Angka 10 Untuk Hari Raya Aidilfitri 2012



Gua sebenarnya tadi gigih susun kad raya nih tetapi bila masuk dalam Instagram dah terpotong dekat bahagian kiri dan kanan pula! Jadi, minta maaf kepada dua penghantar kad raya yang menjadi mangsa potongan automatik tu yer! Hehehehe!!

Tahun nih gua dapat 10 keping kad raya dan RM10.20 untuk duit raya!!! Muahahaha!!! Mengikut peratus kenaikan yang telah dibuat ialah jumlah kad raya menunjukkan peningkatan yang membanggakan tetapi jumlah duit raya menunjukkan pengurangan yang begitu dasyat!! Haihhhh!!!

Apa - apapun, gua nak ucap terima kasih sangat - sangat kepada rakan - rakan blogger, facebook serta twitter yang menghantar gua kad raya! Paling tak boleh gua lupa ialah ada satu kad raya yang cukup kreatif siap letak sampul duit raya dan yang paling best sampul tu ada isi!! Muahahaha!! Diharapkan trend meletak sampul dan ada duit tu berterusan dan menjadi ikutan lah untuk semua yang berhajat nak hantar dekat gua lagi tahun depan!

Tahun nih memang gua sangat seronok mengembara raya bersama kawan - kawan baik gua! Paling seronok tu beraya dari pagi sampai lah tengah malam! Cuma tahun nih sampai raya ke-3 jer lah sebab kawan - kawan gua semua dah mula kerja balik!! Sob Sob Sob!! Okay lah!! Apa - apapun, gua nak ucap terima kasih banyak - banyak lah kepada semua yang hantar gua kad raya dan bagi duit raya!! Kepada sesiapa yang masih berhajat nak bagi duit raya kepada gua tu sila email atau inbox gua yer!! Talian dibuka sepanjang tahun! Harap maklum! Hikhikhik!


P/S : Semalam Usha - Usha Tiket Air Asia Untuk Ke Brunei, Bandung Dengan Krabi Pada Tahun Depan!! Rasa - Rasa Tahun Depan Macam Nak Pergi Melancong Lah!! Ada Sesiapa Nak Ikut? (^_^)Y


24 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tahniah..kad raya lebih banyak..tapi duit raya aku lagi bnyk dri ko..haha..

    alamak terkena caj 10sen.

    BalasPadam
  2. aku rasa macam nk join melancong la...jom...

    BalasPadam
  3. weh, nak ikut weh g jenjalan tp bulan 4 aku g jakarta :)

    @bellaminkarim

    BalasPadam
  4. Qarr Jalil : hahaha...kalau betul cas 10 sen sah2 aku dah jutawan sekarga..hahaha...ialah..ko kan dak kecik..mesti banyak dapat duit raya...

    GKSB : tudiaaaaaaaa...hang nih biaq betoi!!! haahaha...aku apa2pun bulan 3 tahun depan baru nak gi melancong...

    Tanpa Nama(padahal Bellaminkarim) : hahaha... yo lah tu!!! tq antaq kad raya!!

    BalasPadam
  5. untunglah dapat byk kad raya @_@

    anyway, nak melancong ke ? pergilah London ! xD

    BalasPadam
  6. kad raya 2 je yatt dpt..huhu..sadiskan..duit raya berlipat kali ganda..muhahahahah

    BalasPadam
  7. byk juga kad raya hans.. insyaALLAH tahun depan dari nur lak..hihih

    BalasPadam
  8. tahniah la hans,, sebab ada yang sayang,, muja dapat dalam rm15 kot,, banyak la daripada awak punya,, kih3

    BalasPadam
  9. kau ni mesti lama tak datang blog aku kan? ada hari tu mintak alamat rumah kau. kau taknak bagi. -___-

    BalasPadam
  10. ahha...aku tak kecik..aku kacak..
    duit raya yang aku dapat semua kebetulan je..haha

    BalasPadam
  11. wahwahwah manyak dpt kad raye !
    seploh hengget lebih dpt duit
    raye kire ade la gak tu.. hehe
    kitewww dpt lebih sikit la. hehe





    slm syawal,
    cik ana

    BalasPadam
  12. Haha....sy dpt Rm 0.50 sen duet raya yg diselitkan bersama kad raya hehehe...bolehlah tahan. at least si pengirim tu ikhlas hehehe!

    BalasPadam
  13. ehhh dah keje kam hans?? mcm mne bleh dpt duit rye ni..share la sini..

    p/s : aku pun rse mcm nk pergi melancong la..jom

    BalasPadam
  14. wah bestnya..melancong sakan.. :)

    BalasPadam
  15. rm10.20? sape bg kau duit raye doploh sen? hihi.

    mcm nak follow lah ang p mlncong. tp ang blanje lah. bulih?

    BalasPadam
  16. Heihei..send duit raya melalui topout maxis celmcom and digi sahaja.Dulu la..masa kerja XD

    BalasPadam
  17. klu dekat boleh ak hulur-hulur 80sen kasik genap rm11 duit raya ko bro,haha

    apepun, slamat hari raya
    nak melancong tu, jgn lupa beli ole-ole utk gua

    BalasPadam
  18. anis lagi sadis :( sebab xdapat pun kad raya!! tapi duit raya masyuk. haha :DD

    p/s : nak ikut g bandung!! haha. sponsor ehh :DD

    BalasPadam
  19. selamat hari raya aidilfitri.. :)

    wahhh die dpt kad raya 10.. e'in dpt 2 je.. huhu..

    wet raya hans rm10.20.. e'in punye rm70.00.. haha

    BalasPadam
  20. makin besar makin kurang duit raya kan! :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama