Durian Oh Durian



Pemuda : Abang! Durian nih kira macam mana harganya nih? (sambil menunjukkan durian di atas penimbang)

Penjual : Murah jer bang! RM12 jer semua tu! (sambil mengambil plastik besar berwarna hitam)

Pemuda : RM10 jer boleh tak bang?

Penjual : RM10 tak dapat lah dik! (sambil memasukkan durian di atas penimbang ke dalam plastik)

Aku : ........(asal pakcik nih masukkan durian dalam plastik? abang tu bukan kata nak beli lagi pun)

Pemuda : RM10 tak boleh ker bang? Boleh lah! (cuba tawar menawar lagi)

Penjual : RM12 dah murah sangat dah dik! (siap memasukkan semua durian dalam plastik)

Pemuda : ......(memandang si isterinya kemudian tersenyum dan terpaksa membeli walaupun hakikatnya dia hanya bertanya harga sahaja)

Aku : .........(penjual macam nih pun ada rupanya!)


Kalau aku jadi pemuda tu memang aku menggunakan prinsip 'Ada Aku Kisah' dia dah bungkus habis durian tu dalam plastik pun! Siapa suruh gigih pergi masukkan durian dalam beg plastik sedangkan orang yang nak membeli baru bertanya harga durian jer pun! Adoi! Wahai peniaga durian sekalian! Kalau betul pun terdesak tak ada orang nak beli durian kita jangan lah sampai begitu gayanya nak menjual sekali pun! Adoi! Macam - macam gelagat lah peniaga - peniaga nih! Tak masuk dengan kes menipu pelanggan ke apa lagi! Tolonglah ikhlas dalam berniaga! Ingatlah balasan menipu dalam berniaga tu! Tak ruginya jujur sewaktu berniaga sebab Allah tu maha adil dan pemurah! Rezeki kalian dapat pun akan berkat jika kalian jujur berniaga!


P/S : Nak Minta Tolong Korang Semua Klik Gambar Di Atas Dan Kemudian:-

1) Like Entry Tersebut
2) Komen Entry Tersebut
3) Share Entry Tersebut


12 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ade jugak ituu macam ye.

    kasihan kat custo. ish3..

    ردحذف
  2. taula kat mesir takde durian

    T________T

    tetiba. haha

    ردحذف
  3. yepp..tu strategi suruh beli.. da tentu custmr tgk die susah2 masukkn lam plastikk..uhu~ >< penah kne gini..tgk2 durian die sikit je yg sdap >< tension je

    ردحذف
  4. pernah sekali terkena cenggini, beli durian jugaklah gamaknya..org kata org tanya ja..ke pokcik tuh tak dgr..last2 terpaksa amik selonggok tuh..tak dapat pilih2 plak tuh..balik umah dapat durian muda..hangin tol 1 badan..

    ردحذف
  5. hahhaha. aku pernah juga jd cmni. padahal tanya ja. hihi

    ردحذف
  6. adesssss...tak minatnya makan durian=D

    ردحذف
  7. hahaha!
    setuju dgn kau!
    ada akun kesah kau dah bungkus sampai habis semua!
    aku nak tnya jewk!

    ردحذف
  8. hye dah lama tak BW
    :)

    biasalah. kalau aku, aku blah jek..lalala

    ردحذف
  9. Nice blog that you have and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / korean fashion online. have a nice day...

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم