mg da lm tgu muvi ni. nk sgt tgk sb ada sam. hee.

    ردحذف
  7. wow wow macam best, tak sabar nak tengok. (:

    ردحذف
  8. tadi nak tengok tapi full gila !!
    T_______T

    ردحذف
  9. ramai betul yg review cerita ni kurang menarik terutama jln ceritanya..

    ردحذف
  10. kalau hans dah cakao gitu.. maknanya citer ni memang tak bestlah... huhuhu..

    ردحذف
  11. Faaein Talip Roy : untuk komedi dan aksi best jer...tapi jangan mengharap lebih lah untuk jalan cerita..

    ردحذف
  12. eee..apsal ramai cakap tak best??ni was2 nak pegi tengok.

    ردحذف
  13. best2..dah ngk dah..g ngk..heee..:)

    ردحذف
  14. tgk lagi ni bro..tgk preview kat utube cambesh..huhuu

    ردحذف
  15. Sam antara pelakon lelaki yang aku minat..lakonannya unik..nampak real..

    ردحذف
  16. suka tagline dia - lulangsi, lu mati! haha

    ردحذف
  17. Alan Rizque : Sam memang berbakat tetapi bakat dia masih belum teruji sepenuhnya...harap2 pada masa akan datang ada pengarah yang menghasilkan filem yang betul2 berkualiti yang akan offer Sam untuk menjadi pelakon utama filem mereka

    ردحذف
  18. aku ingatkan citer ni citer serius. komedi rupanya.. walau apa pun, aku nak tengok jugak. peminat filem melayu nih. hehe :P

    ردحذف
  19. asada : serius tu ada juga tapi komedi tu banyak lagi dari serius :-)

    ردحذف
  20. nak kene pi tengok..
    mesti best n kelakr..

    ردحذف
  21. filem wajib tgk taun nie sbb dah lama sgt film ni dipromosi...nak tau gak sejauh mane kekuatan citer nie..

    ردحذف
  22. pakcik pun suko...!ala2 young n dangerous gitu...!

    ردحذف
  23. ramai orang menunggu sam.. :)

    ردحذف
  24. aku setuju ngan pendapat ko.jln ceritanya putus2..takde kesinambungan..pastu ada sikit2 lakonan yg terlalu berlebih-lebihan..

    ردحذف
  25. laaa... farid kamil pengarah dia rupanya!

    ردحذف
  26. tp cam ramai je compalain cite ni kata ta best.. huhuh

    ردحذف
  27. meh tengok Kl ganster.... layan sorang2 dulu kang baru tengok kat wayang..

    ردحذف
  28. hilang habis komen2 terdahulu....korang komen balik lah...hahahaha

    ردحذف
  29. semalam baru tengok...mmg mengecewakan..

    ردحذف
  30. faiz : owh...dah tgok? mengecewakan dari segi apa? share2

    ردحذف
  31. baru tgk gak semalam~

    lawak je la bleh tahan

    sy bwa adik drjh 5 tgk..

    haha..dia punya la gelak kaw kaw dalam tu..
    saya leh lak buat muka serius..

    bukan sbb x lwak..tpi sbb xde mood nak gelak. =_='

    ردحذف
  32. ummm... semua persoalan masa tgk citer ni dah dinyatakan hans...
    setuju semua... tapi ade kekurangan ade kelebihan juga... ^^

    ردحذف
  33. farid kamil klo mengarah action filem memang terbaik.. cume plot cerita la kureng.. :)

    ردحذف
  34. zaty : erkk? mana gi mood kamu?

    ishiko : yups...untuk aksi dan komedi memang best tapi moral n jalan cerita kureng

    syuk : tahu xper...aksi dia best

    ردحذف
  35. teringin nak tengok
    tp belum sempat =,="

    ردحذف
  36. tgk iklan pun dah agak.. mesty ade komedi ni.. tak bolh tahan time pompuan tuh pgg pistol.. haha.. bergegar

    ردحذف
  37. td baru tgk.frust jgk la.tgk trailer mcm terbaik.ble tgk betul2 kurang.

    tp part 'nibong tebell..' mmg terbaik!

    ردحذف
  38. tak tgk lagi. tapi boleh agak filem ni dibuat hanya utk dptkan untung,populariti bukan kualiti :)

    ردحذف
  39. ramai yang cakap tak best.. tak tengok lagi.. tapi.. tula.. bila orang cakap tak best..jadi tak semangat nak tengok

    ردحذف
  40. memang mengecewakan filem ni..banyak kelemahan...setuju, aq tengok cite ni memang mana ada MAIA tu...haish...teruk2...penat aq bebel dalam review kat blog aq...haha..

    ردحذف
  41. hmm, rmai kwn aku ckp yg citer ni best.. tp x smpat lg nk tgk.. btw, lakonan shaheizy sam mmg mantop ah..

    ردحذف
  42. priest/fast n furious/kongsi..

    fnf 5 lah! he he he

    ردحذف
  43. tunggu kl gangster pulak :D

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم