Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018

Assalammualaikum semua! Kepada sesiapa yang masih menganggur atau tidak ada pekerjaan amatlah digalakkan untuk datang beramai-ramai ke satu program temu duga terbuka yang memang sangat sesuai untuk sesiapa yang baru bergelar graduan atau yang masih tiada rezeki mendapatkan pekerjaan idaman mahu pun yang sedang mencari kerja baru.


Program :
Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018

Lokasi :
Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Tarikh :
24 Februari 2018 - 25 Februari 2018

Waktu :
7.30 Pagi - 6.00 Petang

Selebriti Yang Terlibat :
Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Kumpulan Bocey, Wany Hasrita, Tajul,
Haqiem Rusli, Hael Husaini, Aiman Tino, Sufian Suhaimi,
AG, Nabil, Imam Muda Asyraf, Sukur Ibrahim & Etc.



Dikatakan sebanyak 15,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada anda semua yang sedang mencari pekerjaan.



Selain tu, banyak betul program serta pameran yang disediakan untuk semua pengunjung seperti :

1) Art Of Speed
2) Hot Air Balloon
3) Vertical Bungee
4) Water Dunking Machine
5) FIA Asia Pacific Gym Khana Challenge
6) Gerai dan Trak Makanan
7) Jualan Barangan Kraf Tangan daripada Orang Asli dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
8) Khidmat Semak Resume
9) Gerai Jualan Asas Tani
10) Pameran dan Jualan Kereta
11) Taklimat Kerjaya
12) Seniman dan Penghibur Jalanan
13) Pameran Acara Customs Auto-Show Terbesar Malaysia
14) Etc...


Memandangkan berpuluh ribu pengunjung dijangka datang ke program kali ini, jadi pasti ramai antara anda yang terfikir tentang mesti susah nak datang sini kan? Takut tempat parkir kereta penuh? Jangan risau! Jangan bimbang! Pengangkutan awam percuma disediakan secara percuma oleh pihak Nadi Putra di KTM Serdang dan Putrajaya Sentral.

Kalau yang suka dilayan bak VVIP tu pula mesti nak datang tanpa bersesak-sesak kan? Jangan risau sebab anda boleh naik GrabCar dan yang menarik tu sebab ada pemberian kupon diskaun RM15 yang diberikan oleh pihak GrabCar melalui kod grab SL1MMAEPS


Kepada yang sedang membaca nih yang semestinya ada anak-anak kecil tu mesti risau takut anak masing-masing meragam kan? Jangan risau juga sebab semestinya anak-anak anda akan lebih menyayangi anda kerana mempertemukan mereka dengan maskot Didi & Friends serta Umar & Hana.

Tetapi, yang paling menarik semestinya ada cabutan bertuah buat pengunjung yang semestinya bertuah. Hadiah yang ditawarkan...MasyaAllah! Memang meletup weh! Antaranya :

1) Kereta Perodua MYVI
2) Motosikal Modenas KRISS
3) Telefon Bimbit
4) Barangan Elektrik
5) Etc


Jadi, kepada sesiapa yang rasa nak cari kerja, nak berhibur, nak tambah ilmu, nak main permainan, nak jalan-jalan cari makan atau nak menang cabutan bertuah tu....Anda semua memang wajib datang ke Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 ini. Jumpa disana!

48 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. الردود
    1. yer,,,bagitahu lah member2 yang duduk dekat area seri kembangan tu
      hehehe

      حذف
  2. kalau dekat nak jugak pegi tgk. tp jaohhh huhu

    ردحذف
  3. Fulamak! Hana tetamu jemputan?! Hahahh

    ردحذف
  4. Bagus SLIM ni sekurang-kurang dapat membantu golongan muda yang menggangur tu mendapat pekerjaan..

    ردحذف
  5. Sambil interview ada jugak sesi berhibur..bagus ni..

    ردحذف
  6. Elok gak untuk kazen kak AS yy baru lepas spm tu apply. Thanks hans 4 sharing

    ردحذف
  7. Bagus program ni...dapat membantu para belia kita yg masih belum ada pekerjaan.

    ردحذف
  8. Sambil cati kerja boleh berseronok dengan aktiviti yang dianjurkan.jumpa artis pun boleh...mata tetiba spot kat Hael Husaini tu hahh

    ردحذف
  9. Sambil berhibur. Sambil cari kerja. Bagus idea ni.

    ردحذف
  10. bagus ni program ni untuk golongan yang muda ni

    ردحذف
  11. Good sharing, boleh lah sapa yang tengah cari kerja datang sini kan..

    ردحذف
  12. Dulu dapat SL1M ni tapi xpergi. Lepastu time keje xsangka kena handle SL1M ni pulak

    ردحذف
  13. Menarik...macam nak kena daftar jugak la sebab lama sangat dah takde keja :(

    ردحذف
  14. tmpt kerja lama byk juga ambil bdk2
    slim ni tp jawatan utk dorang tak ada. habis tempoh takda kerja lg

    ردحذف
    الردود
    1. owhhh yang dekat sini rasanya banyak company lain juga selain SL1M
      leh cuba :)

      حذف
  15. Bagus juga program ni terutama kepada pencari2 kerja.

    ردحذف
  16. rebut laa peluang ni wahai adik2... dulu kami x berpeluang nk dpt mcm ni

    ردحذف
  17. ada artis tu jawabnya ramai lah yang pergi

    ردحذف
  18. Program yg bagus. Siap Ada retis tu

    ردحذف
  19. bagus sungguh inisiatif yang telah diberi oleh Malaysia supaya graduan berpeluang dapat pekerjaan

    ردحذف
  20. iv SL1M ni memang hanya untuk degree holder atau tak kisah sesiapa pun ?

    ردحذف
  21. kalau berjaya leh dapat elauan RM2000...byk tuuuuuuuuuuuu

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم