Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan Di Menara Kuala Lumpur

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah buat pertama kali Hans berpeluang merasai dan melihat sendiri proses cerapan rasmi anak bulan Ramadan yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada 29 Syaaban 1439H atau 15 Mei 2018 yang lepas.


Menara Kuala Lumpur yang setinggi 421 meter sememangnya menjadi lokasi wajib setiap tahun untuk menjalan aktiviti cerapan anak bulan Ramadan dan anak bulan Syawal.


Kehadiran Hans dan rakan-rakan disambut mesra oleh petugas yang memberikan kami pas media serta aturcara majlis dan salinan waktu berbuka puasa untuk tahun ini.


Taraaaaaaaaaaaa! Lama tak dapat pas media macam nih. Memang nanti bawa balik kampung lepas tu gantung dekat almari. Hehehe!


Hans diberi tiket ini untuk naik ke atas.Tak ada GST dah tahu dekat sini. Hahahaha! Ini adalah kali keempat atau kelima Hans berpeluang menjejakkan kaki di Menara Kuala Lumpur dan setiap kali Hans datang pasti ada pelbagai penambahan tempat-tempat menarik untuk dilawati di sekitar Menara Kuala Lumpur ini.


Sebelum menunggu proses cerapan anak bulan Ramadan, pihak media dan tetamu vvip diminta untuk mendengar taklimat cerapan anak hilal Ramadan terlebih dahulu.


Gambar candid pula tetapi tetap hensem dan kacak bergaya kan? Hahaha! Tujuh lapan kali puji diri sendiri. Bukan selalu pun.


Alhamdulillah Hans dapat mendengar taklimat daripada Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri tentang bagaimana proses pencerapan anak bulan Ramadan akan dilakukan sebentar sahaja lagi.


Sebelum proses cerapan, kami semua membaca surah Yassin beramai-ramai terlebih dahulu. Alhamdulillah majlis yang cukup bermanfaat buat semua yang hadir.


Jadi, sudah tiba waktu untuk bertugas. Hans disini bertugas sebagai penulis skrip untuk rancangan Lensa 106 yang bakal ditayangkan di saluran Astro Oasis dan Ramadan HD.


Memang penuh kawasan cerapan anak hilal Ramadan 1493H dengan tetamu-tetamu serta media yang hadir. Kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki.


Ini adalah antara salah satu alat yang digunakan untuk mencerap anak bulan. Setiap data akan disalin oleh pegawai-pegawai Falak yang pakar dan berpengalaman untuk digunakan sebagai pengiraan untuk mengetahui tarikh umat Islam di Malaysia mula berpuasa.


Mufti Wilayah Persekutuan pun teropong anak bulan yer. Jangan main-main. Hehehe! Memang semua teruja untuk jadi antara orang terawal untuk tengok anak bulan Ramadan.


Bacaan sedang diambil oleh pegawai bertugas. Sebenarnya proses cerapan anak bulan ini memang penting untuk kita umat Islam kerana untuk menentukan bila hari kita akan berpuasa serta bila hari kita akan menyambut hari raya. Bukan dilakukan suka-suka tetapi proses ini memang perlu dilakukan.


Masa ini proses cerapan telah berakhir dan laporan keputusan cerapan hilal bulan Ramadan 1439H akan dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pengumuman di televisyen dan radio.


Salah satu alat yang digunakan di dalam proses cerapan rasmi anak bulan Ramadan iaitu teleskop yang memang besar dan sangat berat.


Kalau dah naik atas rugi lah kalau tak cuba teropong sendiri. Rasa-rasa Hans teropong apa? Hans teropong dasar hati orang agaknya. Hahaha!


Kebetulan di kawasan cerapan anak bulang sedang berlangsung, Hans terjumpa pula Skybox Menara Kuala Lumpur. Memandangkan Hans tak ada masalah takut kepada ketinggian atau gayat, jadi memang Hans teruja nak bergambar dekat atas kaca tu. Tetapi, kadang-kadang ada rasa cuak juga sebab bawah kaca tu memang tak ada apa-apa halangan dah. Apa-apapun, puas hati sebab cantik sangat dapat bergambar dekat skybox nih.


Lama betul Hans tak tengok wajah Kuala Lumpur di waktu malam daripada atas Menara Kuala Lumpur. Memang cantik sangat-sangat tengok bandaraya Kuala Lumpur dipenuhi dengan kerlipan lampu-lampu di seluruh kawasan.

Apa-apapun, satu pengalaman yang menarik dan cukup bermakna untuk Hans kerana dapat melihat sendiri bagaimana proses cerapan anak bulan Ramadan dilakukan. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Menara Kuala Lumpur di atas layanan yang cukup baik. Ada rezeki In Sha Allah Hans akan datang lagi kesini.

P/S : Selamat Berpuasa Buat Semua Pembaca Blog www.hanshanis.com Serta Umat Islam Di Seluruh Dunia.

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. cantiknya pemandangan waktu senja dan malam kat situ

    BalasPadam
  2. menariknya Hans. pengalaman berharga ni

    BalasPadam
  3. Salam Ramadhan Kareem Hans..
    Ramai juga ikut sama dalam majlis itu. Bertuah Hans berpeluang ikut serta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Ramadan juga
      alhamdulillah
      rezeki terpilih
      hehe

      Padam
  4. Balasan
    1. alhamdulillah
      memang best
      kalau ada rezeki nanti jangan lepaskan

      Padam
  5. best nyer... dah lama teringin nk join event mcm ni

    BalasPadam
  6. alhamdulillah, rezeki hans untuk turut serta.
    Salam Ramadhan buat Hans.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama