McDonald's McFlurry Durian D24

Assalammualaikum semua. Sebenarnya Hans dah lama makan McDonald's McFlurry Durian D24 ini tetapi disebabkan kekangan masa ditambah sedikit kemalasan maka lambat sikit Hans berkongsi tentang ulasan Hans terhadap aiskrim pujaan ramai penggemar aiskrim McD nih.


Sebenarnya aiskrim McFlurry Durian D24 ini pernah diperkenalkan pada 24 Ogos 2017 tetapi jualan aiskrim ini hanya bertahan seminggu sahaja. Bukan sebab tidak laku tetapi laku teruk bak hang. Hahaha! Semua cawangan McD kehabisan stok durian D24 disebabkan sambutan yang sangat dasyat daripada penggemar aiskrim durian sehinggakan Hans sendiri tidak sempat nak cuba.


Jadi, memandangkan piihak McDonald's Malaysia mengeluarkan semula aiskrim McFlurry Durian D24 ini dan ditambah pula Hans memang hantu durian, jadi Hans tidak melepaskan peluang untuk mencuba selepas gagal pada tahun lepas. Hahaha!


Alhamdulillah! Hans mendapat pes durian yang sangat banyak dan ini sangat membuatkan Hans puas hati dan rasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM7.99 sahaja. Sebelum ini ada juga baca komen dimana ada yang mengadu pes durian yang mereka terima sedikit tetapi sebaliknya pula untuk Hans sebab memang penuh dalam bekas.


Jadi, komen Hans tentang aiskrim McDonald's McFlurry Durian D24 selepas menjamah dengan khusyuknya ialah aiskrim ini bukan lah terlalu sedap sehingga buat Hans rasa macam nak beli lagi keesokan harinya. Aiskrim ini juga bukanlah tidak sedap sebab pes durian di dalam aiskrim yang sangat banyak tu memang membantu membangkitkan rasa. Alhamdulillah rasa aiskrim ini lebih bagus daripada keropok durian atau aiskrim durian yang lain cuma Hans rasa lebih puas jika makan durian daripada buah berbanding makan durian yang digabungkan dengan aiskrim. Senang cakap layan lah juga semasa makan tetapi kiranya tak adalah buat Hans rasa aiskrim ini di dalam kategori wow sangat. Hahaha!


Jadi, kepada yang belum pernah makan lagi McFlurry Durian D24 ini boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran sebelum kehabisan stok. Selamat menjamu selera!

SKALA SEDAP : 3.7 / 5

P/S : APA PULA MENU BARU McDONALD'S MALAYSIA SELEPAS INI YER? TAK SABAR NAK BUAT ULASAN! HEHE!

26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Uihhh sedapnya. Aritu suami order yang parti punya. Sedap hans. Puas makan.

    BalasPadam
  2. ada orang kata rasa dia biasa-biasa je, saya pun tak sempat merasa hehe

    BalasPadam
  3. Blm try lagi, tah ada ke tak jat miri nii

    BalasPadam
  4. x try and probably never will haha

    BalasPadam
  5. mcm teringin... tp akak rasa layan lgi beger rio dia... dh makan ulang2 berapa kali ntah heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. burger Rio dah 2 kali saya makan
      sedap kan?
      hahaha

      Padam
  6. Ais krim durian
    Suka durian tapi belum tergerak nak makan aiskrim durian.. Haha
    Kalau bagi buah durian laju lah. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      kalau Hans pun laju jer kalau bagi buah durian

      Padam
  7. Del dah rasa hari tu.. sedap betulllll pergh tip top durian dia, rugi betul sapa yang tak makan durian.
    www.cakapsinilah.com

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. bau durian tapi tak ada lah bau kuat
      kira orang sebelah kalau tak makan durian tak ada lah terganggu sangat
      hehehe

      Padam
  9. woaah ini memang power. mahai sikit tak kira nak juga beli =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      beli lah cepat sebelum stok habis lagi

      Padam
  10. Heard ramai yang bagi moderate review pasal this durian McFlurry. Harga boleh tahan pricey. Still ada lagi ke this menu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat nih tengok masih diiklankan
      cuma tak pasti ada lagi ker tak
      rasa-rasanya ada lagi

      Padam
  11. Tak cuba pun.. Susah nak jumpa MCD.. kikiki..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama