Kisah Hari Raya Aidilfitri 2013 Hans

Assalammualaikum dan selamat hari raya kepada semua pembaca blog Hans. Walaupun memang sudah terlewat tetapi memandangkan kita masih lagi berada di dalam bulan Syawal yang mulia ini maka aku sebagai pemilik blog hanshanis.com ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Serta Maaf Zahir Dan Batin buat semua pembaca sama ada yang mengenali aku secara dekat mahu pun yang hanya sekadar menjadi pembaca, pengomen mahu pun pemerhati disini. Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan kesempatan untuk meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini dan apa yang boleh aku katakan ialah aku gembira dengan raya tahun ini. Banyak sebenarnya perkara yang menyenangkan hati aku dan alhamdulillah kemaafan dan keikhlasan aku akhirnya berjaya juga diberi pada tahun ini. Jadi, pada entri kali ini aku akan berkongsi sedikit tentang pengalaman raya pada tahun ini melalui gambar dan juga sedikit penerangan dibawahnya.

Seperti biasa pada hari terakhir berpuasa dan juga malam raya sememangnya aku dan keluarga amat sibuk dengan pelbagai urusan daripada persiapan juadah, membersih rumah dan juga menyiapkan pakaian untuk keesokan hari. Ku sangkakan budget raya untuk tahun nih lebih rendah daripada tahun lepas tetapi sebenarnya lebih meningkat daripada yang disasarkan. Tetapi, tak tau kenapa alhamdulillah masih lagi berduit walaupun duit gaji masuk selepas raya keempat. Buat pertama kali aku beli dua pasang baju melayu dan aku berani beli dua pasang sebab harganya sama dengan sepasang. Hahhhhhh! Terkejut omak den hah! Hahaha!

Macam biasalah malam raya memang dah jadi amalan teman anak buah main bunga api dengan mercun pop pop. Tetapi, tahun nih semakin advance pula budak-budak nih. Dibeli mercun apa entah! Meletup kuat gila! Sakit jantung teman nih hah! Hahaha! Disebabkan ketiga-tiga anak buah perempuan dan memandangkan malam raya jatuh pada hari rabu jadi aku dengan selambanya berkata malam tu ialah ladies night untuk anak-anak buah aku! Hahaha! Yang paling kecil baru umur setahun lebih tetapi tak padan dengan kecil. Dikejarnya kami semua dengan bunga api dia! Dasyat lah anak-anak buah aku nih! Hahaha!

Alhamdulillah! Berkesempatan solat sunat hari raya aidilfitri dan dapat makan mee kuah istimewa hasil air tangan ahli syurga iaitu emak tercinta yang sungguh menyelerakan. Kemudian amalan bersalaman dan meminta maaf pula diteruskan dan apa yang melucukan melihat anak buah yang selepas bersalam dan apabila diberi sampul raya terus dibukanya depan semua yang ada. Fuh! Nasib aku tak bagi RM1! Kalau tidak mahu malu aku dibuatnya! Hahaha! Berkesempatan bergambar dengan kakak tersayang cuma kecewa sikit tahun nih sebab tak dapat ambil gambar satu keluarga. Raya pertama memang sibuk betul dengan tetamu yang datang! Tahun depan insyaallah berkesempatan ambil gambar satu keluarga! Dan buat pertama kalinya aku keluar berhari raya dengan rakan aku ke rumah rakan lain. Selalunya raya pertama aku suka duduk di rumah jer melayan tetamu tetapi saja tahun nih berubah angin. Hasilnya satu rumah jer yang dapat dikunjungi sebab kawan-kawan yang balik balik kampung! Hahahaha!

Raya kedua memang aku mula beraya sakan. Hari Jumaat bukan penghalang untuk berhari raya. Hahaha! Daripada pagi hingga ke tengah malam beraya nak habaq mai! Bangun pagi dan bersiap-siap pakai baju raya siap bersampin lagi hah! Tetapi, payah sungguh nak lipat sampin macam raya pertama! Akhirnya, aku hentam jer lah! Dah payah sangat! Hahaha! Destinasi pertama ialah Jitra bersama rakan sekolah teknik dan kemudian tu cadangnya nak pergi Kulim tetapi dibatalkan sebab kawan dekat Kulim tak dapat dihubungi. Selepas solat jumaat, aku dengan kawan baik pula pergi beraya. Pergi rumah kawan-kawan sekolah rendah sampai kawan universiti. Sampai ke malam lah kiranya! Seronok kut jumpa member-member sekolah rendah! Depa ingat lagi kita sapa! Nampak sangat masa sekolah rendah dulu popular(puiii!!!). Eh? Hahaha! Apa-apa pun, memang dasyat juga aku nih rupanya bila beraya nih! Hahaha!

Raya ketiga pula aku buat pertama kalinya join reunion member sekolah menengah agama aku yang dah 10 tahun aku tak jumpa. Nak kata segan ada juga tapi bukan segan sangat pun cuma risau takut nanti sebab lama dah jumpa mungkin akan jadi kekok bila berjumpa balik. Tetapi, alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Disebabkan masa aku tinggalkan sekolah tu dalam keadaan fizikal aku gemuk dan juga nerd jadi bila berjumpa balik dalam keadaan fizikal nih kurus sedikit dan agak bergaya(piraaahhhhh!!! hahaha!!) jadi memang ada yang agak terkejut lah juga. Ingatkan beraya dari pagi sampai ke petang jer tetapi rupa-rupanya sampai ke malam. Memang gelak sakan lah bila berkumpul sekali. Bertukar-tukar pengalaman dan pandangan memang sesi yang mengujakan aku. Beraya pula ke rumah Cikgu Tajuddin yang merupakan cikgu sejarah aku dahulu juga agak menarik. Paling tak tahan apabila ramai-ramai menonton filem seram Conjuring di Alor Star Mall! Hari raya pun tengok filem hantu! Letih aku gelak tengok member sebelah asyik terkejut jer. Malam tu pula lepak dekat Restoran Yasmeen! Sepanjang 25 tahun aku hidup memang itulah kali pertama aku pergi restoran tu. Padahal orang Aloq Setaq nih!! Hahaha!

Masih lagi di hari raya ketiga dan memandangkan rumah kawan aku nih berdekatan dengan sawah padi jadi tunggu cangak lagi! Ambil lah gambar ramai-ramai memandangkan pokok padi tengah tumbuh cantik tu! Dalam ramai-ramai tu aku seorang jer pakai kasut dan yang lain pakai selipar jer. Dah tak pasal-pasal jadi bahan kena cop artis! Harey toi depa nih! Hahaha!

Raya keempat pula ada member sekolah kahwin! Tudiaaa!! Depa semua dok pakat kahwin! Untung betoi lah kahwin awai! Aku nih ingat tahun depan nak kahwin tapi calon pun tak dak lagi! Nak kahwin lagu mana? Eh, tiba-tiba cakap utara nih! Hahaha! Memandangkan aku memang tak makan nasi dah dekat sebulan lebih jadi nasib masa pergi kenduri tu ada makanan lain. Banyak jugalah kawan-kawan aku nih berusaha menghasut suruh aku makan nasi tetapi hati dah tekad jadi hangpa buat lah lagu mana pun memang aku tak makan. Hahaha! Lepas tu pergi pula rumah junior. Masa dekat sekolah dulu baik juga lah dengan dia. Lama tak jumpa jadi biasalah bila dah lama tak jumpa memang banyak lah nak dibualkan. Selepas tu pergi kejap Pekan Rabu teman kawan aku beli kuih siput apa entah! Alhamdulillah raya keempat nih beraya sampai senja jer! Jadi, aku fikir raya kelima esok nih dah tak pergi mana lah kut memandangkan ramai kawan-kawan dah balik Kuala Lumpur dan ada yang dah mula bekerja.

Rupanya jangkaan aku meleset! Raya kelima pun aku keluar juga selepas kawan baik aku merangkap senior datang beraya ke rumah. Dah tiga tahun dok lepak-lepak dengan aku baru tahun nih masuk rumah aku beraya. Hahaha! Dua buah rumah jer pergi dan satu rumah lagi tu sebenarnya reunion sekolah batch member aku tu. Aku ikut hati segan gila kut nak pi tetapi nasib baik ramai senior tu aku kenal dan ada yang memang aku nak jumpa sebab dah lama tak jumpa. Jadi, daripada berat hati tiba-tiba rasa seronok pula sebab seronok jugalah tengok perubahan rakan-rakan kita kan. Alhamdulillah! Masing-masing dah berjaya!

Raya keenam pula aku dah tak pergi mana-mana. Duduk rumah jer tetapi petang tu aku keluar lah pergi uruskan segala urusan menabung dan bayar PTPTN. Tiba-tiba ada kawan aku telefon nak datang rumah. Hah! Senang betul kawan aku nih jumpa rumah aku. Memang dah lama juga lah tak berjumpa dengan dia tetapi minta maaf lah sebab raya keenam nih faham-faham jer lah. Sekadar ada kuih raya lah sikit-sikit. Kalau raya pertama sampai raya ketiga tu insyaallah ada juga lah hidangan berat yang boleh dijamu. Apa-apapun, syukur sangat-sangat lah kerana sudi datang rumah sebab tetamu yang datang rumah kita nih membawa rezeki kan. Apa-apapun, inilah serba ringkas kisah aku, Hans di hari raya aidilfitri untuk tahun 2013 ini. Semoga raya tahun depan lebih bermakna dan doakan tahun depan aku beraya berdua. Haih! Bila nak boleh beraya dengan awek tak tau! Bosan dah hidup bujang nih! Hahaha! Jumpa lagi di entry akan datang. Assalammualaikum! Selamat Hari Raya Aidilfitri serta maaf zahir dan batin sekali lagi kepada anda semua (^_^)Y

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. selamat hari raya hans..

    sakan noh raya..
    sangat heppy raya dengan kawan2..keluarga kan..

    cik hani pun sama..cuma tak raya sangat dgn kawan2 sebab gegas beraya dengan family dan family in law

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat hari raya...
      yer lah..teman bujang lagi..
      so dgn family n rakan2 jer lah :)

      Padam
  2. -fuiyoh fuiyoh semput dok baca line by line netry hans nih taw.
    awat padat sgt x taw entry kali ni nih. habeh boh semua skali. hehe
    sakan gak no Han beraya smpai raya kelima keenam hehe

    -besnya raya area jitra/kulim (kedah) yg ada sawah padi.
    boleh fotoshoot bebanyak kali kat bendang tu ! rawrrrr ~ :P

    -kwn2 cepat sampai jodoh depa.. xpala next time mana taw turn Hans plak.hehe


    *kena cari awek cecepat gak Hans. makin lama kos mcm makin tinggi je :P
    *cik ana pon x benti doa moga2 dicepatkan la smpai jodoh cik ana nih huu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah..cik ana...nih hans ada tunggu lagi...haha

      Padam
  3. syok lah cuti panjang kan?
    hoh, raya sakan nampak

    selamat hari raya bro

    BalasPadam
  4. panjang kisah rayanya tu..haha, the conjuring dari dulu nak tgk sampai sekarang tak tgk lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer lah...kisah 7 hari..mahu xpanjang..hahaha

      Padam
  5. syok raya ko..

    raya aku pun syok gak..
    tapi aku tgk ko lagi syok

    haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      mana ada dik...
      biasa2 jer raya abang hang nih

      Padam
  6. sekalian ilaturahim,,menjadi pengalaman yang sangat seru pastinya

    BalasPadam
  7. selamat hari raya... :) baju pagi raya wane maroon? eeh same laa plak...

    BalasPadam
  8. tahun depan raya umah bakal isteri pulak kot hans.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama