Legasi Luar Biasa Episod 1

Assalammualaikum semua. Hans nak berkongsi sedikit tentang program yang Hans buat iaitu Legasi Luar Biasa. Program ini menampilkan 10 orang rakyat Malaysia yang bukannya artis popular, bukannya golongan vvip tetapi cuma orang biasa yang berjiwa besar dan sangat hebat usaha mereka dalam menjalankan kerja-kerja amal serta dakwah secara tidak langsung kepada masyarakat sekitar.


Program:
LEGASI LUAR BIASA

Saluran:
Astro Oasis & Ramadan HD

Hari:
Rabu

Waktu:
Pukul 6.30 Petang

Tarikh:
Bermula 16 Mei 2018

Episod 1:
Datin Paduka Sabariah Hussein
Puan Mimi Liana Nasharuddin



Jangan main-main dengan Datin Paduka Sabariah Hussein. Nampak kecil dan kini sudah berumur 70 tahun tetapi selamba sahaja beliau menegur kembali Mat Salleh yang biadap itu. Hans sendiri seronok dapat berjumpa beliau secara berdepan dan berpeluang menemuramah dan mendengar sendiri pelbagai kisah serta pengalaman hidup beliau yang cukup hebat serta menarik untuk dicontohi. Sila tonton untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kisah wanita ini yang pernah menolak jemputan Perdana Menteri Kanada kerana sibuk membantu gelandangan sewaktu bulan Ramadan.


Sangat menarik pandangan Puan Mimi Liana Nasharuddin tentang bantuan berlebihan orang ramai terhadap gelandangan. Alih-alih gelandangan juga yang disalahkan. Puan Mimi merupakan penaung Feeding The Needy (FTN) dan mendengar kisah dan perjalanan Puan Mimi dalam memberi bantuan sememangnya membuka mata serta mengubah persepsi Hans tentang kehidupan warga miskin kota di bandaraya Kuala Lumpur. Sangat menarik untuk ditonton untuk kita lebih memahami tentang apa sebenarnya masalah yang melanda warga miskin kota ini.


Jadi, jangan lupa tonton program Legasi Luar Biasa kerana program ini sangat memberi inspirasi dan menampilkan orang-orang biasa yang sangat luar biasa. Rugi kalau tak tengok. Selamat menonton :)

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Tahniah Hans..tahniah kpd mereka yg hebat jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih
      jangan lupa tonton dan sokong rancangan inspirasi ini :)

      Padam
  2. Tahniah Hans. Petang ni nak tengok lah. Semoga jadi inspirasi pada semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab tonton dan sokong rancangan inspirasi ini :)

      Padam
  3. Program yg boleh membuatkan kita insaf...tahniah dan hebat buat mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sokong rancangan inspirasi ini :)

      Padam
  4. Wah! petang ni nak tengok jugaklah.

    BalasPadam
  5. tak sbr nk tgk la....tahniah hans... msti best nih

    BalasPadam
  6. Insha allah akan tonton kalau ada kesempatan. Teruskan buat program-program macam ni ye. Keep it up

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh teruskan program-program macam nih kalau ramai yang tengok
      kalau rating tak tinggi tak adalah sambungan

      Padam
  7. Tahniah Hans... bagus ada program mcm ni so org ramai dpt lebih info berguna

    BalasPadam
  8. Mesti menarik rancangan ni.. Nanti husniey nak tontonlah..

    Tahniah buat Hans 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah menarik
      dah tengok jangan lupa komen

      Padam
  9. harap ada ms dpt lah menontonnya nnt...

    BalasPadam
  10. Hans.. Tahniah ye buat program sebegini. Aduh apesal asyik lupa je nak tengok program bila nak tengok je selalu terlepas hmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama