10 Situasi Aku Bengang Gila Bila Berada Di Panggung Wayang

Garang Pula Muka Kartun Nih!

1) Aku bengang gila bila aku tengah khusyuk menikmati keseraman filem seram dan tiba - tiba orang di belakang menendang kerusi aku dengan sangat kuat gara - gara terkejut! Padahal hantu tak keluar lagi pun! Nasib kerusi tu kukuh! Kalau tidak mungkin aku dah terbang ke depan!

2) Aku bengang gila bila sedang seronok menonton filem tiba - tiba kerusi bergoyang - goyang gara - gara orang sebelah atau dihujung menggoyang - goyangkan kaki mereka terlalu kuat. Macam aku tengah duduk atas kerusi urut elektrik jer!

3) Aku bengang gila bila sedang asyik menonton filem yang ditayangkan tiba - tiba orang sebelah aku jadi pengarah yang tidak bertauliah dengan menceritakan kepada orang sebelahnya tentang apa yang akan berlaku selepas ini. Adoyai!!

4) Aku bengang gila bila terdapat sekumpulan manusia yang selalunya terdiri daripada budak - budak sekolah atau remaja yang kurang cerdik yang suka membuat bising di dalam wayang yang tidak ramai penonton seolah - olah mereka itu gangster. Kalau seorang diri berani ker cakap tak senonoh kuat - kuat dalam wayang?

5) Aku bengang gila bila aku membeli tiket wayang untuk aku sahaja dan tiba - tiba akak di kaunter menyoal aku berkali - kali,"Satu tiket jer ker adik?"

6) Aku bengang gila bila aku beli popcorn yang bersaiz kecil sebelum menonton wayang maka aku diperli secara sarkastik oleh si penjual popcorn mengatakan popcorn itu selalunya hanya kanak - kanak yang beli. Suka hati lah aku nak beli popcorn saiz apa pun! Bukan minta duit kau pun!

7) Aku bengang gila bila tengah beratur beli tiket tiba - tiba ada manusia yang menyelit dan kemudian dia berlakon konon - konon tidak ada apa yang berlaku. Cisss!!!

8) Aku bengang gila bila orang ramai beratur panjang untuk membeli tiket tetapi kaunter buka satu jer!!

9) Aku bengang gila bila orang yang membeli tiket di hadapan duduk di depan kaunter begitu lama sampaikan 15 minit siap mengurat akak kaunter tetapi langsung tak beli tiket. Rasa macam nak bagi makan kasut jer!!

10) Aku bengang gila bila tengok dekat surat khabar dan laman web sebuah panggung wayang nih dan dikatakan filem RA. One akan ditayangkan pada hari ini tetapi bila aku telefon mereka kata bos mereka suruh simpan dulu filem tersebut! Apakah? Motif nak simpan? Nak buat pekasam?

P/S : Seronok Pula Buat Entry Pasal Bengang Nih! Cuma Aku Masih Waras Lah Walaupun Setiap Perkataan Ditaip Bengang Gila! Hohohohoho! (^_^)Y

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. hahaha.. bengang aje takper.. jangan gila sudah..

    nasib baik aku bukan kaki wayang.. kalau tak mesti bengang macam ko.. hahaha.. =P

    BalasPadam
  2. chillex..eh yg bab goyang kerusi tu betull ape panjang sangat ke kaki dia sampai nak goyang2 kerusi orang..gatal betul kaki tu tak reti duk diam

    BalasPadam
  3. samalah..btw rasa cute plak katun marah tu

    BalasPadam
  4. aku bengang gile kalau orang g tgk wayang tak ajak aku pastu tak belanja aku.hik3

    BalasPadam
  5. no tiga paling bengang. macam nak bangun tanya, "awak pengarah ke? kenapa tak tunggu kat luar ja, kot2 ada orang nak mintak otograf nanti"

    -.-"

    BalasPadam
  6. haha saya bengang bila part cter tak lawak pon org nak gelakk tak paham aihhh ahaha

    BalasPadam
  7. aku bengang bile org depan aku duk wat filem..duk main cium2 plak hehehe

    BalasPadam
  8. huhu..baik xyah g wayang tgk kt umah lagi best ^__________^ xdelah bengang gila hehe...

    BalasPadam
  9. ok.. aku pon mmg bengang giler kalau camni. tapi ada ke kes mcm #9 n #10 tu? setakat ni aku x jmpe lg.

    BalasPadam
  10. ak paling geram num 2 ...kalau pergi ngan abang ak mesti hobi dia goyang kaki ..smpai kan citer abiz...menyampah betul errrggg

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama