Limited Edition Black Panther Collectible Coin

Assalammualaikum semua! Kalau sesiapa yang kenal Hans nih mesti tahu yang selain daripada melancong, makan dan menonton wayang...Hans sebenarnya ada satu lagi hobi iaitu mengumpul syiling dan wang kertas.

Jadi, salah satu syiling yang Hans tersuka untuk kumpul ialah syiling edisi terhad daripada Marvel Studios'. Tahun lepas Hans berpeluang kumpul satu syiling edisi terhad Thor. Bulan nih pula rupa-rupa Golden Screen Cinemas (GSC) menawarkan pula syiling edisi terhad Black Panther seperti gambar di bawah nih.


Nasiblah Hans tergerak hati nak tengok apa promosi yang dibuat oleh GSC untuk filem Black Panther nih. Memang macam-macam lah ditawarkan seperti key-chain, t-shirt dan macam-macam lah lagi. Tetapi, untuk orang yang suka mengumpul syiling macam Hans nih memang terus teruja bila tengok gambar di atas. Yang menarik tu cuma 3000 unit sahaja yang dijual di seluruh Malaysia.


Bila semak bila dijual memang Hans terkejut sebab jualan sudah pun bermula sejak 8 Februari 2018 yang lepas. Dan cuma cawangan-cawangan GSC yang terpilih sahaja yang menjual Limited Edition Black Panther Collectible Coin ini dan alhamdulillah salah satu pawagam yang jual syiling nih memang dekat dengan tempat Hans tinggal iaitu GSC IOI City Mall, Putrajaya.

INILAH WAJAH SEBENAR BELIAU! HAHAHA!

Taraaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah syiling edisi terhad Black Panther tu! Macam sebelum nih untuk syiling Thor, Hans kena beli tiket wayang tetapi untuk kali ini tak perlu beli tiket dah. Cuma Hans terpaksa beli set popcorn yang berharga RM21.00 semata-mata untuk mendapatkan syiling nih. Apa-apapun, puas hati sebab walaupun terlewat sedar dan terlewat beli tetapi masih ada rezeki untuk memiliki dan menambah di dalam koleksi syiling Hans. Yehaaaaaaaaaaaaaaa!!


P/S : Hujung Bulan Nih Sesi Jualan Syiling Peringatan Agong Oleh Bank Negara Malaysia Pula! Nanti Hans Kongsikan Info Dan Gambar Syiling Tu Yer :)  

50 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Wahhh.. i also really love marvel characters.. nanti boleh share semua koleksi coin marvel characters!

    ردحذف
  2. الردود
    1. yes....ada rezeki nanti saya buat entry pasal syiling dan coin card yang saya kumpul

      حذف
  3. wah..menarik jugak hobi awak ni. nanti jgn lupa up entri koleksi2 awak ye.

    ردحذف
  4. peminat collectible mcm ni mesti dah serbu awal2... hrp abang sy sempat laa menyambarnya

    ردحذف
  5. besar mana syiling tu dik? akak mmg tak penah tau almaklum lama beno tak nengok wayang....

    ردحذف
  6. wah.. collector to be ke ni? hehehe..

    ردحذف
    الردود
    1. saya memang collector pun
      bukan to be or wannabe dah
      haha

      حذف
  7. x reti bab2 kumpul barang mcm ni, sebab rumah dah penuh mainan

    ردحذف
  8. kikikikiki... ada value ke syiling tu...

    ردحذف
    الردود
    1. kalau mana2 pengumpul yang nak tetapi tak dapat dan susah nak cari..
      so syiling nih naik lah value dia
      cuma tak lah mahal sangat :)

      حذف
  9. menarik syiling tue..anyway, done follow your blog

    ردحذف
  10. Kalau dah minat mahal mcm namatey pun beli kan.cantik syiling black panther.tetiba terjatuh suka pula..tuh kalau jual kat orang laku tak? Kot kot ada yg nak tak dapat, sanggup beli harga riban riban kan...

    ردحذف
    الردود
    1. yang nih tak ada lah riban-riban
      nilai kalau jual balik pun lebih RM20-30 jer
      hahaha

      حذف
  11. tak sabar nak tengok black panther hujung minggu ni

    ردحذف
  12. Erm..pelik ye ada orang kumpul benda ni..boleh member dengan anak saya la kot..haha

    ردحذف
    الردود
    1. hahaha
      macam2 benda pelik lagi orang kumpul
      ini kira berfaedah lagi kumpul nih
      :)

      حذف
  13. Malangnya nan hado di Seremban lah Hans..
    Esok cadang nak pi tengok movie ni, macam best..

    ردحذف
    الردود
    1. yes best sebab rasa macam tengok budaya dan adat orang afrika
      menarik juga lah filem BP tu

      حذف
  14. Collector benda benda ni semua kalau dapat yan limited edition memang bahagia giler kan

    ردحذف
  15. ehhh ! tak perasan pun pasal ni hari tu.. tapi memandangkan tarikh penjualan nya ialah pada awal Feb, dengan limited kuantiti, rsnya dah habis.. T_T

    ردحذف
    الردود
    1. tak juga...cuba lah try tanya dekat kaunter...mana tahu ada lagi

      حذف
  16. ehh ada ya.. tak tahu pula, mungkin bukan pengumpul syiling limited edition..

    ردحذف
    الردود
    1. ada...untuk black panther nih banyak benda mereka keluarkan...T-shirt lah...keychain la..pendrive lah

      حذف
  17. wah... rajinnya kumpul.
    hobi yang sangat menarik :)

    ردحذف
  18. kalau Pink Panther sis JM nak hihihi

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم