LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL

Assalammualaikum semua. Hans sambung kembali kisah di Phnom Penh, Kemboja. Jadi, pada malamnya Hans dan rakan sekerja berperluang bermalam di sebuah hotel butik yang terletak di bandar Phnom Penh iaitu LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL.


Sebut sahaja tentang hotel butik ini pasti akan mengingatkan Hans kepada sebuah hotel butik yang terletak di bandar Georgetown, Pulau Pinang. Kenapa Hans teringat kan hotel tu? Sebab hotel tu sangat besar dan cantik. Jadi, adakah LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL ini juga seperti itu? Hans memang tak sabar-sabar nak masuk bilik hotel nih.


Masuk sahaja kawasan lobi hotel memang dah membuatkan Hans terpukau dengan kecantikan hiasan dalaman, susunan perabot serta dekorasi hotel nih. Serius cantik weh!


Sampai jer lobi hotel nih memang boleh tengok banyak wajah-wajah Melayu dan orang Islam yang menginap disini. Muka-muka Mat Saleh dan Eropah pun banyak juga. Jadi, masa untuk check in.


Tempat receptionist ini pula sangat lawa dan unik. Kami ada 6 orang dan setiap bilik memuatkan 2 orang. Jadi, pekerja hotel ada bagitahu kami yang salah satu daripada tiga bilik ini merupakan bilik yang cukup istimewa. Kami masa tu semua bersemangat dan teruja lah sebab tak tahu bilik siapa yang bertuah tu kan.


Sewaktu melalui kawasan mencari bilik masing-masing, memang pintu bilik Hans sahaja yang ada gerbang macam dekat atas gambar nih. Masa tu terfikir adakah Hans orang yang bertuah tu? Mari kita lihat wajah bilik hotel yang Hans bermalam nih.


Wahhhhhhh!! Siap ada kelambu yang tak tahan tu. Hahaha! Tetapi, serius cantik betul bilik hotel nih. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Kira memang selesa sangat lah!


Bilik air hotel nih pun boleh tahan cantik. Cuma yang kelakar tu pintu utama bilik air nih ala-ala pagar rumah dan ada suku bahagian yang tak boleh tutup rapat. Nasib ada langsir jadi boleh tutup bahagian tu. Hahahaha! Sebenarnya hotel butik nih sangat sesuai untuk suami isteri atau pasangan yang baru berkahwin.


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba pintu bilik Hans diketuk dengan rakusnya daripada luar. Bila buka pintu terus rakan-rakan sekerja lain suruh pergi sebuah bilik nih. Hans sebenarnya terlupa yang ada satu bilik yang dikatakan istimewa tu jadi memang Hans masuk tu tanpa fikir apa lah kan. Sekali masuk dalam bilik tu....mak datukkk!! Besar gila weh! Tab mandi ada depan katil weh! Sebelah tab mandi tu pula ada ruangan mandi terbuka yang memang ala-ala dalam istana. Selepas itu masih ada bilik air macam dekat bilik Hans tu. Hahaha! Memang bersorak lah masing-masing sambil ketawa sebab yang duduk bilik nih ialah pasangan suami isteri. Ala-ala berbulan madu pula jadinya. Memang serius terbaik dan cantik sangat-sangat bilik hotel nih. Memang rezeki mereka dapat bilik nih dan sangat sesuai dengan status sebagai suami isteri.


Seronoknya bila menginap dekat LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL ini sebab Phkar Romyool Restaurant yang menyediakan makanan untuk hotel ini menyajikan makanan halal. Jadi, tak payah susah-susah nak cari makanan halal pada waktu pagi dekat bumi Phnom Penh nih. Yang penting restoran hotel nih pun memang cantik sangat-sangat.


Jadi, kepada sesiapa yang akan bercuti atau menggembara dekat Phnom Penh, Kemboja nanti tetapi masih belum tahu dekat mana nak tinggal untuk bermalam mungkin boleh jadikan hotel butik ini sebagai pilihan utama anda nanti. Sila lihat info dibawah sebagai rujukan anda.

LE GRAND PALAIS BOUTIQUE HOTEL

Address:
No 16,
Street 130,
Sangkat Phsar Thmey l,
Khan Daun Penh,
Phnom Penh,
Cambodia.

Phone:
+855 (0)23 966 699

Email:
reservation@legrandpalaishotel.com

Website:
Le GRAND PALAIS Boutique Hotel


P/S : Selepas Ini Hans Akan Kongsikan Pengalaman Makan Malam Di Kawasan Phnom Penh. Nantikan!

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cantiknya...best btul yg ada bath tub beso tu..sesuai la honeymoon tu

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang cantik Zumal
      Indah kalau ada isteri
      sayangnya Hans masih solo
      hahaha

      Padam
  3. wahhh cantiknya! Memang grand betul ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang grand
      lawa sangat-sangat hotel nih
      harga pun tak mahal

      Padam
  4. Cantik dan nampak sangat grand bertepatan dengan nama dia.

    BalasPadam
  5. serius lah, cantik nya hotel ni Hans. Berbaloi gak lah kalau tidur situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik hotel nih
      kalau pergi sana..try lah bermalam dekat sini
      confirm puas hati

      Padam
  6. hotel ni mmg cantik dan hampir ter'booked' aritu... tp membe nk dkt kawasan palace...cr jg laa yg dkt area tu

    BalasPadam
  7. The hotel looks quite fancy! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sangat puas hati
      nampak mewah tetapi harga murah jer

      Padam
  8. Dh kahwin esok boleh try ni. Romantik n comel hotelnya

    BalasPadam
  9. perghhh... cantik gila bilik kat hotel ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama