Promosi Kembali Ke Sekolah Bersama Sunfeet

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi tentang pengalaman Hans berada di Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Petaling Jaya untuk mendengar satu penerangan kesihatan berkaitan tapak kaki dan kesannya kepada kesihatan tubuh badan. 


Secara jujurnya, Hans pada mulanya menganggap kaki bukanlah sebuah anggota fizikal yang perlu diberi perhatian rapi berbanding anggota badan yang lain tetapi rupa-rupanya Hans salah besar kerana kesihatan kaki turut memainkan peranan yang besar di dalam kesihatan diri kita sepanjang kehidupan.


Satu perkara yang Hans baru tahu sewaktu Hans berada di Sunfeet International Rehabilitation Centre ialah pemilihan kasut mempengaruhi kesihatan kita. Hans sendiri percaya ramai sebenarnya seperti Hans yang tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu tentang bab ini. Sebenarnya pemilihan kasut yang salah boleh memberi kesan kepada kesihatan kita dalam jangka masa panjang seperti sakit tulang belakang, otot, sendi, lutut dan banyak lagi.


Jadi, pemilihan kasut yang tepat ini sepatutnya menjadi salah satu perkara yang wajib dititik beratkan oleh ibu bapa kerana Hans baru dapat tahu bahawa kanak-kanak yang mempunyai masalah tapak kaki tidak normal yang serius dan berusia di dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun boleh dirawat melalui rawatan orthotic. Jika masalah tapak kaki yang dialami oleh anak anda tidak kritikal sekali pun, sebagai ibu bapa semestinya anda perlu membantu anak-anak anda dengan membelikan mereka sepasang kasut yang bersesuaian dengan tapak kaki dan memberikan keselesaan buat si cilik yang memakai kasut melebihi 10 jam setiap hari.


Berita baik buat ibu bapa di luar sana kerana Sunfeet kini sedang menjalankan promosi Back To School istimewa untuk pelajar sekolah yang bersekolah pada tahun 2019. Hans sendiri sempat merasa tapak kasut khas yang dicipta dan disesuaikan dengan setiap jenis kasut sekolah yang dijual oleh Sunfeet. Hans akui sememangnya rasanya sangat berbeza berbanding kasut sekolah lain yang dijual di pasaran dimana kasut sekolah Sunfeet ini sememangnya direka khas untuk memberi padanan serta keselesaan yang sesuai berdasarkan bentuk dan ciri tapak kaki anak-anak anda.


Pelbagai jenis reka bentuk dan saiz kasut sekolah Sunfeet didatangkan dengan rekaan dalaman yang khusus untuk memberi keselesaan kepada kaki anak anda serta mengelakkan anak anda daripada menghadapi pelbagai masalah berkaitan kesihatan sewaktu mereka meningkat dewasa.


Bukan sahaja kasut sekolah berwarna putih sahaja dijual disini tetapi Sunfeet turut memberi pilihan kepada para ibu bapa serta para pelajar yang memakai kasut hitam di sekolah untuk turut sama menerima manfaat daripada promosi Kembali Ke Sekolah bersama Sunfeet ini. Memang banyak pilihan kasut yang bukan sekadar menawarkan rekaan yang ekslusif dan menarik tetapi yang penting bakal memberikan keselesaan buat kaki anak anda sepanjang sesi persekolahan mereka.


Mesti ramai yang pelik macam mana Hans tiba-tiba boleh jadi pakar pula bab tapak kaki dan kesihatan kaki ini kan? Ini semua kerana perkongsian ilmu melalui satu penerangan kesihatan berkaitan jenis tapak kaki yang telah disampaikan oleh Datuk Dr. Edmund Lee yang sememangnya padat dengan info berkaitan keadaan kaki, bentuk tapak kaki serta kesannya terhadap kesihatan badan manusia. Untuk pengetahuan semua, Dr. Edmund Lee merupakan seorang pakar Orthothic yang diiktiraf atau dalam kata lain merupakan seorang pakar perunding dan kesihatan kaki di Sunfeet International Rehabilitation Centre ini. Beliau sudah berjaya merawat lebih 20000 pesakit kaki dan lutut sejak Sunfeet International Rehabilitation Centre ini beroperasi lagi. Beliau juga telah banyak menghasilkan pelbagai jenis buku berkaitan masalah ini serta sering menjadi tetamu undangan di rancangan televisyen. Kisah kejayaannya juga banyak ditulis di pelbagai jenis majalah dan surat khabar.


Hasil Hans hadir ke Sunfeet International Rehabilitation Centre ini membuatkan Hans dapat tahu bahawa manusia mempunyai enam jenis bentuk tapak kaki. Setiap tapak ini juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dimana jika kita tidak memberi perhatian terhadap pemilihan kasut yang betul maka ia memberi kesan yang teruk kepada sendi di bahagian bawah badan, kedudukan pinggang dan juga tulang belakang kita dalam jangka masa panjang. Jadi, disini sangat penting untuk para ibu bapa membawa anak anda yang berusia di dalam lingkungan 0 hingga 4 tahun untuk segera melakukan pemeriksaan kaki supaya segala permasalahan boleh dicegah lebih awal. Ini kerana menurut Dr. Edmund Lee, kanak-kanak yang sudah berusia di dalam lingkungan 5 hingga 14 tahun menghadapi sedikit kesukaran jika dirawat apabila masalah berkaitan tapak kaki dibiarkan oleh ibu bapa terlalu lama. Jadi, hal ini perlu diambil berat oleh ibu bapa seluruh Malaysia supaya anak anak tidak menghadapi masalah di kemudian hari.


Macam mana kita nak tahu jenis tapak kaki kita yang mana satu? Inilah sebabnya Hans seronok sangat berkongsi tentang Sunfeet International Rehabilitation Centre ini kerana disini anda boleh melakukan pemeriksaan kaki secara percuma. Tidak perlu susah-susah bazirkan duit untuk bayar. Sudah lah dapat percuma dan layanan yang diterima oleh kakitangan Sunfeet juga sangat lah baik dan profesional.


Hans pun tidak tunggu lama dan terus cuba lakukan pemeriksaan kaki. Sepanjang hidup barulah kali pertama Hans buat pemeriksaan kaki ini dan perasaan teruja menunggu keputusan pemeriksaan itu memang ada. Proses pemeriksaan pun sangat mudah dan keputusan diperoleh dengan cepat tanpa perlu menunggu lama hasil teknologi hebat mesin pemeriksaan kaki yang terdapat di sini.


Hasil pemeriksaan serta bantuan penerangan daripada Dr. Edmund Lee sangat membantu memberi pencerahan kepada Hans tentang masalah sakit belakang yang kadang kala dirasai oleh Hans. Rupa-rupanya tapak kaki Hans merupakan jenis High Arc dimana beban banyak ditampung di bahagian tepi semasa berjalan. Jadi, tekanan beban ini boleh memberi kesan kepada bahagian tulang belakang Hans jika kasut yang Hans pakai tidak bersesuaian atau membantu menyokong masalah ini. Jadi, secara tidak langsung perkara ini sangat membantu Hans untuk lebih mengambil berat tentang pemilihan kasut yang sesuai selepas ini.


Hans ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Edmund Lee serta semua kakitangan Sunfeet International Rehabilitation Centre kerana menyedarkan Hans tentang kepentingan penjagaan kaki serta pemilihan kasut yang sesuai kerana Hans sememangnya terlepas pandang tentang hal ini. Jadi, kepada pembaca blog hanshanis.com ini terutama sekali ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil dan masih bersekolah itu, apa kata luangkan masa bawa anak-anak anda berkunjung ke sini kerana bukan sekadar dapat melakukan pemeriksaan kaki secara percuma tetapi pada masa yang sama mampu mengenal pasti jenis tapak kaki anak anda dan dapat melindungi si kecil daripada mengalami simptom-simptom penyakit pada masa hadapan seperti yang Hans sebutkan di atas.


Kepada sesiapa yang ingin datang ke sini sempena Promosi Back To School dan melakukan pemeriksaan kaki, Hans kongsikan info dibawah sebagai rujukan anda:

SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE

Lokasi:
Block C,
18 Jalan 19/1,
Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 A.M  - 7.00 P.M (Dibuka Setiap Hari)

Telefon:
013-912 2939

Facebook:
P/S : Hans Sangat Sarankan Anda Semua Datang Ke Sunfeet International Rehabilitation Centre Bersama Anak-Anak Serta Ibu Bapa Untuk Melakukan Pemeriksaan Kaki Dan Mengetahui Tentang Jenis Tapak Kaki Anda Dan Keluarga :)

8 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Macam-macam perniagaan kan Hans..terbaik..rasanya ramai ni nak periksa kesihatan kaki ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tetapi memang ini satu perkara yang baru dan bagus untuk kita semua sebab sebelum ini kebanyakkan memang tak tahu pun tentang kaki ini
      pemeriksaan kaki pula percuma jadi sesiapa yang duduk dekat tu memang wajib pergi lah ambil peluang :)

      Padam
  2. First time baca infor hal kesihatan kaki, kesihatan kuku dah biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah macam Hans
      kalau tak sebab pergi dekat Sunfeet ini memang tak tahu langsung tentang bab-bab nih

      Padam
  3. cun jgk kasut2 nya tuh ya... mmg dh sesuai skrg ni jenguk2 kedai kasut utk anak2 nnti... mmg utk keselesaan anak2

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. yups
      macam-macam dah sekarang tetapi yang ini memang positif sebab berkaitan dengan kesihatan :)

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama