Inspirasi

Kejayaan selalunya dikaitkan dengan sumber inspirasi. Tidak kira betapa besar atau kecil pun sesuatu yang berjaya dicapai itu pasti soalan yang acap kali ditanya ialah yang berkaitan tentang perkataan yang berbunyi inspirasi.




"Apakah sumber inspirasi kamu yang menyebabkan kamu melakukan segala ini?"

"Siapakah inspirasi kamu untuk melakukan semua ini?"

"Bagaimanakah inspirasi kamu membantu kamu mengecapi kejayaan ini?"

"Adakah kamu melakukan segala - gala ini berdasarkan inspirasi kamu?"

"Mengapakah kamu menjadikan itu sebagai inspirasi kamu untuk berjaya?"

"Bilakah inspirasi kamu benar - benar membantu kamu mendapatkan apa yang kamu telah peroleh ini?"


Tidak kira jika anda pelajar sekolah yang memperoleh 5A untuk UPSR atau pelajar universiti yang memperoleh 4 flat untuk setiap semester mahu pun atlet sukan atau sesiapa sahaja tokoh yang dikagumi pastinya ia berkaitan dengan inspirasi dan pastinya juga kejayaan mereka yang diiktiraf ini juga dibantu oleh inspirasi mereka sendiri.

Ada yang menyatakan ibu bapa! Ada yang menyatakan rakan - rakan! Ada yang menyatakan keadaan sekeliling! Ada juga yang menyatakan tokoh - tokoh hebat dan dikenali ramai! Ada juga yang menyatakan mereka mendapat inspirasi daripada hidupan dan tumbuhan lain! Ada juga yakin menyatakan inspirasi mereka adalah diri mereka sendiri. Jadi, apa pandangan anda pula? Sedia berkongsi disini? Kongsikan di ruangan komen entri ini dan mungkin komen anda akan memberi inspirasi pada pembaca yang lain. Siapa tahu? Kan?


P/S : Memberi Adalah Lebih Baik Daripada Menerima! (^_^)Y


3 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama