KFC Zinger Waffle Burger

Assalammualaikum semua. Hari ini bersamaan 2 Oktober 2018, KFC Malaysia telah mengeluarkan sebuah menu terbaru buat para peminat KFC iaitu KFC Zinger Waffle Burger yang merupakan satu menu unik dan istimewa kerana buat pertama kalinya KFC menggunakan kombinasi waffle serta ayam goreng untuk menu burger mereka.


KFC Zinger Waffle Burger ini boleh dibeli secara a la carte dengan harga cuma RM13.50 sahaja. Menu terbaru ini juga didatangkan dengan set Kombo Zinger Waffle Burger yang disertakan bersama kentang goreng dan minuman ringan Pepsi Black. Untuk set Mega Box pula, anda akan menerima seketul ayam pilihan anda sama Hot & Spicy atau Original.



Jadi Hans memilih set Kombo Zinger Waffle Burger yang berharga RM16.90 sebelum cukai. Memang rasa teruja juga nak tahu macam mana rasa burger yang rotinya digantikan dengan waffle. Maklumlah Hans suka mencuba makanan baru.



KFC Zinger Waffle Burger kali ini dikatakan menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti seperti sebelumnya, burger ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup. Ianya dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.


Melihat kotaknya sahaja membuatkan Hans sangat teruja. Terbayang-bayang kombinasi waffle, ayam dengan sirap mapel manis tu. Tengok sahaja lah warna dekat kotak burger nih. Merah jambu keungguan pula tu. Hehehe! 



Boleh tahan besar dan tebal juga lah waffle nya tetapi masih lembut. Cuma Hans ini pula sejenis manusia yang kalau makan waffle memang suka yang garing-garing. Tetapi, tak ada masalah sebab namanya pun Waffle Burger. Janji lembut dan tak liat sudah. Haha!



Biasalah aktiviti bedah siasat pun dilakukan sebelum nak makan kan. Jadi, selak punya selak punya selak tiba-tiba Hans pelik mana pergi sirap mapel manisnya? Mula berfikir nak pergi kaunter ker atau makan jer terus sebab Hans nih memang jarang berperangai pergi kaunter nak komen macam-macam nih. Tetapi, fikir sebab nak tulis ulasan dekat blog jadi Hans pun pergi ke kaunter nak bertanya adakah mereka lupa letakkan sirap mapel tu dekat dalam burger Hans nih.



Sampai sahaja depan kaunter jadi Hans pun bersuara lah bagitahu burger Hans tak ada sirap mapel tu. Siap bawa burger dengan bekas dia lagi. Hahaha! Jadi, pengurus dekat KFC yang Hans makan nih pun cakap yang sirap mapel tu memang mereka dah letak. Tetapi, tak adalah banyak sebab katanya mereka cuma letak dua jalur sirap mapel sahaja takut nanti terlalu manis dan tak sedap pula. Hans pun macam terkedu lah juga sebab dekat iklan bukan main lagi KFC nih tunjuk melimpah-limpah sirap mapel nya. Hakikatnya sampai depan mata aku nih jangankan kata melimpah-limpah tetapi pakai cermin mata pun masih tak perasan mana sirap mapel dekat burger nih!


Jadi, Hans mula menikmati semula KFC Zinger Waffle Burger ini. Ada rasa manis sedikit jadi memang betul lah sirap mapel tu ada tetapi sekejap sahaja lah rasa manis sebab tak banyak diletakkan. Akhirnya bila makan rasa macam makan waffle dengan ayam sahaja. Sos mayo KFC pun tak berapa nak rasa mayonis. Rasa kecewa betul Hans sebenarnya sebab memang Hans tengah lapar gila. Pergi ke KFC nih pun sebab memang nak menikmati makanan tengahari. Tetapi, apakan daya apabila yang dilihat di dalam iklan jauh panggang dari api. Dekat iklan bukan main lagi meleleh-leleh sirap mapelnya. Atas rasa kekecewaan yang amat besar kerana terpedaya dengan janji palsu dari iklan KFC dan ditambah pula dengan rasa KFC Zinger Waffle Burger yang biasa-biasa sahaja ini maka Hans tidak mencadangkan menu ini sebagai menu yang wajib untuk anda semua cuba. Tetapi, terpulang jika anda berani mengambil risiko untuk menikmati, merasa dan menilai sendiri menu terbaru KFC ini kerana masing-masing ada citarasa tersendiri. Hans dengan sukacitanya mengucapkan selamat menjamu selera dan selamat mencuba KFC Zinger Waffle Burger. Sekian.

SKALA SEDAP : 2 / 5


P/S : PANDANGAN SKALA SEDAP ADALAH BERDASARKAN CITARASA LIDAH HANS SENDIRI. JADI, MUNGKIN ADA YANG AKAN MENYUKAI DAN MUNGKIN ADA YANG SEPENDAPAT DENGAN HANS. CUBA DAN NILAIKAN SENDIRI :)

20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. rasanya Umi sama macam Hans sbb when u talk bout burger harus pedas or savory kan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh Hans okay jer kalau manis sebab dah dia iklan sos maple manis...cuma tak bestnya tu sebab sos maple manis tu sikit sangat

      Padam
  2. huiyoo.. waffle dengan ayam, ada maple syrup lagi tu. nak try jugak lah.

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  3. ades baru nak try..kne pk balik ni

    BalasPadam
  4. gmbr iklan biasanya sekadar ilusi...bila tgk yg realiti mmg tk sama la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tahu iklan memang ilusi
      cuma selalu tak ada lah seilusi macam nih
      haha

      Padam
  5. kalau tgk kt gambar tu nampak menyelerakan betul... cuma klu akak was2 sikit nk cuba... sbb akak prefer mkn ngn sos yg pds2 skit kot beger nih...

    kt gmbo bukan main meleleh mayo ngn sirap mapel nya.... sekali dpt huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      saya beli nih sebab nak rasa macam mana bila makan dengan sirap mapel tu
      tapi sirapnya sikit sangat
      kalau banyak rasanya sedap jer

      Padam
  6. fuhhhh, jadi teringin bila tengok....lapau!

    BalasPadam
  7. ada menu baru ye. bila nk cuba nih hehe

    BalasPadam
  8. Xsempat rasa lagi... mcm nak cuba tapi hila kata manis macam tak.excited nak rasa

    BalasPadam
  9. Blm cuba lg, rasa not in the excited to eat list sb nampak dry. Tp masih ada rasa nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      kalau try nanti kongsikan pengalaman dan pandangan

      Padam
  10. Tengok gambar pun tak terasa nak cuba.. Baca review Hans, lagilah tak nak cuba.. Kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      mana tau kut kalau cuba kena dengan selera pula

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama