Filem Malaysia Terbaru 2018

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsikan sedikit tentang filem-filem Malaysia terbaru yang bakal ditayangkan pada tahun 2018 ini. Tetapi, bukan semua filem yang Hans senaraikan disini. Yang tersenarai di bawah ini adalah filem-filem yang berjaya membuatkan Hans tertarik untuk menonton atau dikongsikan dengan pembaca blog www.hanshanis.com ini.


Filem:
Surf This Love : Gelora Juara

Pengarah:
Waan Hafiz

Genre:
Drama / Romantik

Pelakon:
Shukri Yahaya, Cristina Suzzane, Pekin Ibrahim,
Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz, Ardell Aryana & Etc.

Tarikh Tayangan:
22 Februari 2018

Terbitan:
GSR Production Sdn Bhd & Cloud Niners

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Billie yang bekerja dengan kakaknya sebagai seorang peluncur di Pulau Tioman. Sejak kecil lagi Billie sangat suka dengan sukan luncur ombak kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Kehadiran seorang blogger wanita dari Kuala Lumpur iaitu Mia, yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita blognya akan datang.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans terasa nak tengok sebab Hans rasa ini adalah filem pertama Malaysia yang berkaitan dengan sukan air iaitu luncur ombak. Selalu tengok filem Baywatch jer kan? Hahaha! Jadi, teringin juga lah nak tengok filem nih cuma Hans tak lah terlalu mengharapkan filem nih mampu membuatkan Hans teruja sepanjang masa sewaktu menonton. Tetapi, tengok trailer filem nih boleh tahan menarik juga.



Filem:
Bidong : The Boat People

Pengarah:
Yusof Kelana

Genre:
Cinta & Sejarah

Pelakon:
Taufik Hanafi, Irene Wong, Livolnia Ricky, Lawrence Poh,
Abby Nour, Dickson Chin, Z.Zamree, Vanessa Lim & Man Raja Lawak

Tarikh Tayangan:
1 Mac 2018

Terbitan:
YKS Film Maker Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ini mengangkat kisah sejarah berkaitan pendatang dari Vietnam yang melarikan diri ke Pulau Bidong, Terengganu di awal era 70-an. Seorang bekas pelarian Perang Vietnam 1978 yang pernah ditempatkan di Pulau Bidong selama tiga tahun sebelum kembali semula ke pulau itu selepas tiga puluh tahun untuk melawat kubur suaminya,

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans seorang yang suka tentang sejarah. Memang banyak kali juga baca tentang kisah pelarian Vietnam yang ditempatkan di Pulau Bidong tu sampai kan akhir dibawa ke Kuala Lumpur sehingga pernah menjadi salah satu masalah kepada keselamatan negara. Jadi, bila dapat tahu tentang filem nih memang rasa teruja nak tengok. Walaupun pelakon-pelakonnya mungkin kurang dikenali tetapi harap-harap mereka mampu melakonkan karakter masing-masing dengan baik.



Filem:
KL Special Force

Pengarah:
Syafiq Yusof

Genre:
Aksi

Pelakon:
Fattah Amin, Rosyam Nor, Syamsul Yusof,
Sabrina Ali, Esma Daniel, Ramona Zamzam, Mustaqim Bahadon & Etc.

Tarikh Tayangan:
8 Mac 2018

Terbitan:
Skop Production Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ini berkisarkan tentang dunia kepolisan. Sepasukan polis berusaha menumpaskan sekumpulan perompak bersenjata yang banyak melakukan rompakan bank, yang turut dianggotai oleh salah seorang pegawai polis dalam penyamaran.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Sebab Hans peminat Fattah Amin? Hahaha! Tak ada maknanya tetapi bukan bermaksud Hans nih haters dia yer. Satu sebab filem nih menarik bagi Hans kerana filem ini keluaran Skop Production yang diarahkan oleh Syafiq Yusof. Selalu idea Syafiq nih menarik sikit. Walaupun bila menonton trailer filem ini ada sedikit persamaan yang mengingatkan Hans dengan salah satu filem Jackie Chan yang tak silap kisah Police Story 4 kut...Hans lupa pula! Dan sebab terakhir Hans nak tengok macam mana Fattah Amin membawakan karakter watak dia untuk filem kali ini.



Filem:
Konsert Hora Horey Didi & Friends

Pengarah:
Sinan Ismail

Genre:
Animasi

Pelakon:
Dato' Sri Siti Nurhaliza, Tomok & Etc.

Tarikh Tayangan:
10 Mac 2018

Terbitan:
Astro & Digital Durian

Sinopsis:
Didi & Friends mempersembahkan Konsert Hora Horey buat pertama kalinya di panggung wayang. Penonton akan disajikan dengan banyak lagu baharu yang belum pernah ditayangkan di mana-mana serta lagu-lagu hits popular Didi & Friends yang diberi nafas baharu. Konsert ini juga menampilkan bintang terkenal Dato' Sri Siti Nurhaliza, Tomok serta Omar & Hana sebagai tetamu jemputan. Penonton terutamanya kanak-kanak pasti akan terhibur dengan gelagat Didi dan kawan-kawannya. 

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans bujang lagi jadi rasanya Hans tak ada lah nak pergi tengok. Cuma Hans nak kongsikan dengan pembaca yang ada anak-anak kecil tu, mungkin boleh lah bawa anak pergi tengok. Mesti macam meriah jer dalam panggung wayang tu nanti bila budak-budak kecil nih menyanyi ramai-ramai. Silap-silap mak ayah pun sama-sama nyanyi dan menarik dengan anak-anak dalam panggung wayang tu. Hahaha! 



Filem:
Lee Chong Wei

Pengarah:
Teng Bee 

Genre:
Biografi & Sukan

Pelakon:
Tosh Chan, Jake Eng, Rosyam Noor,
Mark Lee, Yeo Yann Yann, Feddie Wong, Ashley Hua, Bernard Hiew & Etc 

Tarikh Tayangan:
15 Mac 2018

Terbitan:
CB Pictures Sdn Bhd & Mahu Pictures Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem biopik ini mengisahkan tentang kehidupan pemain badminton nombor satu negara Dato' Lee Chong Wei sejak dari kecil yang berusaha keras untuk mencapai cita-cita menjadi pemain nombor satu dunia dengan bantuan jurulatih Misbun Sidek.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans memang cukup suka dengan filem-filem biopik macam nih. Bila tahu filem nih wujud dan muka pelakon dia pula seiras Dato' Lee Chong Wei terus rasa teruja nak tengok. Secara tak langsung boleh juga mengenali dan mengetahui dengan lebih dekat lagi tentang kisah kehidupan Dato' Lee Chong Wei nih. Tengok trailer filem nih pun dah gempak gila dah!



Filem:
Wheely

Pengarah:
Dato' Norman Abdul Halim

Genre:
Animasi, Aksi & Komedi

Pelakon (Alih Suara):
TBC

Tarikh Tayangan:
Mac 2018

Terbitan:
KRU Studio

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang teksi bernama Wheely yang sentiasa dipandang rendah oleh komunitinya sedangkan Wheely mempunyai impian untuk menjadi raja jalanan di kampung halamannya iaitu di Gasket City. Apabila gadis impiannya diculik, Wheely terpaksa berdepan dengan musuhnya iaitu kereta elit, lori gangster dan sebuah treler 18 tayar yang terlibat di dalam sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Bila tengok trailer filem nih rasa macam wow! Sebab tu teringin nak tengok tu! Itu jer sebab musababnya. Hahaha!



Filem:
Mencari Rahmat 

Pengarah:
Al Jafree Md Yusop

Genre:
Komedi

Pelakon:
Namron, Amerul Affendi, Nadia Aqilah,
Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan & Eric Fuzi

Tarikh Tayangan:
TBC

Terbitan:
AB Roll Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan Razak yang merupakan seorang anak yatim piatu yang kini bergelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dunia dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu. Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Kenapa Hans tertarik nak tengok filem nih? Sebab Hans minat semua pelakon-pelakon filem nih sebab boleh dikatakan kesemua mereka ini berasal dan aktif dengan teater.  Pelakon-pelakon yang bermula dengan teater dan aktif dengan persembahan teater nih memang serius power weh! Hans memang tak sabar nak tahu bila tarikh filem nih ditayangkan tetapi yang pasti salah satu yang Hans suka tentang filem sebegini bila dialog-dialog pelakonnya pasti selamba, panas dan berfalsafah. Tengok trailer filem nih pun memang menarik dari sudut skrip pelakon-pelakonnya tu.



Filem:
One, Two, Jaga

Pengarah:
Nam Ron (Sahili Abdan)

Genre:
Aksi & Drama

Pelakon:
Zahiril Adzim, Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi,
Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae, Azman Hassan & Etc

Tarikh Tayangan:
TBC

Terbitan:
Pixel Play Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia yang memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Sebenarnya filem ini disebut-sebut bakal ditayangkan sejak tahun 2016 lagi tetapi sehingga kini masih belum ditayangkan. Dan jangkaan tayangan pula pada tahun ini tetapi belum tahu lagi bagaimana nasib filem ini. Kalau korang tengok trailer filem nih memang dasyat dan sempoi habis. Tak ada tapis-tapisnya! Hahaha! Harap-harap filem nih dapat ditayangkan. Asyik tunjuk kisah polis baik jer dekat Malaysia nih. Sesekali terbuka lah sikit macam dekat negara India tunjuk kisah-kisah hitam anggota polis yang bermasalah pula kan?



Filem:
Pulang

Pengarah:
Khabir Bhatia

Genre:
Sejarah & Biopic

Pelakon:
Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Alvin Wong,
Azrel Ismail, Erwin Dawson, Juliana Evans & Etc

Tarikh Tayangan:
TBC

Terbitan:
Primeworks Studios

Sinopsis:
Filem ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1939 tentang inspirasi seorang kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkalan di Melaka. Pada era tersebut, kelasi melayu sangat dikehendaki oleh syarikat perkapalan besar dunia kerana menurut mereka, orang Melayu kuat bekerja dan jarang menimbulkan masalah di atas kapal. Maka, ada di kalangan mereka pada ketika itu sangat berjaya mahu pun sebaliknya. Pada masa yang sama, era pemerintahan British serta era penaklukan Jepun turut dipaparkan di dalam filem ini.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Salah satu seperti Hans bagitahu sebelum nih..memang Hans suka filem-filem yang ada kaitan dengan sejarah. Selain tu, disebabkan filem ini berdasarkan kisah benar dan fokus utama tentang kelasi kapal Melayu yang jarang diperbincang mahu pun diangkat menjadi kisah di dalam filem, jadi Hans rasa memang Hans wajib tengok filem nih. Tambahan pula filem nih arahan Khabir Bhatia jadi mesti sinematografi filem nih terbaik beb!



Filem:
XX RAY 3

Pengarah:
Aziz M. Osman

Genre:
Fiksyen Sains

Pelakon:
Izzue Islam, Ardell Aryana. Ashraf Muslim,
Adam John, Nabil Syahir, Radzi Mansor & Etc.

Tarikh Tayangan:
Hari Raya Aidilfitri - TBC

Terbitan:
Ace Motion Pictures Sdn Bhd

Sinopsis:
Masih Dirahsiakan!

Kenapa Hans Nak Tengok:
Sesiapa yang sedar-sedar dah tahu apa yang terjadi dekat bumi Malaysia nih pada tahun 90-an mesti tahu tentang filem XX Ray yang mengangkat kredibiliti Aziz M.Osman ini. Jadi, Hans secara tak langsung memang sangat teringin nak tengok disebabkan Hans tahu Aziz M.Osman ini sebenarnya kreatif cuma mungkin kekangan baget sahaja yang membuatkan kreativiti Aziz ini tidak dapat digerak ke tahap maksimum. Tetapi, mungkin juga filem XX Ray 3 ini akan sekali lagi membawa fenomena kepada semua peminat filem XX Ray dan juga penonton Malaysia sekali lagi. Siapa tahu kan?



Filem:
Polis Evo 2

Pengarah:
Joel Soh

Genre:
Aksi

Pelakon:
Shaheizy Sam, Zizan Razak,
Raline Shah, Hairul Azreen, Riz Amin & Etc

Tarikh Tayangan:
TBC

Terbitan:
Blackflag Sdn Bhd

Sinopsis:
Belum Diketahui!

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans nak tengok sebab Hans suka tengok aksi-aksi yang dipamerkan pada filem Polis Evo sebelum ini. Cuma kali ini pengarahnya adalah orang berbeza. Adakah filem Polis Evo 2 lebih hebat berbanding filem sebelumnya? Memang tak sabar nak tengok!



Filem:
Munafik 2

Pengarah:
Syamsul Yusof

Genre:
Seram & Islamik

Pelakon:
Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan,
Mawi, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Ku Faridah, Datuk Rahim Razali.

Tarikh Tayangan:
TBC

Terbitan:
Skop Productions Sdn Bhd

Sinopsis:
Di dalam Al-Quran, antara golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yang bakal ditentang oleh Ustaz Adam di dalam filem Munafik 2.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Hans nak tengok sebab filem Munafik sebelum ini memang menarik dan kena dengan citarasa Hans. Tambah-tambah kali ini ada Nasir Bilal Khan pula. Hahaha! Jadi, rasanya memang kena tengok filem yang bakal pecah panggung nih!



Filem:
Hantu Kak Limah 3

Pengarah:
Mamat Khalid

Genre:
Komedi & Seram

Pelakon:
Awie, Uqasha Senrose, Delimawati, Zul Ariffin,
Ropie Cecupak, Mus May, Erra Fazira, Datuk Seri Vida & Etc.

Tarikh Tayangan:
Ogos - TBC

Terbitan:
Infinitus Production & Astro Shaw

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan bagaimana Kak Limah akhirnya bertemu kebahagiaan sejati apabila jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Kudha. Pada suatu hari, ketika Kudha pulang daripada memburu burung di hutan bersama Husin dan Wani, mereka akhirnya terkejut apabila terjumpa mayat Kak Limah di rumah lalu membawa mayat tersebut ke hospital. Cuma yang menimbulkan persoalan, Kak Limah masih menyambut mereka dengan hidangan puding kentang di rumah sebaik mereka pulang dari hospital. Disebabkan itu, kesemua penduduk kampung percaya Kak Limah kini sudah menjadi hantu tetapi tidak buat suaminya iaitu Khuda. Pada masa yang sama, Husin juga sentiasa mencuri-curi masa untuk bertemu teman wanita baharunya si Zaiton yang jelita. Namun, mereka hanya boleh bertemu di dalam hutan. Kehadiran Solihin yang giat membantu penduduk kampung mengusir hantu Kak Limah juga membuatkan Husin cemburu kerana penduduk kampung tidak lagi menganggapnya sebagai ketua ketika membuat sebarang keputusan. Apakah kisah sebenar yang berlaku di sebalik tragedi yang menimpa Kak Limah?

Kenapa Hans Nak Tengok:
Lama tak tengok filem Mamat Khalid. Sekali bila tahu ada filem Hantu Kak Limah 3 nih terus rasa semangat menanti bulan Ogos. Sesiapa yang gemar filem Mamat Khalid pasti tahu bagaimana gaya bahasa filem-filem dia kan? Yang pasti mesti kelakar tahap pecah perut dalam wayang nanti. Hahaha!


Filem:
Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Pengarah:
TBC

Genre:
Animasi. Pengembaraan & Fantasi

Pelakon:
TBC

Tarikh Tayangan:
2018 - TBC

Terbitan:
Les' Copaque Production Sdn Bhd

Sinopsis:
Filem ini mengisahkan tentang Upin dan Ipin serta rakan-rakan mereka yang terjumpa keris mistik di dalam bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka semua masuk ke dalam sebuah kerajaan. Ketika mereka semua hendak mencari jalan pulang kembali ke Kampung Durian Runtuh, mereka tiba-tiba diberi tugas untuk mengembalikan zaman kegemilangan kerajaan tersebut. Dengan bantuan dari karakter kisah dongeng rakyat Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang, maka Upin dan Ipin bersama rakan-rakan terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk menyempurnakan tugas yang diberi sebelum dapat pulang ke tempat asal mereka.

Kenapa Hans Nak Tengok:
Walaupun dah dewasa tetapi Hans memang tak malu pun nak cakap Hans suka tengok filem animasi tambah-tambah filem Upin Ipin nih. Marilah sokong filem animasi tempatan sebab filem animasi kita ada kisah dan nilai tempatan yang tersendiri dan boleh bersaing dengan filem-filem animasi luar negara.



Jadi, ini antara filem-filem Malaysia untuk tahun 2018 yang menarik untuk ditonton bersama keluarga mahu pun rakan-rakan anda. Rasa-rasanya yang mana yang anda semua nak tonton? Kongsikan di ruangan komen yer.

P/S : Hans Akan Kongsikan Ulasan Tentang Filem Yang Telah Ditonton Di BLOG FILEM HANS Yer :)

92 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Ingtkn td filem omputih. .Rupanya filem kita.. Tq for sharing.. Wah ada juga dato siti nurhaliza blakon

    BalasPadam
  2. Upin Ipin dengan Didie n Friends tu saya wajib pergi
    *pengakuan ibu kepada 2 anak*

    BalasPadam
    Balasan
    1. upin ipin okay lagi
      masa didi & friends tu mesti lawak gila dalam wayang
      hahaha

      Padam
  3. wow macam banyak movie best tahun ni! Tak sabar nak tunggu semua ni keluar. Thank Hans share :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. nih baru film Malaysia
      yang Hindustan lagi
      yang Hollywood lagi
      hahaha

      Padam
  4. Wahh byk juga filem terbaru bakal menyusul..akak ni dh lama tak masuk panggung..last masa oregnant ke si kecik tu la..la ni lun dh setahun lebih umurnya..

    Tp didi tu macam best ja..anak2 klu tau didi mesti suka.ibu depa je la tak kuasa nk handle anak dlm panggung.haha

    BalasPadam
  5. Banyak juga movie2 menarik tahun 2018 ni.. filem Lee Cong Wei tu pun mcm menarik juga nak tonton nanti. Thanks sharing :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yups...excited nak tengok juga tu
      no problem

      Padam
  6. Wah, banyak filem best bakal masuk panggung ye. Rasa teringin nak tengok semua tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikutkan hati memang semua nak tengok
      ikutkan wang nya...hahahaha

      Padam
  7. Teman nie jarang sangat menonton filem Melayu kat pawagam... 🤗😋😎

    BalasPadam
  8. Semua mcm best..kena tengok semua ni. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah
      tengok jangan tak tengok
      majulah filem untuk negara

      Padam
  9. Wow banyaknya filem2 best ye. Ingatkan Hans share filem omputih. Bagus2 kita support filem negara kita. Dalam banyak2 filem ni didi n friends, upin ipin dengan polis evo kinah nak tengok hihi. Bila ada anak kecik ni movie kanak2 kena ada dalam list haha

    BalasPadam
  10. nak tengok citer lee chong wei!! kl force tu nampak best~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah...tak sabar nak tengok filem Lee Chong Wei tu

      Padam
  11. Eh last tgk filem melayu kt panggung cerita lakonan jeslina hashim dulu, lupa tajuk 😊😊😊😊

    BalasPadam
  12. Banyaknya cerita baru, tapi nak sangat tgk munafik 2. 😁

    BalasPadam
  13. Wahhh banyak juga cerita best tu. Nanti boleh la book awal-awal

    BalasPadam
  14. bukan main tajuk atas tu haha bertahun xtgk filem melayuuuu

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. ini ada lagi yang tak dimasukkan
      memang banyak :)

      Padam
  16. eh! Hantu Kak Limah pun ada.... apa pulak story kali ni kan..

    BalasPadam
  17. Upin ngan Ipin tu macam nak masuk alam Pameswara je tu.. tak pun zaman Hang Tuah Hang Jebat..ehhehe

    BalasPadam
  18. Banyaknya filem2 baru menunggu giliran untuk ditayangkan.
    Dah tua2 ni tak pernah masuk panggung dah.

    BalasPadam
  19. Lusa ada Premiere Screening utk Surf This Love..InsyaAllah akan hadir :)

    BalasPadam
  20. Satu lagi. Janji Zehan. tp tu tak tayang kat panggung kan..

    BalasPadam
  21. perghhh banyak juga movie menarik tahun ni. paling eksaited nak tengok- KL Special Force, Munafik 2 & Polis Evo 2 hehe.

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. tau xpe. i sure hope i dont missed any of it nnt. tq for highlighting everything

      Padam
    2. hehehe...dah tengok nanti jangan lupa buat review

      Padam
  23. Filem bertajuk Bidong: The Boat People kisah pelarian Vietnam melarikan diri meninggalkan mereka kerena kancah peperangan.

    Ia mengingatkan kisah pelarian Vietnam ini membawa bersama mereka emas kepingan nipis emas yang digelar Kim Thanh disimpan didalam lipatan baju.

    Mereka tidak bawa wang kertas Vietnam kerana ia tidak mempunyai nilai kerana kerajaan yang tidak stabil tidak lagi mampu perakui nilai dipaksa tertera pada sekeping kertas. Jadilah sekeping kertas yang tidak bernilai.

    Sebaliknya mereka bawa emas kerana ia boleh dijual atau dipajak untuk digunakan memulakan kehidupan baru.

    BalasPadam
  24. yg didi & friend tu sesuai bawak anak tgk tuu

    BalasPadam
  25. Dah lama x tgok cter2 gni, sejak ada ank.. Huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok dekat Astro First jer lah macam tu
      hehehee

      Padam
  26. ooo munafik 2 igt kn nabila huda... tp kan bg saya maya karin cam x sesuai jd hantu / pontianak. bak kata kwn sy, dia terlalu cantik utk jd hantu / pontianak hahahaha

    BalasPadam
  27. oho..banyak gak filem best nak tengok nih

    BalasPadam
  28. bnyk jugak tu.
    ad yg best ad yg nmp huhu

    BalasPadam
  29. Uishh banyak jugak filem yang nak ditonton tahun ni. Nak tengok Surf This Love, KL Special Force, Munafik 2, Pulang, dan Hantu Kak Limah. Hehe

    BalasPadam
  30. kaki wayang ke hans...
    ayu sllu tgk cite ongputeh je..
    jarang tgk cite melayu sbb geng kaki wayang semua xmo tgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...kaki wayang lah juga..bergantung kepada budget...
      :)

      Padam
  31. Menariknya semua tajuk cerita...movie pulang tu mcm best je nak layan nanti weeeeeeeee

    BalasPadam
  32. wahhhhhh thank you sebab share movie2 yg best ni. aduhhh remy :))))

    BalasPadam
  33. Akak nak tgk cerita hantu kak limah 3
    Rasa dh lama x tgk cerita mamat khalid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun nih mamat khalid ada 2 filem...
      satu lagi apa tajuk entah..lupa pula

      Padam
  34. teringin juga nak tengok wayang..

    boleh la...tayangan midnite punya

    BalasPadam
  35. Paling nak tengok KL Special Force tu.

    BalasPadam
  36. XX ray 3 pun ada yea..kalau dah keluar wayang nanti, bolehlah tengok

    BalasPadam
  37. bykcerita melayu yang best ni... confirm nak tgk hantu kak limah 3,didi and friends..ishhkkk semua la nak tengok...

    BalasPadam
  38. KL SPECIAL FORCE tu cam best jer.. kakya tak sabar nak tgk hehehe

    BalasPadam
  39. semua Hans nak tengok...abis si JM nk tgk apa? kih kih kih

    BalasPadam
  40. Bagus info ni... nak pi tengok lah satu dua especially Hantu Kak Limah 3

    BalasPadam
  41. wah. banyak movie tempatan yang best2. menanti-nanti filem Mencari Rahmat dan Munafik 2!

    BalasPadam
  42. Dalam banyak² movie yg saya raaa nak tgk Upin & Ipin dgn lg satu animation tu.. 😂 sbb suka layan cartoon. Yg genre lain pun ada yg nampak mcm best lg ad Namron tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      minat cerita animasi rupanya
      okay lah tu
      janji sokong filem Malaysia

      Padam
  43. Wah hantu mak limah masih laris ya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama