Memberi Harapan

Aku tidak suka memberi harapan kepada seseorang jika aku yakin aku tidak mampu memberi apa yang aku katakan kepada individu tersebut. Bukannya apa kerana semestinya jika harapan yang dijanjikan tidak dapat ditunaikan maka individu tersebut pasti akan kecewa dan mungkin juga kepercayaannya kepada aku akan berkurang atau pun hilang sama sekali. Aku juga tidak suka diberikan harapan menggunung kerana aku merasakan aku seorang yang cepat kecewa dan marah jika harapan yang diberi hilang mengikut arah angin yang tidak kelihatan.


Jadi, apabila aku berada di satu pihak yang terpaksa memberi harapan dan kemudian terpaksa memungkiri segala harapan yang diberitahu selama ini maka aku berasa begitu marah dan kecewa. Malu! Itu mungkin perkataan yang sesuai untuk melambangkan perasaan orang yang memberi harapan tetapi akhirnya tidak dapat menunaikannya bukan atas sebab diri sendiri tetapi kerana pihak atasan yang lebih berkuasa menentukan apa yang mereka rasa perlu atau betul walaupun hakikatnya tidak. Apakan daya! Aku tidak suka memberi harapan dan juga tidak suka diberikan harapan! Sekian.....

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Setuju. Aku pun dah jadi macam tu. Yang penting, beri harapan pada diri sendiri, sudah cukup. :)

    BalasPadam
  2. kedua2 nya amat rumit kan, moga dimudahkan segala urusan, insha Allah

    BalasPadam
  3. Taip dgn penuh perasaan ni bro! haha

    BalasPadam
  4. kdg2 tnpa sedar kita beri org harapan n org rasa kita bagi doa harapan...hehehhe xD

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama