Keputusan Final Kejohanan Badminton Dunia 2011 : Dato Lee Chong Wei Vs Lin Dan



Perlawanan Akhir Perseorangan Lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2011

Dato Lee Chong Wei Vs Lin Dan

Waktu Perlawanan Malam Ini!! 




Perjalanan Dato Lee Chong Wei yang merupakan satu - satunya wakil negara mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2011 selepas tersungkurnya pasangan beregu negara iaitu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang sebelum ini turut diletakkan harapan untuk ke final beregu lelaki. Perjalanan Dato Lee Chong Wei berjalan lancar dengan kemenangan - kemenangan mudahnya ke atas pihak lawan sebelum ini seperti Tanongsak Saensomboonsuk, Park Sung-hwan dan Kevin Cordon.

Pada perlawanan separuh akhir semalam, beliau dengan mudahnya berjaya menjinakkan pemain China iaitu Chen Jin dengan keputusan perlawanan 21-13 dan 21-9 hanya dalam tempoh cuma 43 minit dan sekaligus telah mencipta sejarah berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia buat julung - julung kalinya.

Manakala seteru utama Dato Lee Chong Wei tak lain tak bukan iaitu Lin Dan hampir dikejutkan oleh kelincahan pemain dari Denmark iaitu Peter Hoeg Gade dan dipaksa berhempas pulas selama 1 jam 15 minit sebelum mencatat kemenangan 22-24, 21-7 dan 21-15. Jadi, perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia 2011 kali ini akan menemukan dua musuh tradisi iaitu Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan.




Lin Dan selalunya berjaya menghancurkan cita - cita Dato Lee Chong Wei dengan mudah untuk menjuarai sesuatu kejohanan. Jadi, adakah perlawanan kali ini akan berakhir dengan kekalahan sekali lagi Dato Lee Chong Wei kepada Lin Dan atau adakah Dato Lee Chong Wei akan berjaya menundukkan ego Lin Dan dengan bergelar juara buat pertama kalinya? Sama - sama kita tonton dan memberi sokongan kepada Dato Lee Chong Wei.


P/S : Mungkin Perlawanan Melibatkan Mereka Bermula Pukul 8.00 Malam Lebih Kurang Macam Tu Lah! Aku Kurang Pasti! (^_^)Y 


Keputusan Perlawanan

Lin Dan Juara Perseorangan Lelaki
Kejohanan Badminton Dunia 2011

Perlawanan Pertama :
22 - 20 (Dato Lee Chong Wei Menang)

Perlawanan Kedua :
21 - 14 (Lin Dan Menang)

Perlawanan Ketiga :
23 - 21 (Lin Dan Menang)


Nampaknya, Dato Lee Chong Wei terpaksa akur dengan kehebatan Lin Dan dalam menyerap tekanan. Apa - apapun, perlawanan yang cukup menarik dan menghiburkan daripada kedua - dua pemain. Tahniah untuk kedua - duanya! 

40 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. mesti tak tengok..
    omak umie tgok channel indo 141 T__T

    ردحذف
  2. umie : ekekekekek...tgon online la

    fahmie firas : habis tarawih kan...hehehehe

    ردحذف
  3. tak sabar rasanya nak tengok match ini,malaysia boleh..hehe

    ردحذف
  4. cahayakehidupan : Malaysia boleh!

    Wadi : iyo iyo je ko...langsung tak sama...hahahaha

    ردحذف
  5. Mintak chong wei menang
    fuhhhhh


    kul 8 eh live kat tv?
    tak sempat la nk tengok

    ردحذف
  6. diorang suruh streaming pulak, semata nak tengok -.-'


    semangat msia!

    ردحذف
  7. lin dan ni berlagak skit..harap2 chong wei dpt kalahkan dia..

    ردحذف
  8. tahniah tuk Datuk LCW.. perlawanan yang amat menghiburkan dan penuh semangat.. kami tetap bangga dengan anda..

    ردحذف
  9. kalau lawan lin dan mesti kalah
    huhu..

    ردحذف
  10. LCW dah buat yang terbaik. proud to be malaysian :)

    ردحذف
  11. harap2 lee chong wei menang.. err.. skank tv tayang pompuan cina yang lawan... lelaki xde

    ردحذف
  12. pergh .. dekat2 tuh .. sikit je lagi ..

    ردحذف
  13. Walaupun tak tengok. harap2 LCW dapat menang. Lin Dan musuh tradisi Malaysia. go go Malaysia. Erm.. hans dah jadi pengulas sukan badminton dah.hehe

    ردحذف
  14. tahniah super dan..u r amazing..

    utk LCW ..fokus pd gold 2012 ok!

    ردحذف
  15. xsempt tgoktime kerje tuh,huhu2..tpi mmg suke sukn bdminton ini even x reti nk main,haha2!...
    papepon tahniah untuk ke dua duanyer!...
    terbaek la!

    ردحذف
  16. tadi aku sempat tengok sampai nak habis second set kat rumah, pastu bertolak ke hostel.

    anyway, nice one la lee chong wei :D

    ردحذف
  17. Uhuk22....datuk lee chong wei dah kalah...tp xpe, kalah bermaruah namanya..beza 2 mata je pon...lin dan poyo! hahaha

    ردحذف
  18. Malaysia dah kalah...hampeh...

    Jom join ni:
    http://www.blogammar.com/2011/08/jom-dapatkan-traffik-percuma-dari-blog.html

    ردحذف
  19. mmg kena badi la chong wei ni dgn lindan

    ردحذف
  20. hi bro, x de shoutbox kerr ?? satu lg , awk x nak ulas ke pasal LCW kalah dgn lin dan ?? LCW kan kalah tipis je dan mmg hebat dia mlm ni ..

    ردحذف
  21. huhu klh tipis je bro huhu .
    syg gile ..

    ردحذف
  22. so kene bulit new karakter badminton baru.. datok dah tua hehe

    ردحذف
  23. Tak puas hati >< >< ><


    Eeeee.


    Ahaha, biar la dia.

    ps: Take care :)

    ردحذف
  24. sayang sungguh
    kalah dius plak tu
    apepuh, seronok tengok chong wei main masa first set
    penuh semangat
    mungkin nasib kureng sikit td
    apapun, chong wei tetap hebat
    boleh dah slow-slow cari pengganti
    mana pelapis?

    ردحذف
  25. memang payah nak tandingi semagat juang Lin Dan, tapi apa pun tahniah buat D.l.c.wei kerana paparkan permainan yg buat kita teruja

    ردحذف
  26. adehh!!! aku dah semngt sebab Lee sikit lagi je nak menang.. tapi apakan daya.. Lin Dan lebih cekap...

    ردحذف
  27. aku xtgk..tapi dari result tu pon dah tau match ni sengit sgt..

    ردحذف
  28. walau kalah.. datuk bermain dgn baik... :) berjuang habis-habisan

    ردحذف
  29. even kalah, bukan kalah mudah. dato lee c w main dgn sgt baik. :)

    ردحذف
  30. Walaupun dato lee chong wei kalah..tetap bangga dengan dato lee chong wei..kalah pun dgn perbzaan mata yang sikit..harap2 olimpik tahun depan rezeki berpihak pada dato lee chong wei.

    ردحذف
  31. congrats juga kpd chongwei even xmenang =)

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم