Biadap

Salah satu sikap yang kebanyakkan manusia serta aku sendiri tidak suka apabila ada individu yang bersikap biadap. Biadap ini bukan sahaja daripada segi kata-kata tetapi juga perbuatan. Pekerjaan aku kadang-kadang memerlukan aku untuk keluar bertemu dengan orang awam untuk bertanyakan pendapat mereka tentang sesuatu isu atau masalah yang melanda masyarakat kita.

Seperti biasa bukan semua orang suka ditemuramah dan bukan semua orang yang suka berkongsi pandangan mereka dengan ramai orang tetapi tidak bolehkah berkelakuan baik dan memberitahu dengan cara yang sopan jika tidak mahu ditemuramah atau diganggu sedikit masa anda yang mahal itu. Ada dua manusia yang aku jumpa tadi yang membuatkan hati aku panas walaupun bumi sedang sejuk dibasahi air hujan dari langit. Seorang itu disapa dan ditegur dengan baik namun berlalu pergi tanpa menoleh atau pun memberi sebarang reaksi yang baik di muka. Wah! Budi bahasa budaya kita sangat kau bro! Tetapi, apa yang lebih menyakitkan hati lagi apabila bertemu dengan seorang lagi manusia yang juga berjantina lelaki.


Memakai kemeja! Bertali leher! Berkasut kulit hitam! Nampak berpendidikan dan sesuai barangkali untuk ditanya bagi mendapatkan pendapat atau pandangan mewakili kaum lelaki. Namun, bak kata orang tua-tua "Don't judge a book by its cover!" Serius sangat poyo! Memandang rendah aku dan rakan-rakan serta BIADAP! Hello bro! Jangan ingat kau berpakaian seperti golongan elit bermaksud kau tu sudah cukup hebat dekat muka bumi ini.

Ikut hati aku yang tengah panas masa tu mahu saja aku sumbat mulut manusia biadap nih dengan mikrofon yang aku pegang. Biar mati tercekik tetapi disebabkan bila difikir-fikir kembali apa gunanya melayan orang biadap sebegitu jadi aku abaikan sahaja. Bagi aku hidup dekat dunia nih tidak perlu terlalu nak mendongak ke atas sebab sehebat mana pun kau pasti akan ada yang lebih hebat lagi. Apalah salahnya berpijak di bumi yang nyata dan sesekali belajar untuk menghormati orang yang menghormati anda. Tak ada untungnya pun bersikap biadap sebab tak akan ada manusia pun yang suka dengan sikap sebegitu melainkan manusia itu pun berperangai keji seperti kau juga. Sekian!

13 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. sabor bro...biasalah manusia macam-macam ragam ada
    apa yg penting,mintak kita dijauhkan dari berkelakuan seperti tu

    pssst, interview je lah ak
    kan mudah, wakakaka

    BalasPadam
  2. biasa la tu...ragam manusia kat dunia ni bgai2.. tak senang hidup la orng biadap camtu

    BalasPadam
  3. sabar la hans
    manusia ni mcm2 perangai
    semoga Allah balas je

    BalasPadam
  4. at least kalau tak nak sedekahkan dengan senyuman,
    org tak paksanya kan, sabar ey hans

    BalasPadam
  5. mmm...sakit hati tu kalau macam tu tapi kena sabar banyak2 sebab kerja kita menuntut untuk bertemu dengan orang yang pelbagai ragam

    BalasPadam
  6. keje dalam industri macam bro memang kena byk bersabar kan.

    BalasPadam
  7. Hans,

    Hang tau tak biadap tu bahasa Parsi?

    Bi itu adalah imbuhan untuk Anti.

    Maka, ahli bahasa menyatakan - Adap itu asalnya serapan bahasa Arab - adab.

    Jadi Bi-adap adalah Bi-adab - Tanpa ada Adab

    Saja bagitau hang kot-kot hang tak tau haha :D

    Kthanksbyesalam

    BalasPadam
  8. marah betul tu bro.. tsk2, jgn amik hati sgt,nnt kita yg sakit jiwa melayannya.. doakan je la dia berubah.. insyaAllah

    BalasPadam
  9. terlalu byk ena jumpa manusia sebegini.. kadang2 ena tak tahan, memang ena yang biadap balik kat dia... urghhhhh apapun, minta2 kita jgn seperti dia..

    BalasPadam
  10. Menyirap ni menyirap . pakai smart kelakuan kelas ketiga . haha pity on him kan :D

    BalasPadam
  11. tak suka orang biadap..walaupun kadang2 akak sendiri tak sedar akak ada berlaku biadap..heheh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama