Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans ada ke negeri Kelantan atas urusan kerja. Ada satu benda yang membuatkan Hans masih teringatkan Kota Bharu, Kelantan iatu menu paginya yang cukup sedap dan menarik iaitu Roti Titab. Roti Titab ini sebenarnya menu yang ringkas sahaja tetapi ringkas dan mudah itulah sedap. Roti Titab ini terdiri daripada roti bakar yang cukup lembut, diletakan kaya di setiap penjuru roti dan telur separuh masak ditengah-tengah roti tersebut.
Sejujurnya tekak Hans nih memang susah sikit nak telan telur separuh masak sebab memang tekak boleh kembang dengan rasa telur tu. Tetapi, disebabkan kombinasi kaya dan telur itu menyebabkan rasanya memang sedap dan buat Hans tambah lagi sepinggan weh. Kalau di Kota Bharu, Kelantan nih yang Hans tahu Roti Titab nih hanya boleh dijumpai di kedai makan Kopitiam Kita yang merupakan kedai yang cukup popular dan menjadi pilihan rakyat kelantan untuk bersarapan. Selain Roti Titab ini, korang sebut jer apa jer makanan Kelantan....semua ada! Ada nasi tumpang! Ada nasi kak wok! Ada nasi dingin! Ada nasi kerabu! Memang rambang mata beb!
Kopitiam Kita nih pun menjadi pilihan ramai artis dan tokoh-tokoh hebat untuk bersarapan dekat sini. Jadi, katakan lah kalau korang pergi ke Kota Bharu dan teringin nak cuba makan Roti Titab atau segala jenis makanan Kelantan yang popular tu. Korang boleh lah pergi ke Kopitiam Kita nih tapi ingat kena pergi awal. Selalunya pukul 9 pagi dah banyak dah makanan yang habis! Hehehe! Selamat menjamu selera :)
KOPITIAM KITA
Alamat:
4357-A, Taman Desa Jaya,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor Telefon:
019-9810888
Waktu Beroperasi:
07.00 am - 13.00 p.m
Teringin pulak aku tengok memalam ni. Kot2 malam ni aku diterbangkan dalam mimpi pegi kelantan. sok pagi celik mata dah kat kelantan. acaner? haha.
ردحذفhahahaha...
حذفpergi lah
sedap weh roti titab nih :)
Kt perlis panggil roti leleh..kt penang panggil roti gedik..buat breakfast..nyum2..sedap..
ردحذفdekat penang pernah makan roti macam roti titab ni..tapi tak ada kaya...dan memang tak berapa gemar....ada kaya baru sedap..hehe
حذفtok rajin lagi makey roti titab ni..wak diri jadi ke dok ahu,haha
ردحذفmu kecek kelate pekat boh....ambo tak pahe...hahaha
حذفnampak sedap tuh..tapi kena tunggu balik kelantan dulu la baru leh try..haha
ردحذفnampak sedap...makan lagi sedap..haha
حذفRoti tu makan camne?
ردحذفPotong2 sikit2 ke atau gigit terus mana nak telan?
ikut orang
حذفmacam saya...potong sikit2...makan dengan telur n kaya tu...
sedapppppppppppppppppppp
wah.. macam sedap je.. boleh try ni!! hihi ^^
ردحذفbagi saya sedap
حذفluna kena try lah
hehehe
hahha penah makan. dan memang sedap!!
ردحذفhehehehe
حذفtahu xper
adoi teringin pulak nak makan telur separuh masak malam-malam gini ae
ردحذفsabar...tunggu pagi esok
حذفfirst time saya tau roti titab kat petakbunga.blogspot.
ردحذفkena kat saya,buat sendiri sajok roti titat tu
Berapa harga roti titab tu? Set dgn kopi cawan vintage ke?
ردحذفSaya suka Roti Titab ni, sbb kaya tu dibuat sendiri. :)
ردحذفPastu kat Kopitiam Kita ada makanan kelantan lain yang boleh dirasa tanpa perlu keluar jauh dari KB.
إرسال تعليق
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com