Kalau Ada Hantu - Part 1

 Tajuk:
Kalau Ada Hantu

Genre:
Tak Berapa Nak Seram

Pelakon:


 Nas



Episod Terdahulu:






 Kisah bermula.........


Kisah seram ini bermula di sebuah hostel bernama Anggerik yang dihuni oleh beberapa orang penghuni lelaki yang tidak pulang bercuti ke kampung halaman masing - masing sewaktu cuti pertengahan semester. Di hostel tersebut terdapat sebuah bilik dimana 3 orang penghuninya tidak pulang ke rumah kerana mereka mahu memberi fokus pada beberapa subjek yang agak sukar untuk mereka mendapat A.




Faqa, Afiek dan Nas ialah penghuni bilik tersebut. Nampaknya, mereka telah melakukan kesilapan besar kerana tidak mahu pulang ke rumah kerana malam itu akan merubah segala - galanya.

Faqa : Woi! Aku lapar gila lah!! Jom lah kita makan weh!! Dah pukul 9.30 malam nih!

Afiek : Aku nak study lagi lah! Korang tolong tapau kan untuk aku boleh tak?

Nas : Kau nih tak payah nak over sangat study boleh tak!! Meluat pula aku tengok kerajinan kau yang terlebih rajin nih! Bukannya esok exam pun! Lambat lagi kut! Jom lah pergi makan sama - sama!




Afiek : Tak nak lah! Aku nak study! Aku pelajar harapan pensyarah kut! Korang tolong lah tapau kan untuk aku burger prosperity mcd lah! Boleh lah woi!

Faqa : Agak - agak lah nak makan burger bagai! Aku nak makan dekat kedai bawah tu jer! Nak pergi mcd nak kena keluar pula! Malas lah!

Nas : Entah kau nih! Lagi pun mahal lah weh! Membazir duit jer! Dah lah hujung semester nih!

Afiek : Kalau aku belanja korang macam mana? Nak tak?

Faqa : Adoi! Aku malas betul lah nak...

Nas : Rezeki jangan ditolak! Musuh jangan dicari! Jom kita ker MCD wahai Faqa yang budiman!

Faqa : Aik? Bukan tadi kau kata membazir lah apa lah! Cakap tak serupa bikin!

Nas : Ini bukan membazir lah! Inilah namanya rezeki!! Jom! Jom!

Faqa : Cis! Pantang ada orang nak belanja laju jer kau kan!!

Afiek : Nah! Ambil RM50 nih! Hati - hati! Jangan pandang belakang pula!!Muahahaha!!

Faqa : Hishhh!! Kau nih!! Malam - malam macam nih pun gurau benda - benda macam tu! Datang hantu dekat kau kejap lagi baru kau tau!

Nas : Kau jangan sakat dia nih lebih - lebih Afiek oiii! Si Faqa nih penakut sikit orangnya! Kehkehkeh!

Afiek : Hahaha! Faqa! Kalau ada hantu nak datang dekat aku....aku call jer lah Datin Maimun! Hahaha!!

Faqa : Hah! Kalau dia datang betul - betul nanti kau call lah Datin Maimun kau tu!


Inilah Datin Maimun


Faqa dan Nas pun bergerak ke MCD dengan motosikal buruk Faqa yang menanti waktu untuk dilupuskan di pusat pengumpulan barang lusuh. Sementara itu Afiek yang keseorangan di dalam bilik mula berasa tidak sedap hati. Dilihatnya pemandangan sekeliling yang cukup gelap dan sangat sunyi sementelah kata - kata Faqa asyik terngiang - ngiang di telinganya,"Datang hantu dekat kau kejap lagi baru kau tau!" Afiek keluar dari biliknya dan melihat keadaan luar.

Afiek : Erkkk!! Biar betul apa yang aku tengok nih? Bilik nih jer ker yang berlampu? OMG! Seram pula aku nak pergi tandas sorang - sorang nih!!

Nas : Wehhhh!!! Afiek! Afiek!!

Afiek : Oh mak kau Datin Maimun! Adess! Apa lah kau nih! Tanjat Afiek tau! Eh, cepat gila kau sampai! Kau naik motor ker terbang tadi? Hahaha! Hah, mana si Faqa?

Nas : Faqa ada dekat bawah lah! Kitaorang dah gerak setengah jalan dah tadi tapi tiba - tiba baru teringat kau tak bagi duit lagi!

Afiek : Aik? Tadi kan aku dah bagi duit dekat kau?

Nas : Mana ada!! Kau cakap jer tapi kau tak bagi pun!!

Afiek : Ya Allah!! Aku bagi lah tadi! RM50 kut!! Dalam dompet aku pun tadi ada RM50 tu jer! Kau agak - agak lah nak tipu pun! Kawan sendiri kut!

Nas : Tak percaya kau tengok dompet kau!! Kau tak bagi lagi lah duit tu dekat aku!

Afiek : Hishh!! Kalau tak ada siap kau aku kerjakan! Eh? Aik? Macam mana pula boleh ada RM50 dalam dompet aku nih?

Nas : Hah! Tengok! Kan aku dah kata kau tak bagi lagi duit tu! Cis!

Afiek : Adoi! Seingat aku memang aku ada bagi dekat kau RM50 nih tadi! Abaikan jer lah! Hah! Sebelum kau pergi tolong temankan aku kejap!

Nas : Pergi mana?




Afiek : Tandas! Aku cuak lah bila tengok tak ada orang dekat hostel malam nih!

Nas : Tu lah pasal! Aku ajak kau ikut kitaorang makan kau tak nak!

Afiek : Alahhh! Jom lah pergi tandas cepat!!! Aku dah tak tahan dah nih!

Nas : Yer lah! Yer lah! Jom!

Mereka berdua pun menuju ke tandas dan tiba - tiba...............


BERSAMBUNG.........(Klik Untuk Baca Part 2 )


8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. bersambung pulakkk...
    saje wat suspen kannnn hans oii!

    BalasPadam
  2. hina gila faqa bwk motosikal buruk 2..hahaa.

    BalasPadam
  3. Wanie San : harus lah ala - ala slot seram dekat TV3...hahahaha

    Qarr : saja lah rendahkan kekayaan ko...kasi ko merasa miskin even dalam drama khayalan nih...ekekekeke

    BalasPadam
  4. ala.. da excited n khusyuk da bc.. tup2.. sambung rupenye.. x sabar la plak.. =)

    BalasPadam
  5. ala.. da excited n khusyuk da bc.. tup2.. sambung rupenye.. x sabar la plak.. =)

    BalasPadam
  6. Qarr : tq tq

    Faten : haha..tahu xper walau pun berjanggut n berkumis

    Izan : dah ada sambungan part 2 :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama