Kad Pekerja Hilang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah aku selamat sampai ke Puduraya, Kuala Lumpur pada pukul 5.20 pagi semalam. Dari sana aku menggunakan perkhidmatan LRT menuju ke Bukit Jalil dan menanti rakan serumah menjemput aku disana. Bagus member aku tu! Aku call pukul 6.25 pagi tapi boleh pula lepas tu dia tertidur balik. Itu yang menyebabkan aku sampai rumah sewa nak dekat pukul 8 pagi tu. Hahaha! Selesai semua urusan dan aku bergegas pula ke pejabat untuk menyambung kembali tugasan. Tiba-tiba baru sedar kad pekerja aku tak ada dengan aku. Puas aku mencari dekat rumah sewa. Telefon keluarga di Kedah. Tanya rakan-rakan sekerja. Jadi, kesimpulannya kad pekerja aku hilang dan bertambah urusan sampingan untuk mendapatkan kad pekerja yang baru.


Aku beritahu kepada bos yang berkenaan memaklumkan kad aku hilang tetapi katanya aku hany perlu berjumpa pegawai keselamatan yang terbabit dalam membuat kad pekerja dan buat kad baru. Sempat lagi diketawakannya aku dengan mengatakan,"Kau jangan risau Hans! Hilang kad pekerja jer pun! Bukan hilang kad pengenalan sampai nak kena buat report polis! Hahaha!" Aku juga sempat bertanya perlukah aku membayar ganti rugi dan jawapan mereka tidakJadi, aku pun bergegas berjumpa dengan pegawai keselamatan yang dimaksudkan untuk membuat kad pekerja aku yang baru. Di dalam hati aku walaupun risau kerana kad pekerja hilang tetapi dalam masa yang sama agak gembira sebab dapat buat kad pekerja baru. Kad baru bermaksud gambar baru dan aku memang tidak sukakan wajah aku di dalam kad pekerja sebelum ini. Hahahahahaha!

Muka Ketawa Jahat!

Tiba di tempat yang dimaksudkan dan aku pun memberitahu apa yang terjadi. "Sila buat laporan polis!" kata pegawai keselamatan tersebut kepada aku. Hahhhhhhhhh? Kena buat laporan polis? Fuh! Masalah besar juga rupanya sampai kena buat laporan polis nih. Aku pun keluar dari bilik tersebut dan terjumpa dengan pegawai keselamatan lain yang berada berdekatan. Katanya jika aku tidak mahu membuat laporan polis pun boleh tetapi perlu membayar RM30 cuma jika buat laporan polis dan bawa salinan laporan tersebut aku tidak perlu membayar apa-apa. Disebabkan keletihan aku di dalam bas dan menunggu masih belum hilang jadi aku dengan redha dan malas nak berkira pun pergi semula ke bilik pegawai keselamatan sebelum ini membawa RM30 dan bersedia untuk membuat kad pekerja baru. Namun, apa yang membuatkan aku mahu berubah menjadi hulk apabila pegawai tersebut berkata dengan wajah yang kerek,"Kena juga buat laporan polis! Awak perlu dengar kata kami! Jangan dengar kata pihak disebelah sana! Pihak sini lebih tahu!"


Lantak korang lah! Malas aku nak bertekak! Bos aku cakap tak payah buat report polis dan tak payah bayar denda! Pak guard seorang lagi pula cakap boleh bayar RM30 kalau tak nak buat report polis! Pak guard nih pula kata kena juga pergi buat laporan polis! Haihhh!! Akhirnya aku gagahkan diri pergi balai polis berdekatan Sri Petaling tu. Nasib urusan sekejap jer! Alhamdulillah! Apabila sampai kembali dengan tempat kerja terus aku pergi buat kad pekerja yang baru. Aku isi borang dan pegawai tu pun semak kembali di komputer nya. Terpampang wajah lama yang gelap gelita tanpa ada langsung pencahayaan tu. Aku mula rasa makin letih sebab ingatkan dapat ambil gambar lain sebab dari awal aku dah semangat betulkan rambut apa semua. Tiba-tiba pegawai keselamatan tu tanya aku,"Nak ambil gambar baru ker?" Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dan aku sudah semestinya mengiyakan dengan lajunya dan terus bersiap-siap nak ambil gambar. Yehaaaaaa!! Gambar baru!


Hasilnya gambar aku bercahaya dan cerah tetapi setengah muka jer! WTFace!! Pak guard nih tak ada citarasa dalam mengedit gambar ker? Stress betul aku! Gambar sebelum nih walaupun ada dua buah lampu tetapi aku tak tahu mana perginya cahaya tu. Gambar kali nih aku tengok pak guard tu semangat jer tolak lampu tu kejap kiri lah kejap kanan lah kejap tengah lah! Akhirnya, gambar kad pekerja aku jadi macam nih pula! Sebelah putih sebelah gelap! Ingat aku Two Face dalam filem Batman tu ker? Cis! Kecewa kut!
  
P/S : Rasa Macam Nak Jer Aku Hilangkan Kad Pekerja Aku Secara Sengaja Selepas Ini! Hahaha! (^_^)Y

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم