DASHING 2 in 1 Pembersih Muka Dan Badan Untuk Lelaki Sejati

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsikan tentang sikap penjagaan diri pada zaman sekarang dimana bukan sahaja wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka dan badan tetapi kaum lelaki juga tidak kurang hebatnya memberi tumpuan kepada aspek ini. Macam Hans sendiri pula memang menjaga kulit badan tetapi kurang berminat dalam aspek penjagaan kulit muka kerana dua sebab. Pertama kerana harga produk pencuci muka yang selalunya sangat mahal. Kedua, Hans agak risau juga takut-takut produk yang diguna memberi kesan kepada kulit muka Hans.


Nak dijadikan cerita, DASHING keluarkan produk baru iaitu DASHING 2 in 1 Face & Body Wash yang diformulasikan dengan pewangi EDT untuk haruman kesegaran aroma maskulin untuk sepanjang hari. Yang menariknya tu sebab ia bukan saja boleh digunakan untuk membersihkan badan tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk membersihkan muka kita. Sebab itulah dinamakan DASHING 2 in 1.


Alang-alang dah ada depan mata, Hans pun cuba lah guna semasa mandi. Selain daripada badan, Hans beranikan diri untuk gunakan pada kulit muka. Kulit muka Hans kalau diikutkan memang jenis cepat kering. Jadi, pada mulanya tu Hans agak risau juga sebab takut tak sesuai dengan kulit muka Hans kan. Tetapi, alhamdulillah selepas dah seminggu menggunakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini memang Hans akui kulit muka Hans dah tak kering seperti selalu dan rasa lembab sahaja kulit muka. Kulit badan apatah lagi kan. Memang rasa selesa sangat  dan bau wangian mandian tu kekal lama di badan. Tiba-tiba rasa macam Remy Ishak pula lepas guna DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini. Hahaha!


Jadi, Hans secara peribadi sangat bersetuju apabila pihak DASHING mengatakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan dalam menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin pada kulit muka dan badan kerana Hans sendiri telah menggunakannya dan merasa sendiri kesan positif terhadap kulit muka dan badan selepas mandi.


Selain itu, DASHING 2 in 1 Face & Body Wash dirumus khas agar wajah dan badan kita kekal hidrat dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit serta diformulasi dengan haruman pewangi DASHING eau de toilette (EDT) supaya setiap jejaka yang menggunakan produk ini sentiasa tampak segar dan bersih sepanjang hari.  . 


Untuk pengetahuan anda semua, produk DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini terdapat dalam 4 variasi yang cukup istimewa iaitu COOL, ACTIVE, HATTRICK dan ULTIMATE KICK. Ada perbezaan kah antara keempat-empat variasi ini? Cuba lihat info di bawah untuk rujukan anda. 

COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relaks, gemar bersosial dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan yang tenang. Haruman maskulin gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk ini direka untuk memastikan personaliti lelaki cool dan maskulin lebih menyerlah.

ACTIVE - Haruman terhasil daripada gabungan nuansa Fougere dan dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber yang memastikan jejaka yang aktif dan lasak tampil yakin dengan aroma maskulin yang semestinya luar biasa.

ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Variasi ini menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan moden si jejaka. Haruman hebat hasil gabungan ramuan Lemon, Cardamom serta disulami aroma Vanilla dan Musk.

HATTRICK - Simbol kemenangan buat setiap lelaki dimana aroma misteri variasi ini yang membarakan semangat dan keghairahan untuk mencapai impian. Variasi ini merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus berserta haruman Amber.


Variasi COOL dan HATTRICK mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda pemutihan yang lembut dan berkesan membersihkan wajah serta memberikan tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan lembapan serta menguatkan sistem pertahanan kulit agar lebih sihat dan segar.

Untuk variasi ACTIVE dan ULTIMATE KICK pula, kotoran minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit mengatasi kotoran serta memberikan mandian yang hebat dan menyegarkan.


Tentang harga pula, anda semua wahai lelaki di luar sana tak perlu nak risau atau pening kepala sebab DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan iaitu cuma RM17.90 sahaja untuk pek bersaiz 700ml. Bagi Hans memang harga produk ini sangat berbaloi kerana dapat memberikan manfaat 2 dalam 1 sekaligus iaitu pada muka dan badan kita. Jimat duit tak payah nak beli pencuci muka dah. Jadi, dapatkan di pasaran sekarang dan cuba sendiri untuk kepuasan yang lebih jitu. Selamat menggunakan produk DASHING 2 in 1 Face & Body Wash ini dan Hans pasti anda semua akan menyukainya. Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang produk terbaru DASHING ini boleh layari laman sosial DASHING Malaysia seperti yang tertera dibawah: 

WEBSITE DASHING MALAYSIA:

FACEBOOK DASHING MALAYSIA:

INSTAGRAM DASHING MALAYSIA:

P/S : Hans Sekarang Sedang Seronok Menggunakan DASHING 2 in 1 Face & Body Wash COOL. Memang Selesa Dan Sangat Puas Hati. Terima Kasih Dashing Malaysia Di Atas Produk Terbaru Yang Menarik Dan Menjimatkan Ini.

62 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cantik packaging body wash dashing yang baru ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, cantik dan besar
      memang tahan lama lah beli sebotol pun
      jimat :)

      Padam
  2. Owhh siapa pakai Dashing ni rasa mcm Remy Ishak la ya..hehe

    BalasPadam
  3. Bagus dashing keluarkan produk 2 in 1. Ada lelaki ni jenis yang sabun badan tu tenyeh kat muka padahal sabun tu hanya sesuai untuk badan je. Alasannya nak cepat. Agaknya tu sebab dashing keluarkan 2 in 1. Bagus. Suami kinah pun suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sebab tu lah
      belanja lah si suami sebotol
      hehehe

      Padam
  4. Yg biru tu anak akak guna. Wangi sangat. Dia guna yg mencuci muka sebab muka dia berjerawat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh
      okay tak?
      muka saya tak berjerawat cuma kering
      alhamdulillah lah lepas guna dah tak kering

      Padam
  5. Bagus produknya, 2 fungsi sekaligus untuk wajah dan badan.
    Jadi praktis penggunaannya.

    Aku suka dengan tampilan advertisingnya ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      memudahkan kita membersihkan muka dan badan :)

      Padam
  6. memang best dashing 2in1 ni.Lelaki memang perlu produk sebegini.Lelaki kan suka bnda yang cepat2.Tak leceh kata suami ina.

    BalasPadam
  7. Wah..cantik packaging body wash dia sekarang ye. Dulu biasa je..

    BalasPadam
  8. best dashing ni..wangi pulak tu...murah pun murah..memang sesuai untuk lakikita

    BalasPadam
  9. Macho abis gambo first Tu. Hi Hans lama mama x xsinggah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang macho macam Hans...hahaha
      thanks kembali singgah

      Padam
  10. Nampak fresh je packaging Dashing kali ni.

    BalasPadam
  11. muka dan badan sekali pakai, bagusnya memang sesuai dgn keperibadian lelaki. emmm lepas ni xda la lm sgt cik abg kita dlm toilet, kalah pempuan kikiki

    BalasPadam
  12. msti wangi baunya kan. sbb dashing tk pernah mengecewakan
    packaging pun smart.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah Hans guna memang wangi dan tahan lama

      Padam
  13. Nak cuba beli lepas ni.. ;) eemm.. amik bau jelah bila en. Hb pakai.. hahaha..

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. thanks Yun Sing
      Review lepas saya sendiri guna :)

      Padam
  15. Balasan
    1. Thanks Hana
      Review ditulis lepas saya sendiri guna
      hehe

      Padam
  16. Lawanya packaging Hattrick tu 😊

    Suka bau dashing maskulin gituu

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang lawa packaging depa sekarang
      bau memang maskulin

      Padam
  17. terserlah kelakian disitu hahah..

    BalasPadam
  18. Lelaki zaman moden ni bukan main lagi, kalah orang pompuan hee..hee..

    BalasPadam
  19. wahhhh... sblm ni perfum je... \
    skrg siap ada pencuci muka n badan sekali....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dashing semakin banyak produk yang best dan menarik
      hehe

      Padam
  20. rasa nak beli satu pun ada..

    mesti best ..ada 2 in 1..

    banyak penjimatan tu.

    BalasPadam
  21. Dashing suda banyak majuu.. ada itu mandian pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang maju banyak
      sekarang macam-macam produk ada

      Padam
  22. Menarik... harga pun tak la mahal sangat... Boleh la teman cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bro cuba
      harga memang berbaloi
      bekas besar pula tu
      tahan berbulan-bulan :)

      Padam
  23. Sesuai nak bawak travel ni..tuk en.asben la khasnya .biasa la lelaki,kan.mana nak bawak kelengkapan penjagaan muka/badan macam kaum perempuan..beli dashing 2 in 1 ni, setel masalah..

    BalasPadam
  24. hah..senang bawak travel yg ni..pakej utk muka dan badan sekali.kalau tak, lelaki ni satu peel malas nak bawak menda2 penjagaan macam ni..leceh katanya..ni beli yg dah 2 in 1, setel masalah..

    BalasPadam
  25. Akak dah bagi kat my dad dah 2 botol Dashing 2 in 1 ni...suka betul dia..apapun untung la orang lelaki tak payah beli buih mandian dan pencuci muka sekaligus kan..guna dashing ni jer dah ok sebab dua dalam satu kan..bau pun wangi sangat

    BalasPadam
  26. wahhh..boleh beli untuk husband pulak nnti

    BalasPadam
  27. Wah makin banyak variety product dashing ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      betul tu
      macam-macam dah ada sekarang
      senang
      hehehe

      Padam
  28. fans MU pakai x product ni? kah kah

    BalasPadam
  29. menariknya 2 in 1..xpayah beli byk produk..save duit & space..lagi2 lelaki cam suami ciktom tak suka yg cerewet2 ni..nak try beli kat suami ultimate kick tue la..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama