KFC Mad Mex Twister

Assalammualaikum semua. Baru-baru ini pihak pengurusan KFC Malaysia telah melancarkan sebuah menu terbaru mereka kepada para penggemar makanan segera KFC iaitu KFC Mad Mex Twister yang diolah mengikut citarasa Mexico. Menu baru ini pula khabarnya hanya dijual di dalam tempoh waktu yang terhad saja.



Melihat kepada promosi iklan yang dilakukan oleh pihak KFC telah berjaya membangkitkan selera Hans maka Hans mengambil keputusan untuk mencuba menu KFC Mad Mex Twister ini yang berharga RM10.90 yang didatangkan khas dengan Crispier Fries serta secawan minuman ringan. Kepada yang berminat untuk membeli secara ala carte pula, harga menu ini cuma RM7.50 sahaja.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Inilah rupa pembalut KFC Mad Mex Twister yang sangat cantik iniBoleh tahan besar dan panjang juga lah saiz twister KFC kali ini. Jadi, mari kita bedah siasat dulu apakah intipati yang terdapat di dalam twister kali ini!


KFC Mad Mex Twister kali ini menampilkan sentuhan citarasa Mexico melalui kepingan KFC Zinger yang lembut dan disertakan pula dengan Keju Pedas Mexico yang cukup istimewa. Keunikan menu kali ini ialah apabila ia disertakan bersama gabungan kacang kuda, kacang ginjal merah dan jagung bersama sos Keju Pedas Mexico. Hidangan unik ini juga disertakan lagi dengan hirisan salad segar dan dibalut sempurna dengan tortilla.


Itulah rupa sebenarnya KFC Mad Mex Twister yang Hans peroleh sewaktu makan di cawangan KFC berdekatan The Curve. Memang isi di dalam wrap sangat padat dan penuh dengan bahan-bahan yang diiklankan mereka. Jadi, bagaimana pula dengan rasa menu terbaru twister kali ini?


Alhamdulillah! Hans berjaya menghabiskan KFC Mad Mex Twister ini. Cuma bagi Hans, rasa menu terbaru kali ini tidak berjaya menarik hati Hans untuk makan lagi buat kali kedua. Hans sukakan rasa daripada sos keju pedas Mexico tersebut tetapi gabungan kacang dan jagung seperti tidak kena di lidah Hans. Mungkin disebabkan Hans bukan peminat kacang yang sejati jadi rasa yang tercetus daripada gabungan dua jenis kacang serta jagung tersebut dirasakan agak aneh untuk diterima oleh tekak Hans ini. Tetapi, lain orang lain citarasanya. Mungkin anda sendiri boleh cuba rasa sendiri dan siapa tahu kalau-kalau menu terbaru ini akan menjadi menu kesukaan anda.


Dengan harga RM10.90, anda sudah boleh menikmati hidangan menu terbaru KFC Mad Mex Twister ini di semua cawangan KFC berdekatan rumah dan tempat kerja anda. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah menu ini sekarang sementara stok masih ada. Selamat menjamu selera!

SKALA SEDAP : 2.5 / 5


P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. DISARANKAN CUBA DAHULU DAN NILAIKAN SENDIRI :)

32 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tried it tadi. not bad and I kinda like it.

    ردحذف
  2. Nampak mcm best tapi saya tak suka sgt makan twister. Btw, tq sebab share pasal makanan ni

    ردحذف
    الردود
    1. hehehe
      Hans pun jarang sangat makan twister
      saja nak cuba

      حذف
  3. oh ada menu baru..tkde plak nmpk iklan kt tv

    ردحذف
  4. Mrs. A pun tak berapa suka kalau ianya sejenis yang macam ni (dibalut menda alah tu).
    Kalau tak lapar sangat takt ahu nak makan apa baru pilih ni kot hahaha...

    ردحذف
  5. akak suke klu jenis yg wrap2 ginih... sblum2 ni rajin jgk try wrap kfc, yg nih blm try lg nih... mcm sedap je ada isi pdas2 ni

    ردحذف
    الردود
    1. try lah makan tengok akak
      kut2 kena dengan selera ker
      hehehe

      حذف
  6. Nampak juga dekat menu KFC semalam tapi tak cuba pula.

    ردحذف
  7. makan ni ada rasa macam dekat Mexico tak =)

    ردحذف
  8. ni menu baru ke? sebab last week pegi KFC tak nampak pule. bolehla try nanti sebab ada sos cheese tu heheh

    ردحذف
  9. tengok rupa fuh ..

    memang sedap juga tu

    cuma pergi KFC nie nak bedal ayam sahaja la

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      ayam kfc memang sedap lah dengan coleslaw dia

      حذف
  10. Tadi tgk juga ms kat kfc tp jagung dan kcg tu macam meremehkan, terbantut niat, trus beli snack plate 😊

    ردحذف
  11. nak cubalah.. CT suka semua wraps KFC tapi yang ni belom cuba. soon soon !!

    ردحذف
    الردود
    1. hah selamat mencuba
      dah cuba nanti tinggalkan komen dekat sini
      kongsikan pengalaman dan pandangan tentang Mad Mex Twister nih pula
      hehehe

      حذف
  12. Belum sempat cuba lagi. Hope it tastes good. Hari hari lalu KFC nampak this poster! Ahhh, terliur!

    ردحذف
  13. Ada menu baru eh.. Lama pula rasanya tak masuk KFC..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم