Tahniah Pasukan Bola Sepak Malaysia! Malaysia 2 - 1 Lebanon!

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang kacak lagi cun melecun. Hahhh!! Gua tadi punya lah khusyuk layan perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Lebanon dekat internet tadi. Dah lah tersekat - sekat! Bila sampai dekat Lebanon serang gawang Malaysia tiba - tiba lama dia berhenti. Fuh! Memang kecut perut gila lah gua!




Sudah lah Malaysia bermain 10 orang jer! Memang meriah gila timeline twitter gua tadi memberi sokongan pada pasukan Harimau Malaya walaupun mereka tak dengar. Hehehehe! Apa - apapun, perlawanan yang mendebarkan sudah berakhir dengan Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia 2012 dengan keputusan memihak kepada Malaysia dengan jaringan 2 gol berbalas 1 oleh pasukan Lebanon. Gol pertama dijaringkan oleh Mohd Irfan Fazail pada minit ke-9 manakala gol kedua pula hasil jaringan Wan Zack Haikal pada minit ke-41.


Bro Apek! Mai Kedah Aku Belanja Hang Makan Laksa!


Lawan Malaysia untuk pusingan ketiga nanti masih belum diketahui kerana undian akan dibuat pada 7 Julai nanti. Apa - apapun, aku sangat kagum dengan permainan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek sebab tangan dia memang ada magnet. Tahniah semua pemain. Harap korang buat lebih baik untuk pusingan ketiga nanti! Tahniah!

P/S : Gembira Betul Malaysia Menang! Suka Gol Pertama! Cayalah! Malaysia Boleh! Aku Sangat Bangga Malaysia Menang Malam Nih! (^_^)Y

33 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. walaupun tak dapat tengok tadi, tetap menanti keputusan ni. hehe :D

    ردحذف
  2. oyeah, ak tengok 2nd half je td
    dah la main 10 orang, pastu main bertahan je
    cuak gila kot
    seb baik menang,huh

    tahniah skuad malaysia!

    ردحذف
  3. kakak tengok kat tv..., memang menarik perlawanan tu, masa masa pertama, tp masa kedua, kecewa sikit, permainan malaysia dah tak berapa hot dah...banyak bertahan pulak,

    ردحذف
  4. waaahh daa naek daa bola sepak malaysia..hrp dpt msuk olimpik

    ردحذف
  5. ye ke?? patut la terjerit2 satu blok hostel ni tadi.. hahahaha!!

    apapun saya suke bila Malaysia menang..!! yezza !!

    ردحذف
  6. Tahniah untuk pasukan Malaysia..

    ردحذف
  7. tak tgk, tapi boley dgr 1 flat ni memekak bila malaysia golkan bola...huhuhu.

    fenomena besa bila dok kat flat..

    apapon, tahniah kepada pasukan malaysia..

    ردحذف
  8. yeah! da tgk td.. mmg ohsem... :D

    ردحذف
  9. masa second half memang dah risau kalau lubnan dpt samakan kedudukan..namun malaysia berjaya bertahan dengan baik sehingga tamat perlawanan..gol kedua pun cantik gak..(:

    ردحذف
  10. aku pun..aku pun..hihi..malaysia boleh!!!!

    ردحذف
  11. hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
    i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

    ردحذف
  12. cngratulations!! mkin gah la harimau malaya mengaum pasni.. Apex!! ILY!!! weeee~~~

    ردحذف
  13. berdebar aku tengok game spruh masa ke-2..huhu

    ردحذف
  14. suka mata Apek..
    sepet2 gitu..

    heeeeeeee

    ردحذف
  15. tgk game ni mlm td..
    mmg best lah..suka MAS menang..=)

    ردحذف
  16. ahahahaha~ malaysia menang ni, agak2 dpt cuti x?? hihii~ ^_^

    ردحذف
  17. hans takkan nak belanja khairul fahmi ja, eny pun nak makan laksa :p

    ردحذف
  18. mmg terbaik game mlm td....papa mifz suka gol kedua..:)

    ردحذف
  19. stailo lah...walaupun aku xtgk n just bace je..aku tumpang gembira selaku anak malaysia...tahniah2..=)

    ردحذف
  20. owhh..menang erkk.. baru tau.. xnengok pown.. huhu~ letih sgt..

    ردحذف
  21. aku tgk gol highlight je..mmg terkejut tgk dua-dua gol malaysia..cantik gile tu..

    ردحذف
  22. kalah menang abang tetap sokong :)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم