Melancong Ke Singapura

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans. Alhamdulillah, pada pukul 2.30 petang, 27 April 2013 bersamaan hari Jumaat yang lepas Hans bersama 3 orang rakan sempat masuk ke Singapura sekejap untuk melihat-lihat apa yang menariknya yang ada di Singapura nih. Kebetulan pula Hans memang waktu itu berada di Johor atas urusan kerja jadi alang-alang dah bawa passport tu maka redah jer lah masuk ke dalam kan. Hahaha! Jadi, ini adalah pengalaman Hans sepanjang berada di Singapura dalam tempoh yang singkat nih!

Satu kesilapan besar apabila masuk ke dalam Singapura ialah anda masuk tanpa membeli AutoPass Card di bahagian Imigresen dan itulah yang berlaku terhadap Hans dan rakan-rakan. Nasib baik antara kami berempat nih, ada seorang nih namanya Tengku yang memang banyak kali dah datang ke Singapura untuk bercuti dan dia lah yang memberitahu kami betapa pentingnya AutoPass Card nih. Untuk pengetahuan anda, fungsi AutoPass Card nih ibarat SmartTAG dan uniknya Singapura nih ialah segala urusan pembayaran seperti pembayaran tol, parking kereta dan segala jenis saman memerlukan AutoPass Card nih. Tol di Singapura bukan seperti di Malaysia kerana tol mereka tidak mempunyai kaunter seperti di Malaysia. Jadi, apabila masuk ke dalam Singapura tanpa memiliki atau kehilangan AutoPass Card adalah satu malapetaka besar kepada anda yer kerana anda tidak boleh keluar dari Singapura dan pelbagai urusan perlu dibuat seperti membuat laporan polis, berjumpa dengan kedutaan Malaysia dan banyak lagi urusan yang perlu dilakukan. Selain tu korang perlu membayar saman sebanyak 500 Dollar Singapore! 1 Dollar Singapore bersamaan RM2.45 tau! 500 dollar bersamaan RM1200 lebih macam tu yer! Hah! Kau ada RM1200? Takkan kau masuk Singapura semata-mata nak bayar saman? Cuak macam nak mati kut masa tu!

Sebenarnya, rakan Hans iaitu Fizo sudah bertanya kepada pegawai imigresen Singapura dekat mana boleh dapatkan AutoPass Card sebelum keluar dari situ. Kata pegawai tersebut beli di depan tetapi keluar-keluar jer dari imigresen tu terus ke jalan besar! Serius Hans cuak! Disebabkan Hans dan rakan-rakan sudah membawa kenderaan keluar dari bahagian imigresen jadi kami tidak boleh berpatah balik untuk membeli autopass card tu. Jadi, rakan Hans pun pergi bertanya kepada pegawai imigresen di tepi jalan dan katanya di hadapan ada kaunter autopass serta 7E dan kami berempat boleh dapatkan autopass di situ. Tetapi, kawan Hans si Tengku yang selalu datang Singapura tu kata untuk dapatkan AutoPass Card nih kena isi borang dan segala macam lagi tetapi dekat 7E tu hanya boleh tambah nilai AutoPass Card sahaja! Memang betul kata si Tengku tu! Dekat kaunter putih AutoPass macam dalam gambar tu dan juga dekat 7E tidak ada menjual AutoPass Card yer! Hah! Aku sudah gila! Gila! Hahaha! Mampus! Jadi, macam mana nak dapatkan AutoPass Card nih? Sila dapatkan di Land Transport & Authority yang berada di Sin Ming dengan jarak perjalanan sejauh 12 kilometer! 12 kilometer? Alahhh!!! Naik kereta kan? Kan? Bukan jauh sangat pun kan? Hah! Memang tak jauh tetapi kau tahu ker jalan nak ke sana? Tak tahu kan? Hahaha! Untuk pengetahuan anda, papan tanda di Singapura nih bukan seperti di Malaysia yer! Kalau di Malaysia senang sebab di papan tanda tu sudah diletak nama tempat yang kita nak tuju tetapi kalau di Singapura, mereka letakkan nama lebuhraya mereka di papan tanda tu untuk menghubungkan sesuatu tempat. Ibaratnya anda bertanya macam mana nak pergi KLCC dari bla bla bla dan anda akan dengar ayat seperti ini,"You lalu ikut KESAS! Kemudian ikut LEKAS! Kemudian ikut NKVE!" Semuanya guna nama lebuhraya jer! Mahunya tak gila kalau tak ada GPS!! Jadi, jika anda ingin melancong ke Singapura sila pastikan anda ada GPS! Kalau tak ada GPS sila pastikan wang yang anda bawa banyak sebab nak buat bayar saman bagai yer! Hahaha!

Nasiblah si Tengku tu bawa GPS! Senang sikit cari Sin Ming nih! Sudahlah jalan dekat Singapura nih susah nak cari papan tanda U-Turn! Kalau buat perangai macam dekat Malaysia sesuka hati jer U-Turn mahunya kena saman beratus dollar. Jadi, sabar jer lah! Hahaha! Alhamdulillah! Akhirnya dapat juga memiliki AutoPass Card walaupun terdapat sedikit kesukaran. Untuk pengetahuan anda, Land Transport & Authority hanya dibuka pada pukul 8 pagi ker 9 pagi macam tu lah dan ditutup pada pukul 5 petang. Alhamdulillah Hans dan rakan-rakan sampai dekat sana pukul 3.45 petang. Buatnya terlewat memang bermalam dalam kereta lah jawabnya. Dekat Singapura nih apa yang Hans suka ialah kebersihan dan susunan landskap yang memang cantik. Walaupun dekat gambar di atas tu ada botol air tepi tu tetapi serius memang susah nak jumpa sampah dekat tepi-tepi jalan Singapura. Kalau dekat Malaysia? Senang gila nak cari sampah! Hahaha! Memang Malaysia dan Singapura sangat berbeza! Seronok juga dekat Singapura nih ialah bandarnya memang banyak dengan pokok! Jadi, rasa sejuk dan nyaman jer mata nih memandang! Tetapi, satu perkara yang Hans tak berkenan dengan sikap segelintir rakyat Singapura ialah sikap pemandunya yang tak boleh nak bertolak ansur! 

Antara keempat-empat orang nih, yang nak sangat masuk Singapura nih ialah Hans sebab misi Hans nak cari perfume. Kata orang harga perfume dekat sini murah-murah! Jadi, Hans dan rakan-rakan pun pergi lah ke Orchard Road. Dekat situ Hans pergi ke Lucky Plaza dan pergi lah tengok-tengok harganya. Sebenarnya memang harga perfume dekat sini murah tetapi Hans pergi beli perfume dekat tempat lain. Lain kali kalau Hans datang lagi ke Singapura nih memang Hans akan beli perfume dekat Lucky Plaza di Orchard Road nih sebab harganya lagi murah. Dekat sini memang ramai orang dan keadaan jalan pun bersih dan wangi jer! Hans suka lah tempat nih! 

Lepas dah habis cuci-cuci mata dekat sini jadi berjalan lah kejap tengok suasana di Orchard Road nih. Banyak betul orang yang bagi brochure lah flyer lah sewaktu Hans berjalan dekat sini. Dekat sepanjang jalan nih juga ramai betul penjual aiskrim. Fuh! Tergoda kejap iman tetapi tahan jer lah nafsu sebab malas nak makan aiskrim! Ada satu bahagian dekat tangga di hadapan pasaraya nih terdapat replika orang yang baca surat khabar dan disebabkan kelihatan unik maka Hans pun pergi lah bergambar sekejap! Hahaha!

Tengok lah betapa ramainya orang-orang yang melintas dalam gambar tu! Menariknya disini ialah rakyat Singapura memang patuh pada undang-undang. Mereka akan melintas jalan raya apabila lampu isyarat berwarna hijau jer dan mereka hanya akan melintas di kawasan pejalan kaki yang disediakan. Berbeza dengan di Malaysia, tak kisah lah lampu isyarat tu warna apa dan di mana-mana sekali pun mereka akan melintas dengan hanya mengangkat tangan. Teringat kata-kata Harith Iskandar dalam Lawak Ke Der,"Only in Malaysia!" Satu lagi yang menarik ialah walaupun lampu isyarat berwarna hijau tetapi kalau masih ada pejalan kaki yang melintas maka pemandu-pemandu kereta kena tunggu dulu sehingga mereka selesai melintas. Kalau si pemandu nih melanggar orang yang melintas jalan walaupun lampu isyarat memang berwarna hijau tetapi yang bersalah bukannya pejalan kaki tetapi si pemandu tu yang bersalah. Ini juga amat berbeza jika dibanding dengan Malaysia. Berani kau nak melintas lambat-lambat! Mahu tercampak tepi jalan kena langgar! Hahaha!

Jadi, tempat seterusnya yang ingin dituju ialah tempat singa muntah air tak henti-henti iaitu Merlion Park. Tetapi, disebabkan awal-awal tu masing-masing terlupa apa nama tempatnya jadi kami tersalah menuju ke destinasi yang tak sepatutnya iaitu Fountain of Wealth. Fountain of Wealth tu dalam proses baik pulih jadi dengan bantuan GPS akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dicari iaitu Merlion Park yang terletak di One Fullerton. Serius cantik gila tasik dekat situ. Berhadapan dengan Merlion Park ialah Marina Band Sands iaitu bangunan yang cukup unik dimana direka bentuk dengan terdapat kapal di atasnya. Dekat situ ada hotel, pasaraya dan juga kasino. Hahaha! Apa-apapun, serius beb! Memang cantik lah gila pemandangan dia! Bersih! Wangi! Segar!

Hahhh!! Memang dalam kepala nih dah terfikir nak bergambar macam dekat atas nih sebelum sampai di Merlion Park lagi dan alhamdulillah hajat berjaya direalisasikan! Hahaha! Masa Hans sampai situ kebanyakan pelancong lain bergambar biasa-biasa jer lah! Buat isyarat PEACE! Berdiri kaku terpacak! Tapi Hans pula minta tolong dekat member Hans si Tengku tu suruh ambil gambar macam nih! Macam gambar yang berdiri sambil mulut ternganga tu, ramai juga pelancong luar yang tengok tapi ada aku kisah? Hahaha! Lepas tu ramai pula mat saleh minah saleh yang tiru macam Hans dan member-member lain bergambar! Cis! Apa-apapun, memang seronok lah tengok hasil gambar nih walaupun terseksa sikit! Hahaha!

Sebelum Hans pergi ke Mustafa Centre di Syed Alwi Road untuk mencari perfume maka tak lengkap lah kalau Hans dan tiga orang rakan lagi tak bergambar beramai-ramai. Jadi, mula-mula kami berempat minta tolong pada seorang gadis nih untuk ambil gambar kami. Si perempuan dan rakannya tu dari Jakarta. Jadi, lepas dia dah ambil gambar maka kami berempat pun bersemangat lah nak tengok hasilnya! HAMPEH! Apa yang dia cuba nak buktikan dalam gambar yang dia ambil tu pun Hans tak tahu lah! Hahaha! Akhirnya, kami berempat minta bantuan pada pelancong daripada Eropah dan hasilnya alhamdulillah! Terbaik! Dapat juga bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan Merlion Park yang indah dan permai nih! Hehehe!

Akhirnya, Hans dan rakan-rakan tiba di Mustafa Centre yang berada di Syed Alwi Road. Walawehhhhh!!! Banyak gila perfume nak habaq mai! Rambang mata! Harga pun murah! Penat juga lah Hans bau macam-macam perfume! Jadi, disebabkan harganya memang murah jadi Hans pun belilah dua jenis perfume. Fuh! Puas hati walaupun duit pun puas melayang masuk ke dalam kaunter cashier tu! Hahaha! Jadi, disebabkan hari pun dah malam dan nak menghadap kesesakan dekat bahagian Tuas maka Hans dan rakan-rakan pun bertolak lah balik ke Malaysia. Memang banyak gila kereta dengan bunyi hon daripada penunggang-penunggang motosikal yang tak tahu disebabkan apa! Stress betul Hans waktu tu! Sebelum anda pulang ke Malaysia pastikan AutoPass Card anda tu mempunyai baki wang yer dan pastikan nilai AutoPass Card anda bukannya negatif. Kalau anda rasa nilai wang dalam AutoPass Card anda tu negatif silalah tambah nilai dulu kalau tak mahu kena saman beratus dollar! Jadi, inilah antara pengalaman melancong sekejap ke Singapura dan mungkin jika ada kesempatan lagi pergi ke sana, Hans akan pergi ker Universal Studio Singapore pula. Insyaallah! Sekian! Assalammualaikum!

37 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tu dia, pi singapore semata-mata nak beli perfume
    cayalah bro

    tapi, best jugak kan berjalan macam tu
    tak plan, tiba-tiba redah je
    best memory indeed

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukannya aku masuk Singapore sebab nak beli perfume
      cuma alang-alang dah masuk beli jer perfume...
      perfume dia memang murah..
      contoh macam dekat Malaysia harga RM220
      dekat Singapore perfume yang sama tapi aku beli RM140
      jimat banyak kut! hahaha

      Padam
    2. fuyoh, murah gillerrr...
      ak pun x tau bila lah nak sampai ke singapore
      dapat pi USS best jugak nih

      Padam
    3. nak pergi USS...jom pergi hujung tahun nih! beli pakej sekali dengan legoland..mau?

      Padam
  2. Aku dulu gamble gak jalan kaki pusing songapore. haha. china town, marina bay. lagi pe ntah, dah lupa. aku pernah buat entri kat blog

    btw, klo bawa kereta mmg kena ada passport dan pass tu je? selain dekat tempat 12 km tu katne lagi leh dapat? harga?

    klo nak g legoland roger2 la. mana tau aku free, annual pass aku dah nak expired. klo sempat leh la join

    BalasPadam
    Balasan
    1. AutoPass Card tu sebenarnya hanya terdapat dan wajib ambil dekat imigresen sebelum kereta keluar dari situ...

      yang dekat Sin Ming tu kalau terdesak dan hanya dekat situ jer boleh ambil tapi macam-macam lah dia soal siasat... harga aku lupa weh sebab member aku yang beli tapi tak silap dalam 30 dolar kut...tapi bila hang dah beli autopass tu..dalam tu cuma ada 4 dolar jer dan hang kena topup dekat 7E atau AutoPass Center yang warna putih dalam gambar tu jer..

      insyaallah ada rezeki ingat nak ambil pakej pergi USS + Legoland waktu hujung tahun nanti

      Padam
  3. Adoiii bilalah nak dapat peluang pergi sana ni.

    BalasPadam
  4. waa'laikumussalam, mak aiii. best nya g singapore!!! :D

    BalasPadam
  5. bestnya dapat jalan2..baca pasal autopass tu pun dah cuak..hehe..bagus info tu..mana tahu ada rezeki dapat singgah sana kena beringat juga.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang tujuan nak kongsi pasal autopass tu pun sebenarnya
      hahahaha

      Padam
  6. aiyokk..nasib ada kawan yg taw selok belok kt tempat org nih kan..kalau x naya ja melayang sribu dua rtus tuh..+.+

    haha..husna klau msuk kdai minyak wngi konfem kelabu mta dan klabu hdung..smua rsa mcm wangi..=P

    BalasPadam
  7. moralnya..rancang la perjalanan anda terlebih dahulu hihi takpe tu semua dugaan kan? janji puas hati dapat beli 2 perfume. :)

    BalasPadam
  8. best la melanconggg..hehe

    cepat buat dialog kat gambar2 tuh hehe

    BalasPadam
  9. stail la gmbr hans dgn patung yg baca paper tu..:p

    BalasPadam
  10. syoknye.. dalam negara pon yatt tak lpas smue lgi..huhu.. tringin nak ke sana juga

    BalasPadam
  11. lama dah tak pi singapore... bila la agaknya dpt ke sana lagi..

    BalasPadam
  12. bestnya.. jalan2 pegi singa memang syok.
    nampak air pancut tu real je masuk mulut. hehe

    BalasPadam
  13. terima kasih atas perkongsian.
    panduan berguna untuk ke singapore nanti ^^

    BalasPadam
  14. wah..rindu pulak nak ke singapura..dulu akak kerja sana..

    BalasPadam
  15. wah pergi Singapore pulak yer...best2...

    BalasPadam
  16. Tak tahu nape. Singapore tu tak adalam wishlist aku untuk melancong. Erk...

    BalasPadam
  17. Tak tahu nape. Singapore tu memang tak termasuk dalam wishlist aku untuk pergi holiday atau travel. keh keh keh.

    BalasPadam
  18. pernah transit kt singapore on the way nk gi somewhere tp tak tau knapa singapore jg bkn tmpt yg akak nk gi.

    BalasPadam
  19. patut la kau menyepikan diri aje rupanya melancong..

    BalasPadam
  20. wushh, bestnya dapat gi Singapore, lagi time amek gambar kat air pancut tu. haha..

    BalasPadam
  21. Kita org pernah jugak gembel masuk singapore...xbeli pun auto pass sbb xtau..last nk kuar kene tahan imigresen dia.....puas gak nk kautim baru leh lepas

    BalasPadam
  22. Dekat mana nak parking kat area merlion tu bro?

    BalasPadam
  23. Untuk beli perfume, pergi ke Mustafa. Dibuka 24 jam

    BalasPadam
  24. Berapa hans topul dalam autopass utk sehari perjalanan tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa dah...lama dah kan cuma dalam berapa belas dollar ke puluh dollar xsilap...xingat sangat dah

      Padam
  25. Bagi yang berminat melawat Singapore & inginkan private singapore tour (sama ada 1 keluarga hinggalah 1 bas 30 orang atau lebih; Jika perlukan khidmad Singapore Tour Guide (Pemandu Pelancong yang sah) boleh lah anda hubungi tour guide ini secara terus. NAME: MR. OSAMA ABDUL (ABDULLAH) ,
    TEL: +6012-7017660 , EMAIL: sayabdul733@gmail.com // Terima kasih.

    BalasPadam
  26. Hi ADMIN. Terima kasih sudi share pengalaman... :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/ SINGAPORE ZOO/ GARDEN BY THE BAY/ SEA AQUARIUM/ NIGHT SAFARI/ RIVER SAFARI/ ADVENTURE COVE WATERPARK/ CABLE CAR dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Contoh:Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
    .
    Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
    JESSICA, LOVE TRAVEL
    (whatsapp: +6012-7760219)
    Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

    BalasPadam
  27. Apa khabar? :) Nak sharing siket, cuba lihat sini, Tiket Promosi SG (lebih dari 30 tempat), memang murah & berbaloi.. >> https://lovetravel-love.blogspot.com/2019/02/jan-2019s-singapore-travel-entrance.html << da baca, baru akan tau :) USS/DLL semua ada..apape just WHATSAPP je (6012-7760219) #CutiCutiSG #LawatUSS

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama