Aplikasi Muslim Pro Malaysia

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah rezeki Hans apabila rakan Hans yang merupakan seorang blogger mengajak Hans pergi bersama ke majlis pelancaran aplikasi Muslim Pro di Malaysia yang berlangsung di The Royal Selangor Golf Club pada 31 Mei 2018.


Aplikasi Muslim Pro ini memang sangat popular kepada umat Islam yang mementingkan soal ibadah kerana aplikasi gaya hidup Islam ini sudah di muat turut hampir 55 juta kali di peringkat dunia. Dan dinyatakan 10 peratus daripada jumlah tersebut datangnya daripada pengguna Malaysia atau bersamaan dengan 5 juta pengguna.


Pengurus Negara Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din pula memberitahu terdapat permintaan yang semakin tinggi daripada pengguna-pengguna aplikasi ini yang mementingkan gaya hidup Islam.



Memandangkan jumlah umat Islam di Asia Tenggara lebih daripada 250 juta orang meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dimana rata-ratanya menggunakan internet melalui telefon pintar, pihak Muslim Pro juga dalam majlis yang sama telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Muslim Pro dan Malaysian Airlines di bawah projek amal.


Ini membolehkan kedua-dua pihak iaitu Muslim Pro dan Malaysian Airlines dapat memanfaatkan kelebihan jenama yang mereka miliki dan secara tidak langsung dapat membangunkan serta meningkatkan pengalaman penumpang melalui aplikasi mudah alih Muslim Pro ini.


Jadi, aplikasi Muslim Pro ini boleh dimuat turun secara percuma di iTunes dan Google Play. Selepas dimuat turun maka akan keluarga logo masjid putih berlatar belakang warna hijau seperti gambar di atas.


Jadi, selepas selesai memuat turun aplikasi ini di telefon pintar anda maka terus buka aplikasi untuk mendaftar terlebih dahulu.


Tidak susah pun sebenarnya nak daftar. Pilih bahasa yang menjadi keselesaan anda untuk digunakan dan ikut sahaja arahan yang telah disediakan.


Macam biasalah lah, aplikasi Muslim Pro mesti nak tahu di mana anda tinggal jadi cuma tekan sahaja KESAN SAYA itu dan semuanya menjadi mudah.


Seperti biasa, aplikasi Muslim Pro membantu anda terutama daripada segi penjagaan solat. Jadi, manfaatkan perkara ini sebaik mungkin.


Perkara akhir sekali yang perlu dilakukan ialah memilih bahasa yang anda ingin gunakan supaya memudahkan anda apabila menggunakan aplikasi Muslim Pro ini. Jadi, selesai sudah anda menjadi pengguna aplikasi hebat ini. Jadi, mari kita lihat apakah kelebihan aplikasi ini sehingga menjadikan ia dikenali di seluruh dunia.


Kepada sesiapa yang tidak tahu atau kurang pasti tentang aplikasi Muslim Pro ini, ia sebenarnya sangat membantu anda dalam mengamalkan gaya hidup Islam yang terbaik. Aplikasi ini menyediakan pelbagai info kandungan agama serta membantu para penggunanya dalam menjalankan amal ibadah dengan lebih mudah dan sistematik.


Macam-macam manfaat yang boleh anda peroleh setelah memuat turun aplikasi Muslim Pro ini. Antaranya, kita boleh mengetahui dan menyemak waktu solat. Kadang-kadang kita mesti pening kepala atau keliru bila perlu solat di kawasan yang tidak ditandakan arah kiblat. Tetapi, perkara tersebut tidak perlu lagi dirisaukan kerana dengan aplikasi Muslim Pro, kita boleh menyemak kiblat dengan mudah.


Selain daripada itu, aplikasi Muslim Pro ini memang sangat membantu kita untuk mendapatkan akses yang mudah dan pantas kepada Al-Quran digital serta banyak lagi ciri-ciri menarik yang anda boleh lihat dibawah ini.


Siap ada peringatan untuk minta kita berniat puasa lagi jika kita lupa. Memang terbaik aplikasi Muslim Pro nih.


Ada juga Ayat Hari Ini yang secara tidak langsung membantu kita untuk memahami makna ayat-ayat Al-Quran yang kita baca.


Aplikasi Muslim Pro juga sangat membantu untuk mengingatkan kita kepada waktu-waktu solat dan kita sendiri boleh letakkan isyarat nada untuk mengingatkan kita tentang tibanya waktu untuk beribadah.


Dengan aplikasi Muslim Pro ini juga memang dapat membantu kita untuk mudah membaca Al-Quran. Jadi, sekarang dimana-mana kalau ada waktu terluang, In Sha Allah kita boleh manfaatkan aplikasi ini untuk menambah pahala kita apabila kita dapat membaca Al-Quran walau dimana-mana pun kita berada..


Macam Hans bagitahu tadi, aplikasi Muslim Pro ini dapat membantu kita mencari arah kiblat yang betul. Jadi, selepas ini sudah tidak perlu risau jika nak solat dimana-mana tempat yang tidak meletakkan tanda kiblat. Boleh buka terus sahaja aplikasi Muslim Pro ini.


Paling Hans suka sebab ada Kalkulator Zakat. Serius, memang terbaik aplikasi Muslim Pro ini sebab sangat memudahkan untuk kita mengira zakat yang perlu dibayar setiap tahun.


Dengan adanya aplikasi ini, kita juga boleh manfaatkan untuk ajar anak-anak tentang doa-doa yang boleh dipelajari menggunakan Muslim Pro ini.


Senang cakap memang sangat banyak manfaat yang diperoleh hanya dengan memuat turun aplikasi Muslim Pro ini di telefon pintar anda. Jangan risau pasal bayaran kerana aplikasi Muslim Pro ini boleh dimuat turun secara percuma di iTunes dan Google Play. Jadi, silalah muat turun segera kerana anda pasti tidak akan menyesal dengan kelebihan dan manfaat yang bakal diperoleh nanti.


Alhamdulillah! Rezeki datang sini bila dapat cenderahati daripada pihak Muslim Pro Malaysia yang diberikan kepada pihak media yang datang. Cantik kan? Mari kita tengok apa yang terdapat di dalam sampul ini.


Alhamdulillah Hans dapat kad Muslim Pro Lifetime Premium Access dan dengan kad ini dapatlah sedikit kelebihan seperti yang tertera pada gambar di atas. Rezeki di bulan Ramadan. Hehehe!


Paling seronok semestinya apabila Hans turut menerima sampul raya yang sangat cantik dan ekslusif daripada pihak Muslim Pro Malaysia. Memandangkan mak Hans merupakan salah seorang pengumpul sampul raya yang tegar, jadi mesti dia suka kalau Hans bagi dekat dia nanti. Hahaha! 


Alhamdulillah! Hans sangat gembira berpeluang hadir ke majlis pelancaran aplikasi Muslim Pro Malaysia ini. Dalam masa yang sama juga, pihak Muslim Pro merancang untuk mengadakan banyak lagi kemudahan-kemudahan di dalam aplikasi ini. Yang paling menarik perhatian Hans ialah perancangan mereka untuk mencipta kemudahan mencari tempat makanan halal dan turut disediakan bersama dengan ulasan tentang tempat tersebut. Sangat menarik dan Hans doakan mereka berjaya merealisasikan hal ini.


Terima kasih kepada rakan Hans iaitu Blogger Pena Berkala kerana sudi mengajak Hans pergi ke majlis ini. Memang satu peluang menarik serta pendedahan baru yang baik buat blog hanshanis.com sendiri untuk berkembang lebih jauh selepas ini. Ada majlis atau aktiviti yang menarik lagi selepas ini, jangan lupa ajak Hans lagi yer. Hehehe!

30 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. ha apps ni popular lah bila nak tahu waktu berbuka puasa
    tapi senang juga bila nak tahu waktu solat lain ikut kawasan
    sebab selalu bertukar kawasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam-macam kegunaan apps Muslim Pro nih :)

      Padam
  2. waaaaa... mmg mcm2 ada dlm apps tu yek, boleh try dl nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      macam-macam
      kira memang apps muslim terbaik lah bagi Hans setakat nih

      Padam
  3. tq share psl apps Muslim Pro ni..bole la godek2 tgk nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama Sis
      sila lah godek-godek mana yang patut nanti
      hehehe

      Padam
  4. sy mmg ada download app ni tp yg x best byk iklan... pastu dia x dpt detect lokasi dgn tepat. ms kt taipei, still naik nama kuala lumpur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe,,biasalah iklan nak jana duit juga sebab kita download dah free..hehe
      owh, In Sha Allah sekarang dah banyak pembaharuan dah...In Sha Allah lepas nih lebih okay bila berada di luar

      Padam
  5. Menarik apps ni. Nk install lah nanti.

    BalasPadam
  6. Menarik apps ni husniey dah guna almost 2 years. Semua ada dalam tu. Pernah jugak tulis review tak berbayar pasal apps ni..hee Sesuai sangat untuk yang travel ke luar negara, boleh rujuk sini.. Nak cari kedai halal pun ada diberitahu.. 😍

    Syok lah Han dapat premium akses. Alhamdulillah rezeki tu

    BalasPadam
  7. Bagusnya ada apps macam ni memudahkan kita. Nak kena download jugakla apps ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. download jangan tak download
      banyak manfaat nih :)

      Padam
  8. selalu tengok Muslim Pro thru website je. baguslah skrng da ade apps lagi senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      senang sangat dah sekarang sebab leh download apps dia dekat phone

      Padam
  9. Baru dh dl, nanti study function nya. Tq for info hans

    BalasPadam
  10. Thanks for info hans, nant boleh install apps dia

    BalasPadam
  11. Thank you for sharing.
    Kalau bahagian apps ni biasa hubby yang tolong install kan hehehe...

    BalasPadam
  12. aida ada guna satu apps utk tujuan yg sama.
    so far so good.

    BalasPadam
  13. menarik..nanti nak install. thanks share

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum.. Sya baru je install apps muslim pro ni ..sya nk tanya knpe xde suara azan Even sya dh set suara azan madinah.. Contonya, Mcm subuh xde bunyi azan ..Mcm mna sya nk ade kan bunyi azan itu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam
      owh awal-awal saya install pun memang tak keluar suara azan
      just set semula jer
      In Sha Allah lepas tu ada

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama