Jangan Tinggalkan Link Entry Anda Di Ruang Komen

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans yang dikasihi sekalian(wah...hahaha). Hah! Gua memang suka kongsikan link entry terbaru gua bila gua komen dekat entry blogger - blogger lain. Bukannya apa! Pada pandangan gua bila gua dah letak link entry gua jadi senang lah untuk tuan punya blog tu klik dan baca terus. Tak perlu nak klik nama gua lepas tu cari blog gua dan nak komen entry gua. Kemudian, mungkin dekat letak link tu secara tak langsung dapat menarik perhatian blogger lain untuk membaca entry tersebut.




Tetapi, semalam Blogger Daus Pozi nih bagitahu gua jangan letak link entry gua dekat bahagian komen. Kemudian, beliau suruh gua baca ENTRY CIKGU DAHLIA. Jadi, gua pun dah faham dan memang agak cuak lah kalau jadi macam nih. Tambah - tambah baru - baru nih kan blog gua pernah hilang sekejap. Nasib hilang sekejap jer! Kalau hilang terus memang gua meroyan lah seorang diri. Hahahaha! Jadi, dengan ini gua nak bagitahu lah yang  gua tak akan tinggalkan LINK ENTRY GUA dekat ruang komen korang dan gua takkan APPROVE KOMEN KORANG YANG DISERTAKAN LINK ENTRY KORANG buat sementara waktu.

Gua hitamkan perkataan tu bukan marah pun sebab gua pun selalu jer buat cuma nak bagi korang nampak jer. Gua cuma nak kongsi perkara ini jer lah untuk kebaikan bersama kan! Jadi, teruskan berblog dengan gembiranya cuma perkara nih masih belum dijamin lagi lah kesahihannya. Mungkin ada yang pakar bab - bab nih boleh kongsikan dekat ruangan komen. Mana lah tahu masih boleh letak link entry ker sebab google mesti kenal mana SPAM dan mana tidak kan. Lagi pun gua dah kongsi LINK ENTRY dekat ruang komen nih dah lebih setahun dah tetapi alhamdulillah tak ada lah apa - apa lagi masalah setakat nih. Apa - apapun, kalau ada info baru sama - sama lah kita berkongsi di ruang komen entry nih untuk kebaikan bersama yer. :-)

P/S : Kalau Tak Ada Apa - Apa Masalah Letak Link Entry Nanti Gua Nak Letak Balik Lah :-)


Jawab Online Survey & Tebus Mata Ganjaran Anda




82 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. oo..macam tu..thanks for the info =)

    ردحذف
  2. Blog Wp takder kot...sebab dah mmg ada commentluv kat situ..

    ردحذف
  3. saya pun buat makluman sama juga. risau tau...takut belog kena remove

    ردحذف
  4. Owh yess...last wex pon Cik Mendezz ada bace beberapa blogger post pasal ni..
    sebab ada >10entry link kt komen dia akan detect post tu sbg spam..
    sebab tu post jd enable..
    Tp kan Hans..kalo xley tgl link entry..Cik Mendezz nk tuju lagu bley??
    ekekekeek!! =P

    ردحذف
  5. oooo senang je nak setel tu...kasi pasang comment luv je kat blog, jom tengok penyelesaian dalam entri aku.

    ردحذف
  6. ooo.gitu ek? terima kasih share info..

    ردحذف
  7. thanks for the info .

    ردحذف
  8. mmg dah atu pun psl perkara nie :)

    ردحذف
  9. bahay ni...menangis xberlagu kalau blog kena remove..

    ردحذف
  10. thanks 4 sharing tis ... owg baru nak berjinak share2 link kat komen ni ... naseb bek gtau awal ... cuak jugaq, huhu~~

    ردحذف
  11. oo..cenggitu, sebbek aku pon tak penah buat tinggal link bagai heheheh :)

    ردحذف
  12. Wah dah ada warning..hehe. Ya sy pun baru tau..thx for sharing, Hans.
    Kalau x silap sy, kalau nak avoid spam, letak verication code utk org taip sebelum publish komen..sy pun baru nak activate verication code..

    ردحذف
  13. baru je bajet nak drop link tadi..hikhik

    mekasih ya pak xP

    ردحذف
  14. owh mcm tu..baru tau...tq 4 da info

    ردحذف
  15. thanks hans atas info anda =)

    ردحذف
  16. Kalau btol niat nk memudahkan, tgglkan link kat blog yg xpsg commentluv mcm blog blogspot ok kot..yg dh ada psg commentluv biasanya diorg xsuka tgk ada link2 tmbhn tuh..sakit mata..

    ردحذف
  17. waaa, scary ow bnda2 gni, nsb baik leysa x pena bt..btwn,thnks hans :)

    ردحذف
  18. Dulu rajin jugak buat. tapi lepas tu malas dah nak letak.

    nasib baik malas.

    eh. ada kena mengena ke? ;P

    ردحذف
  19. bhya juga tu..
    jdi jgn la approve komen cm tu..
    untuk keselamatan brsama..

    ردحذف
  20. baru je buat pg td T__T
    hahaha.

    ok pasni xnak wat dah sbb takut blog kna spam :P

    ردحذف
  21. huhu selalu jugak nih buat macam tuh. tapi sejak semalam tak buat dah. hehe

    ردحذف
  22. Jenuh aku cari ruangan komen =="

    well, kalau kadang kadang nak tegur blogger, dan melibatkan link, tak kisah..

    contoh macam red. selalu tegur blogger baru suh buang verification words. gila annoying kutt benda tu..

    happy blogging doe ^^

    ردحذف
  23. owhh cmtu baru tau..hehe thanks n nice info

    ردحذف
  24. memang meroyan lae blog ilang. =.=
    naseb tade buat link3 nih.

    ردحذف
  25. Gunalah comluv~ install je intensedebate~ confirm selamat~ sebab guna platform lain untuk letak link~ baik kepada owner blog, baik juga kepada pengomen tegar~ win-win situation...

    ردحذف
  26. wow...agak banyak gak dah buat pasni nak stop dah...

    ردحذف
  27. owhh...camtu rupa nyer tp tak pernah buat pun sbb tak reti...hehehe

    ردحذف
  28. uish... baru taw la benda ni... thanks sharing!!
    p/s : daus pozi baru kenal tadi.. yied pozi (adik dia) dah lama kenal.. hehehe~..

    ردحذف
  29. eh yeke
    baru buat hari ni ha3
    samala
    dok carik2 butang komen

    ردحذف
  30. ahhh serious tak jumpa shoutbox. anyway, location photo tu kat kelantan. hehh.

    anyway, kadang kadang ada yang komen sikit je, tapi guna space banyak untuk link blog dia, link untuk post yang latest, link kat situ, sini, sinun, banyak ah lagi.

    memang spam.

    ردحذف
  31. info bagus ni.TQ..xpenah buat lg .

    ردحذف
  32. baru je rasa teringin nak but. hehe, thanks for info :)

    ردحذف
  33. betol ke jd cemtu..eish xnk laa ltak link dh..

    ردحذف
  34. oohh cmtu cite die. thanks for the info. tapi tak penah la wat lg. hehe. :)

    ردحذف
  35. baru jea buat tadi . aiyak . btw tengs ur information :)

    ردحذف
  36. Aku baru jer nak tanya camne nak buat link entry kat komen.. haha.. Nway, thanks for the inpo..

    ردحذف
  37. memang tak pernah buat camtu..thanx for d info..

    ردحذف
  38. owh ye ke...

    betul gak kan..

    tapi selalunya aku click kat link blog kau jew.. sennag.. huhuhu

    ردحذف
  39. oooo..spam ke kalo gitu. seb bek xpernah buat....

    ردحذف
  40. well, aku dulu pun mcm tu. rajin gila share link sekali. tapi lama2 dah malas.

    ردحذف
  41. aah. ada jugak terperasan semalam kat blog encik daus.. kena berhati2 lah lepasni

    ردحذف
  42. aku kurang pasti berapa banyak sebelum blogspot spam filter akan kata itu adalah spam. tapi kalau di wordpress, kalau yang guna akismet, sekali anda di cop spam ada kemungkinan akan di cop spam selamanya selagi mana email tersebut digunakan.

    ردحذف
  43. tenkiu share benda nih..arep baru jer nak tinggalkan link..hehe :P tak jadi lah jwapnya!

    ردحذف
  44. maaf la hans, msti ko prasan jgk kan aku dh tggalkan pesanan kt ats ruang komen, yg aku x approve komen yg ada link hehe

    sbb lps baca entri cikgu dahlia, tu la aku fhm dh..lps tu aku dh godek2 google forum..

    ردحذف
  45. gud info nie..
    baru nak blaja je nak buat... tapi tak jadik ar.. hehehe..

    ردحذف
  46. slmat gua jarang buat mcm tu . kegkadang je buat kat blog org .
    tapi blog gua plak yang org komen tnggal link . geezz kena buat amaran jugak la camni eh .

    ردحذف
  47. takleh ke? gua nak letak gak leh tak? ahahha~

    ردحذف
  48. wah..bljr drpd kesilapan, elakkan sepam oke, bencik sepam...
    sygla maribinablog tu da x ada.
    aku pon pena blajar dari situ

    ردحذف
  49. as salam..
    ya ke? kenyataan cikgu dahlia terdapat ralat.baca sampai habis komwen pakcik ni.. dan depa respon bagaimana depa identify as spam:

    diorang identiy msg spam bila satu link yang sama kita post dalam komen kat mana-mana blog.

    spam bot checker google,akan crawl link2 yang sama tu dalam mana2 ruangan komen@blog under google service, lebih dari 20, depa consider as spam (masuk dalam list checklist depa)

    keywordnya, link yang sama dalam tempoh 24 jam, lebih dari 20 link pada mana-mana service under google kecuali bagi service seperti email.

    spammer, bukan juga yang tukang approved link2 spam tu je.maksud pakcik, si pengomen blog tu ( melainkan link2 tu dikategorikan sebagai spam oleh google. contoh. dihujungnya ada .info, .ru. yang mana terapproved oleh admin blog.

    sebab tu awal2 masam reg depa kata jangan kat mana-mana bahagian blog ada part yang melanggar peraturan eg. spam, porn link, etc ). sebab tu ada fungi yang sahkan blog tu ada kandungan tak baik. sebab, bila kita kata takde, tapi depa detect link spam yang pergi ke nude link, memang nahas la kalau kita approved komen tu. sebab tu, dah kata awal2, mana-mana bahagian blog, tak boleh ada satu pun.

    point pendek, pakcik maksudkan, si tukang pemberi link @ pengomen blog tu. dan juga admin blog yang ter-approved komen kategori spam oleh google bot.

    sekali lagi. lebih dari 20 link yang sama, dikira spam.

    google akan update data2 web yang di identify as spam setiap minggu dan paling ketara, setiap kali chehck untuk PR.

    oh ya. blog do follow dan nofollow memberi impak atas link spam nih.

    komen pakcik ni, berdasarkan pengalaman pakcik sendiri.dah berkali-kali kena removed,atas alasan pakcik beri link yang sama,

    alasan depa, boleh beri komen. tapi jangan melampau. tu dah dikir menipu taktik untuk menaikkan rating PR dalam google index

    dan bagi admin blog, bila dapat komen yang google indentify as spam, check link tu sebelum approved.pastikan ada nude ke, piracy link ke.. ni diaktegorikan spam juga

    entri cikgu dahlia pasal ni, dikira ralat, dan tak tepat seratus peratus.

    pakcik memang kuat spam link entri terbaru. google ada calculation depa bagaimana depa threat spam2 ni. depa akan review setipa hujung minggu. GMT + berapa, pakcik kurang pasti. +3 tak silap.

    jangan gusar der..ramai lagi blogger melayu dan cina yang pernah kena. dan diberi balik blog.tahu tak tahu jer..ekeke~

    tips pakcik,
    kalau blog dah terkena identify as spam, masa contact google tu, habaq kat depa, review link tu. mention yang tu cuma link entri. (depa tak teragak2 untuk ambil tindakan ban untuk masa tertentu jika ia sekadar link blog

    pasal depa takkan review 100 peratus bila kita tak mention. yang review tu, bot ler..

    ni kalau depa detect as pengomen spam.bagi admin yang ter-approved link spam, depa akan check semua isi dalam blog. bermula dari kosong. alasan. tamau ada blog yang bersubahat.

    terpulang ler hans nak ikut kata siapa. kalau betul2 nak tahu, boleh cari jawapan dalam google help atau tanya sesiap yang dah banyak kali kena ban.

    ok, nak tengok contoh 'spam' yang berjaya?

    cuba tengok encik ben. berapa banyak komen spam link dalam komen dia? hari2. tu belum campur segmen. hari ni je, tengok berapa ratus komen link entri. padahal dah berapa lama? kenapa tak kena?

    pasal pakcik dah cakap kat atas. asalkan pengomen tu, tak buat lebih dari 20 backlink yang sama. kalau betul nak backlink yang banyak, guna atuobacklink yang widget cinonet tu hehe..

    lagi satu, ada berkait rapat dengan hosting, domain, data space. senang cerita, nak cerita, memang kena buat entri.

    >_<

    kalau ada mana-mana yang tak faham, tanya, mana yang boleh pakcik bantu, pakcik bantu la.

    ni bukan komen nak menjatuhkan sesiapa. cuma nak perbetulkan ralat yang cikgu dahlia buat. selagi kita boleh manfaat apa yang google bagi sebelum mencecah sempadan, boleh jer..asalkan beringat..

    p/s : oh ya. komen yang panjang juga kadang-kadang disalah ertikan oleh goole bot. haha~

    ردحذف
  50. hahhaa,....pakcikkkk...1st time saya dapat komen panjang macam entry nih...owh...saya dah faham dah maksud pakcik....betul juga tu...pakcik...buat lah entry...nanti boleh saya link kan entry pakcik...bagi ramai lebih faham..senang sikit :-)

    apa2pun thanks pakcik...saya faham banyak benda dalam komen pakcik tu..tq tq :-)

    ردحذف
  51. fuh mmg pjg sungguh komen pokcik tu ye...hihi..

    bagus jugak info ni.lagi satu mana shoutbox kat cni? leh say hai senang sikit..

    ردحذف
  52. panjang ke? dlam blog nicholas, blog deny lim, aa.senang cerita, banyak blog, pakcik suka komen panjang2. janji ada isi. haha~

    walaupun ia kelihatan spam

    XD

    BETUL DAH FAHAM?

    isu backlink dalam komen ni, berkait rapat dengan banyak cabang dalam google. poning jadinya nanti. haha~

    insya'Allah pakcik buat entri tu. kalau rasa perlu buat (sebab bila dah ramai kata tak boleh letak link dalam komen, geram la pakcik. grr.. padahal boleh, asalkan beringat sebelum tercecah sempadan)

    nak diikutkan, ni isu lama. sejak fungsi dofollow/nofollow jadi isu hangat masa google ambil alih blogspot dari owner asal.

    jangan gusar. kena ban pun, boleh mintak balik. cuma kena pandai mention kat blogger help tang mana depa kena review yang depa syak kita buat salah.

    pasal maribina blog tu, pakcik syak,. dia ter-approved komen spam yang ada nude dalam blog/ main link pada komen tu. bukan pasal orang bagi backlink.

    ingat. jangan approved link yang ada pautan backlink ke nude, piracy, dsb. biasanya boleh kenal pasti dari .info atau .ru
    pada hujung pautan.

    memang kompem google crawl jumpa, instant ban der.
    menjawab la nak amik balik blog dari google. ekeke~

    menjawab lebih atau melawan teguran depa, lagi lama la kena ban..paling teruk, say selamat tinggal tu blog.memag takkan direcover langsung. hahaha

    ردحذف
  53. bapak panjang siot komen pakcik tu..langsung paham aku walaupon masih blur2...kira masih boleh la kan asalkan jangan sampai ada 20 link yang sama tu erk..hm....

    ni entry terbaru aku.....dot dot dot..hehehehehe

    ردحذف
  54. erk, so far jarang tinggalkan link kat komen box... btw thanks hans!!

    ردحذف
  55. ohhh . maksudnya , masih boleh tinggalkan link asalkan tak lebih ditinggalkan pada 19 blog yang lain . cenggitu ???

    rasanya , masih ramai yang tak peka pasal hal ni . hmm , Tia sedang tenangkan diri .. sebab kemain banyak link dekat blog Tia tu . nak2 dalam segmen . hahaa . mampuih ..

    tengah tunggu pakcik jawab Tia . otak sengal sekarang .. huhuh !

    ردحذف
  56. nasib baik eny mmg tak reti tinggal link.. hehe ;)

    ردحذف
  57. i ade backlink hans dkat entry baru i ... hope u dont mind

    ردحذف
  58. Blog aku, aku buatautoapprove certain2 komen jer. Mamcam kalau dah ada komen yang diluluskan sebelum ni, biasanya takkan sangkut kat moderation. Macam kalau komen drp tuan blog ni, Hans takkan masuk bakul moderation (asalakan encik beliau komen guna nama dan email yang sama).

    ردحذف
  59. Rasa penah jugak wat cm tu.... Tp bsenyer wat sbb ada kpntingan....

    ردحذف
  60. as salam..
    pakcik dah buat. entri tu ada dalam blog fadzli-rt. bukan dalam blog usang accidental tu ya


    ada salah, maklumkan kat pakcik. ni dah kira pack dan ringkas habis. mungkin juga terdapat kesilapan penggunaan tatabahasa. tapi pakcik dah re-check, ok. untuk kepastian je supaya takde fakta yang salah.

    >_<

    ردحذف
  61. pernah baca gak sal info ni..pape pn thx share..;)

    ردحذف
  62. tlg bace ni http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/08/ape-itu-spam.html

    harap2 membantu....

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم