PU Riz Di Program Luxury Love Day

Assalammualaikum semua. Lama betul Hans tak kemas kini blog disebabkan sibuk dengan pilihan raya umum, bercuti di kampung halaman serta kerja sepanjang hari. Jadi, sahaja Hans nak kongsikan tentang baru-baru ini PU Riz sempat beramah mesra dan berkongsi sedikit ilmu dengan pelajar-pelajar UiTM Melaka di Taman Seribu Bunga Melaka sempena program Luxury Love Day yang dikelolakan oleh pelajar-pelajar UiTM sendiri.


Kepada yang mungkin belum mengenali PU Riz, dia sebenarnya merupakan peserta Pencetus Ummah musim keempat. Selain itu juga, PU Riz nih masih lagi belajar dan dalam masa yang sama aktif sebagai pengacara dan pelakon. Baru-baru ini drama lakonan PU Riz iaitu Kelip-Kelip Kota London baru selesai ditayangkan di TV3. Kepada yang menonton tu mesti perasan punya lah.


Sepatutnya Hans temankan PU Riz untuk program kali ini tetapi tiba-tiba nak dijadikan cerita hari Sabtu yang lepas Hans terpaksa bekerja sebab nak ganti hari cuti masa PRU14 baru-baru ini. Jadi, terpaksalah PU Riz pergi ke Melaka seorang diri. Maafkan abang hang nih yer PU Riz. Hahaha!


Gambar-gambar semua dikongsikan oleh pelajar yang berhubung dengan Hans untuk program ini. Terima kasih kerana sudi menjemput Pu Riz ke program anda semua yer. Ada rezeki jemput lah lagi. Segala kekurangan daripada pihak kami harap dimaafkan.

P/S : Kalau Ada Sesiapa Yang Berminat Nak Jemput PU Riz....Boleh Hubungi Hans Untuk Perbincangan Lanjut Yer :)

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Untungnya dapat berprogram dengan PU Riz.

    BalasPadam
  2. Saya suka tengok anak muda buat program begini. Keep it up!

    BalasPadam
  3. best tu dapat ilmu dan bersantai dlm 1 ms

    BalasPadam
  4. drama kelip2 tu pun tak penah nengok dik heheh... pu azman kenal lah hahahha... ni pu muda kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PU Azman musim ke-2
      ini PU Riz musim ke-4
      kelip-kelip kota london tu sebelum nih meletup juga dekat tv3

      Padam
  5. mesti best dengar ceramah dia ni. hehe. perempuan mesti cair tengok dia ni kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah setakat nih mendapat maklum balas positif sebab ceramah yang santai
      bab cair ker tak tu tak tahu lah...yang penting ilmu yang nak disampaikan

      Padam
  6. La...nape tak contact, saya boleh temankan PU Riz. Hehehe..gurau je Hans. Jangan kecam

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak kecam
      tapi tak tahu kalau nanti ada orang kecam
      saya tak bertanggungjawab
      hahaha

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama