Hampir Mati Di Puasa Hari Ketiga

Dugaan! Dugaan! Hah! Tajuk entry pun macam dah gempak kan? Hahaha! Baiklah! Sudah 3 hari kita semua umat Islam menjalani ibadah berpuasa dan nampaknya puasa tahun nih bagi aku agak mencabar kerana selain terpaksa menghadapi dunia pekerjaan aku yang sememangnya sibuk dengan pelbagai kerja yang tidak berkesudahan dan aku juga sekarang sedang mengalami demam yang agak teruk. Jadi, untuk puasa hari ketiga disebabkan aku tidak tahan dengan demam yang sangat menguji ketahanan fizikal dan mental maka aku menelan 2 biji panadol pada tengah malam sehingga membuatkan aku terlepas untuk bersahur. Jadi, sememangnya hari ketiga berpuasa yang dilalui bagi aku agak mencabar dan apabila badan tidak sihat nih memang mengidam nak makan macam-macam. Akhirnya, pada petang tadi aku sempat ke bazaar ramadhan bersama rakan-rakan. Aku membeli sebungkus bihun yang terdapat dua ketul udang dan sememangnya menyelerakan. Ada pula rakan yang ke bazaar yang lain dan membeli beberapa biji murtabak yang sememangnya juga sedap rasanya.

Tiba sudah waktu berbuka dan aku mulai menjamah kedua-dua menu tersebut. Aku merasakan kombinasi antara bihun dan murtabak tersebut adalah sebuah gandingan yang cukup ideal jadi aku menyuapkan kedua-duanya ke dalam mulut dengan sudu. Suapan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima berjalan tanpa ada apa-apa masalah. Tiba kepada suapan seterusnya dan aku merasakan ada sesuatu di dalam mulut aku yang terlampau keras. Aku merasakan kemungkinan ada kulit udang dan aku cuba menggigit lagi tetapi benda tersebut terlampau keras. Risau dengan apa yang ada di dalam mulut aku lalu aku meluahkan kembali keluar secara perlahan-lahan dan hasilnya...

JENG JENG JENGGGGGG!!
JARUM PENITI BEB!!!

Sampai bengkok jarum peniti tu aku gigit! Kuat tak gigi aku? Hahaha! Putus selera aku nak makan beb! Aku tak pasti jarum nih datang daripada bihun atau murtabak sebab aku makan kedua-duanya serentak cuma kemungkinan besar jarum nih wujud daripada bihun tu lah kut jika dilihat pada saiz dan panjang jarum peniti nih. Fobia beb! Sampaikan tadi nak makan buah tembikai pun fobia sebab tembikai tu ada biji hitam dan biji tu keras juga. Hahaha! Tak dapat bayang kalau aku tertelan benda nih tadi entah apa lah jadikan? Syukur alhamdulillah sangat kerana Allah selamatkan aku daripada tertelan jarum peniti nih.

Aku tak tahu nak kata apa! Bolehkah jika aku nak nasihatkan peniaga-peniaga bazaar yang berjantina perempuan dan bertudung supaya tidak menggunakan jarum peniti di tudung masing-masing? Mungkin aku boleh menasihati orang lain supaya makan dengan berhati-hati tetapi aku rasa susah untuk situasi seperti ini. Jika yang ditemui di dalam makanan itu seperti batu kecil atau pasir mungkin perkara biasa terutama jika anda makan nasi tetapi jika benda yang anda sedang gigit dan kunyah itu ialah bihun atau murtabak dan ada JARUM PENITI di dalam mulut anda jadi apa yang anda boleh bayangkan? Jarum peniti dalam makanan? Serius?? Aku fobia weh dengan bazaar ramadhan tahun nih!
  
P/S : Diminta Peniaga Di Bazaar Ramadhan Lebih Berhati-Hati! Bukan Sekadar Memastikan Makanan Yang Kalian Masak Sedap Rasanya Tetapi Pastikan Juga Keselamatan Pelanggan-Pelanggan Anda Sewaktu Menikmati Makanan Yang Anda Masak!

34 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. huishh, ni dah kes bahaya
    seb bek ko tak telan dengan jarum-jarum
    kalau tak, panjang lagi la entri ni kan

    alhamdulillah, selamat
    get well soon bro
    selamat berpuasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah telan...
      tak berupdate dah lah blog nih bro...

      Padam
  2. bahayanya.. nasib baik ada mengunyah.. kalau terus telan memang kes naya niee.. hati2 hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...tu la pasal weh....
      nasib la rajin juga mengunyah

      Padam
  3. BAHAYANYAAAAAA..... nasib baik u perasan...bagi tahu sikit lokasi niaga tu... tak nak beli kat dia lain kali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab ada dua makanan yang disyaki jadi ada dua lokasi yang berbeza

      Padam
  4. seriously???

    bahayanya!

    kalau terus telan. astagfirullah-al-azim

    tak dapat nak byg.

    Alhamdulillah, selamat

    get well soon :)

    BalasPadam
  5. weh..gila kot jarum peniti tu..kena p tegur kot yang jual ni..
    bahaya-bahaya..nasib tak telan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tahu xper
      masalahnya ada dua makanan yang disyaki
      aku tak tahu yang mana satu

      Padam
  6. eeeee nasib baik sempat tergigit, kalo tertelan terus ermmm tak tau nak habaq

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah
      kalau tertelan terus memang tak tahu la apa nasib den

      Padam
  7. kasi frame itu jarum. gantung kat dinding

    BalasPadam
  8. perghhhhh!!!!!! gile bhye!!! sebaik tak tercucuk lidah!... ya Allah.. ni buat wa takut nk beli makanan kt bazaar ni

    BalasPadam
  9. uishhh bahaya kot... kalo termakan tu.. mahu tak hilang halkum..

    BalasPadam
  10. pergh...
    ini nk santau ker apa nie..
    hahah..
    amik gambo bro pastu report balik kt owner dia.

    BalasPadam
  11. Bahayanya.. nasib baik tak tertelan..

    BalasPadam
  12. uihh...menakutkan.
    Klu tertelan la, tak tau ap terjadi

    BalasPadam
  13. Nasib lu kunyah dulu, kalau tak..
    Haish. Tak berupdate la blog ni.

    BalasPadam
  14. gila bahaya..
    nasib baik tak telan..

    BalasPadam
  15. bahaya tu, tak berdarah plak mulut...setakat nie blom pegi bazar lagi..

    BalasPadam
  16. Kite yang bace ni pulak jadi seriau nak pkai jarum peniti kt tdung..huhu.
    Alhamdulillah xda pape. Be careful next time :)

    BalasPadam
  17. Bahaya ni Hans...kena rajin belek sebelum suap makanan

    BalasPadam
  18. YaAllah...
    bahayanyaa..bygkan kalau tertelan....
    lepas ni kena picit2 dulu sebelum mkn...

    BalasPadam
  19. nasib baik .

    maka nikmat Tuhanmu manakah yang engkau dustakan ? [55:32]

    BalasPadam
  20. huish! gile bahaya nie.. kalau laa awak tertelan.. ish, mintak dijauhkan...

    BalasPadam
  21. tu yg mls nak p bazar rmadan...

    BalasPadam
  22. alhamdulillah.. hans still hidup.

    BalasPadam
  23. selamat berpuasa oi!! lama tak datang sini..heee~~

    BalasPadam
  24. oh...sadis sungguh sampai termakan jarum peniti...bahaya weiii...

    BalasPadam
  25. sebaiknya di kasih tahu kepada penjual makanan agar tidak terulang lagi,

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama