hanshanis.com

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah kalau sesiapa perasan blog hanshanis.com sebenarnya sudah berwajah baru selepas lima tahun rasanya tak bertukar rupa. Terima kasih kepada Blogger Sheda kerana sudi melayan kerenah Hans sepanjang proses menukar blog Hans nih. Kepada sesiapa yang rasa nak tukar rupa blog hangpa tu boleh lah mesej blogger Sheda ini.

Hans masih mengekalkan tagline Senyum Ada Makna Tuu.. sebab bagi Hans setiap senyuman sebenarnya ada maksud yang tersendiri. Senyum kerana gembira. Senyum kerana terpaksa. Senyum tanpa sebab. Pada huruf I pula ada kepala Hans versi doodle yang melambangkan blog Hans ialah sebuah blog yang santai dan menggembirakan. Hahaha!


Dekat bahagian atas pula kalau hangpa tengok, di sebelah kanan tu ada button-button yang menghubungkan kepada laman-laman sosial milik Hans seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Google Plus. Jadi, silalah follow secara berjemaah yer untuk meramaikan lagi rakan-rakan sosial Hans. Di sebelah kanan tu pula ada satu button menarik iaitu Sitemap dimana dekat sini hangpa boleh klik untuk tengok antara penulisan baru yang Hans tulis di blog nih kalau-kalau hangpa terlepas pandang. 

Kalau hangpa tengok gambar atas nih, Hans dah asingkan dah ikut benda-benda yang Hans fokuskan untuk blog nih. Kepada yang mungkin teringin nak baca Hans Comix, boleh klik dekat Hans Comix tu dan hangpa boleh gelak sepuas hati sebab ada yang masih relevan dengan keadaan semasa.

Kepada yang teringin nak baca pengalaman Hans melancong boleh klik Travel tu dan boleh lah tengok evolusi Hans dari kacak menjadi makin kacak.

Untuk Charity atau projek amal itu jer Hans masih belum sempat tulis. In Sha Allah bila dah tak sibuk nanti Hans akan berkongsi tentang badan-badan yang menjalankan kerja amal yang mungkin akan menarik hati hangpa semua untuk jadi sukarelawan. Mana lah tahu kan.


Jangan lupa sentiasa klik Tabung Hans sebagai tanda sokongan. Bukan apa bila dah cash out nanti boleh lah guna buat bayar duit domain blog nih. Hahahaha!



Seperti biasa, kalau dah lepas baca tu rajin-rajinlah kongsikan penulisan Hans nih dekat laman-laman sosial milik hangpa tu yer. Dah tak susah dah sebab boleh terus klik dekat button Share This yang berada dekat atas gambar Hans tu. Hehehe!


Dan kepada sesiapa di luar sana yang berminat untuk berkerjasama dengan blog hanshanis.com nih, jangan segan-segan! Jangan malu-malu! Mesej sahaja Hans dan In Sha Allah, makin ramai yang akan dapat manfaatnya. Sekian, terima kasih.

P/S : Sekarang Hans Sedang Sibuk Dengan Penggambaran Sebuah Rancangan Yang Penuh Inspirasi Yang Bakal Ditayangkan Di Saluran Astro Oasis Sempena Bulan Ramadan Nanti. Jangan Lupa Tonton Yer :) 

62 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Header tu simple tapi lawa, nice 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      terima kasih
      saya memang suka yang simple

      Padam
  2. Balasan
    1. terima kasih
      hehehe
      sesekali nak tengok benda baru pula

      Padam
  3. Cantik...
    Sebab akak suka warna purple..jadi 2x cantik.

    BalasPadam
  4. bestnyer wajah baru..mesti mood nak berblog pun baru ekk..hehehe

    BalasPadam
  5. Tahniah.... nanti umumkan bila dah kuar penggambaran tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tengah penggambaran sekarang
      keluar awal bulan puasa
      nanti saya kongsikan tentang rancangan tu

      Padam
  6. akak perasan perubahan pada blog Hans. Lebih ceria ...

    BalasPadam
  7. suka baca blog dgn layout simple macam ni..
    background putih n cerah. font pun standard.
    nampak bersih.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      senang baca bila background warna putih :)

      Padam
  8. simple and nice...lps tu kt atas tu ada tajuk sennag pembaca nk tgk juga cth kalo yg suka mkn bole clik kt FOOD tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...yups memudahkan sesiapa yang nak cari entry kan

      Padam
  9. Tahniah... Tahun baru... Landing page pun baru... kikikikiki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bertahun-tahun tak tukar
      tu yang kasi tukar
      hehe

      Padam
  10. ptt nampak lain.... lg segar gitu

    BalasPadam
  11. Tahniah Hans. Semakin cantik Dan clean blog hans

    BalasPadam
  12. wahhh.. nice design :) moga semakin maju dalam blogging

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  13. nice and simple. tak perlu serabut2 sangat. yang penting jangan berat sangat blog kita untuk loading kan

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
  14. suka header Hans. simple and nice je *sambil tersenyum ada makna. hahahaa

    BalasPadam
  15. sangat kemas dan nampak pro..

    tahniah!

    semangat nak berblogging boleh naik nie.

    BalasPadam
  16. Header design terkini kan. Sangat menarik perhatian.

    BalasPadam
  17. cantik appearance baru.
    comprehensive :)
    wah. rancangan apa tu? oasis bila Ramadhan, sure meletops!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tajuk rancangan In Sha Allah ialah Legasi Luar Biasa

      Padam
  18. simple dan kemas...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    BalasPadam
  19. ok sy akan klik tabung tu... tp kena laa ada pengerasnyasekali kan? win win situation gituuuu hahahahaha

    BalasPadam
  20. suka ayat die..senyum ada makna tu heheh

    BalasPadam
  21. wow blog dah menarik.. tahniah !

    jom follow back https://aenoyou.blogspot.my

    BalasPadam
  22. Template yang ini nampak lebih professional :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      memang nak jadi profesional dah :)

      Padam
  23. wow.. berwajah baru la, simple dan kemas!

    BalasPadam
  24. Wah.. menarik wajah baru ni ^^ Sy follow ya social media..

    Waiting for column charity tho (walaupun xde kat Malaysia)

    BalasPadam
  25. Betul tu. Setiap senyuman ada makna tersendiri :)

    Suka blog Hans sebab simple. Tak semak mata memandang. Boleh fokus pada penulisan. Keep it up!!

    BalasPadam
  26. Eh baru perasan blog Hans dah berubah wajah. Cantik design baru ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama