Kasut Raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Selain daripada satu persalinan lengkap baju raya yang terdiri daripada baju, seluar, sampin serta songkok maka tidak sempurna lah pakej kekacakan anda jika tidak disertakan sekali dengan kasut raya sebagai pelengkap diri sewaktu di hari raya nanti. Jadi, untuk entry kali ini gua akan membawa korang semua untuk mengimbau kembali sebuah kenangan tentang sebuah kasut raya yang membawa fenomena besar terhadap dunia kanak - kanak kita suatu masa dahulu iaitu kasut raya berlampu.


 Ada Lampu Wooohhhhhhhhh!!! Kasut Kau Ada???


Pertama sekali gua terpandang kasut raya berlampu di tumit kaki nih ialah pada jamuan hari raya dekat sekolah rendah gua. Kepada sesiapa yang bersekolah dan hari raya pada tahun tersebut jatuh pada bulan yang bukannya bulan cuti sekolah seperti November atau Disember maka mesti berpeluang untuk menyambutnya di sekolah! Ditakdirkan salah seorang budak lelaki kelas gua memakai kasut raya berlampu ini dan dengan bangganya beliau berjalan - jalan sambil kadang - kadang melompat secara tiba - tiba semata - mata mahu meraih perhatian daripada sepasang mata kepunyaan kami semua untuk melihat keasyikan lampu yang gah berkelip - kelip yang berada di kasut rayanya itu.


Gambar Hiasan


Memandangkan syaitan laknatullah pun sudah bebas ketika itu dan dengan gembiranya beliau meniupkan perasaan hasad dengki di dalam hati gua!! Fuh!! Gua mahu kasut raya berlampu juga! Mana boleh gua pakai selipar murah jer sedangkan sepasang kaki budak kelas gua bersarungkan kasut berlampu tersebut. Apa yang lagi membuatkan gua dengki tu adalah disebabkan rata - rata budak lelaki yang belum baligh(ketika itu) pastinya saham mereka akan mencanak naik gara - gara budak perempuan kebanyakkannya seperti terlalu kagum dengan kehebatan kasut berlampu itu. Contohnya seperti :-


Budak Perempuan : Eh, awak! Awak! Tunggu kejap!!

Budak Lelaki : Yer saya! Kenapa yer awak?

Budak Perempuan : Cantik lah kasut raya awak! Siapa yang beli ekk? 

Budak Lelaki : Owh, mak saya yang belikan! Cantik kan? Kenapa awak tanya? 

Budak Perempuan : Ar ar lah awak! Cantik lah! Bila awak pakai kasut nih kan..saya tengok awak nampak hensem sangat tauuu! Suka! Suka! 

Budak Lelaki : Owh, hensem ker saya? Macam siapa ekk? 

Budak Perempuan : Macam Johnny Depp lah awak! Awak! Jom couple! Jom lah! 

Budak Lelaki : Owh! Saya okay jer! Jom!


Gambar Hiasan


Lihat lah dunia! Betapa hebatnya penangan kasut raya berlampu di dalam meningkatkan kekacakan budak lelaki yang memakainya pada ketika itu. Namun, lain pula dengan budak - budak lelaki yang hanya memakai selipar atau terompah kayu pula. Mereka ada agenda lain.


H.S.K.W.P.S.S : Kau tengok lah dia tu!! Berlagak betul kan dengan kasut lampu dia tu! Menyampah betul aku!

K.H : Itu lah pasal! Mentang - mentang keluarga dia kaya! Kalau keluarga aku kaya mesti aku dah beli 20 pasang dah kasut raya ada lampu tu!

H.S.K.W.P.S.S : Itu lah pasal! Tahun depan aku nak beli lah! Paksa keluarga aku belikan juga!! 

K.H : Geramnyaaaaaaaaaa akuuuu!! Tak boleh jadi nih! Kena ajar juga dia nih!! 

H.S.K.W.P.S.S : Kau nih kenapa? Nak ajar apa benda pula dekat dia! 

K.H : Kau tengok jer lah apa aku buat kejap lagi!!


Gua pun pandang lah member gua tu berjalan - jalan menghampiri budak kasut raya berlampu itu dan tidak semena - mena.... 


B.K.R.L : Woiiii!! Apa hal kau pijak kasut aku nihhhh?? 

K.H : Eh, maaf! Maaf! Aku tak sengaja lah! 

B.K.R.L : Lain kali jalan tu pandang - pandang lah bawah sama!!! Habis kotor kasut aku!! 

K.H : Okay! Okay! Maaf yer! Hari raya kena saling maaf - bermaafan! 

B.K.R.L : Yer lah! Yer lah! 

K.H : .....(berpaling pada aku dan mengenyitkan mata sambil melirikkan senyuman puas hati)


H.S.K.W.P.S.S = Hans Sangat Kacak Walaupun Pakai Selipar Sahaja

K.H = Kawan Hans

B.K.R.L = Budak Kasut Raya Lampu


Gambar Hiasan - Sumber Disini


Hahahahahahaha! Keji kan budak tersebut! Ada ker patut gara - gara tak puas hati sanggup buat - buat terpijak kasut raya berlampu budak tu. Jadi, selepas tamat waktu sekolah pada hari tersebut maka gua pun balik lah ke rumah. Gua pun bercerita dengan bersungguh - sungguh kepada keluarga gua tentang kasut raya berlampu yang menjadi kekaguman gua pada ketika itu. Tiba - tiba......



51 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. dulu aku pn mmg jakun sikit bila tgk org pakai kasut lip lap lip lap nih..haha..

    BalasPadam
  2. kasut yang lampu2 tu mmg menarik perhatian.

    tp tuan die tak menarik perhatian pun~ lalalala ^_^

    BalasPadam
  3. ehh, jom kapel la awk. haktuihh

    BalasPadam
  4. semua barg raya nampak cantik mantik nak2 bila "ma" Y y belikan hahaha tanpa mengeluarakan se sen pun hee

    BalasPadam
  5. nak beli kasut raye ade lampu la tahun nie..(^_^)

    BalasPadam
  6. laaa.bersambung pulak.suspen je.

    BalasPadam
  7. hahaha...tak sabor nk tgu sambungan nih...

    BalasPadam
  8. masa kecik2 dulu tak pernah merasa kasut raya sebab everytime i rekues kat mak i sure kena rijek.

    instead... i dapat kasut sekolah baru. tiga pasang lagi uols!

    kao ade??

    BalasPadam
  9. Hahaha...aku pon tak pernah ada kasut liplap tu...

    BalasPadam
  10. lawaknya... ketawa kuat ni.... heheheheh

    BalasPadam
  11. hahaha memang teringin kot dolu tgk org pakai .. kah3

    ehhh bersambung jugak ? ;p

    BalasPadam
  12. satu lg yg jadik kegilaan..

    kasut beroda..HAHA

    BalasPadam
  13. aku ada dulu..kaler warna warni meriah macam lampu raya..

    sanggup keluar pergi kedai malam2 pakai kasut tu padahal kedai 30 tapak je dari rumah..hahaha

    BalasPadam
  14. sengal lahh hanss..
    hari tu tandas tetibe..
    skrg cite ni lagi..
    bersiri ehh..tu ar..mmg kuat
    ar penangan kasut lampu ni..
    aku pun dulu suka gak..
    tapi skrg kasut roda kat belakang lah..x letih beraya nnti.
    haha

    BalasPadam
  15. tetibe mak kau nak belikan utk kau kan??
    aku dah agak dah..
    hekhek!

    BalasPadam
  16. hehe..macam2 lah hans ni.
    bila baca n3 ni baru teringat kasut raya akak pon x beli lagi..:)

    BalasPadam
  17. nakal sungguh Kawan Hans tu..
    dah blh wat drama ni hans..
    hehee.. x sabar tggu sambungan..
    apa la jadinya ya..

    BalasPadam
  18. hahaah. adoi hans...boleh plak bersambung2 ^^

    BalasPadam
  19. tiba2 ko kena pelampang padu maut dari ayah ko..heheh

    BalasPadam
  20. teringin jugak nak kasut lampu dolu2, tapi perempuan x banyak choice... hahahha

    ko keji gile! bhahahahahha

    BalasPadam
  21. ada tiba-tiba pulak ending tuu
    eksaited baca nehh haha

    BalasPadam
  22. setkt ini kasut ayie tidak pernah pon berlampu..hohoh selipar je lg best..

    BalasPadam
  23. hahahhaha.... jom beli heels lampu jom,hahahha......

    BalasPadam
  24. HAHAHA ;D gelak guling2~~~


    nak kena cari kasut ada lampu gak ni...=D

    BalasPadam
  25. Hahahaha.....teringat zaman sekolah rendah. Tapi idak la ada kasut berlampu.....

    BalasPadam
  26. HAHAhAHH!!!

    nak kasut lampu nak kasut lampu..

    tak boleh blah ada sambungan kan..
    huhuhu

    BalasPadam
  27. rasa tak penah beli kot dulu, tapi adik laki la suka sangat. ntah2 dia beli sebab ni jugak kot? kahkah

    CEH ADA SAMBUNGAN PULOKSSSS~

    BalasPadam
  28. haha..kelakar betul..

    sama lah..sy pon penah jugak buat macam tuh..dengki btul.. =P

    BalasPadam
  29. kasut raya berlampu...ak penah beli mase time kecik dl....semangt raya..hehe

    BalasPadam
  30. aku pun beli aa kasut lampu. best wo. and memang rase aku ensem tyme tu :P

    BalasPadam
  31. dulu selalu sgt beli ksut ni. hehehehe , pki kejap je. lepas tu hilang lampu.

    BalasPadam
  32. dulu kecik2 x berpeluang nak kasut berlampu2 nih...huhu

    BalasPadam
  33. kasut lampu pon boleh jadi hal. haha

    BalasPadam
  34. dah besar pun aku rasa byk duit habis dgn kasut...huhu

    BalasPadam
  35. laaa.. kok bersambung??

    Abg Hans ni bu--- le.. cepat sambung!! ;)

    BalasPadam
  36. ahahahadoiii. kasut berlampu.
    mmg sesuai raye mlm2. kahkah

    eh tape pakai kasut roda la. lagi senang, 1 kampung separuh ari je boleh round. hahaha
    =p

    BalasPadam
  37. haha kasut lampu mmg jadi trend dulu..

    lagi satu kasut yg ade roda pun femes gak..ekeke

    ala-ala roller-blade ooo xP

    BalasPadam
  38. Err,

    aku pun mcm ada koleksi kasut berlampu jugak je.

    BalasPadam
  39. miyahahaha..
    shorform mmg xleh blah..

    BalasPadam
  40. hahahha .. aku pn dulu suka gila kasut lampu2 cmtu ..
    nmpak mcm hebat kan ..haha

    BalasPadam
  41. haha ade pulak sebab kasut,muke jd kacak..=p adoii~

    aku tau smbungannye..
    tbe2,parent ko pon blikan ksut tu utk ko kan..
    heheh

    BalasPadam
  42. aku suku x mampu bli jadi aku amik pelita ikat kt kasut..jadi la kasut berpelita

    BalasPadam
  43. hahahaha :)) memang la. ingat lagi time jamuan ry kat sklh rdh dulu. ade jugak bdk yg pakai kasut ade lampu 2. jln dongak langit. hakhak :D budak2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama