Tayangan Ekslusif Thugs Of Hindostan

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah buat pertama kalinya Hans berkesempatan menonton tayangan ekslusif untuk filem Bollywood terbaru iaitu filem Thugs Of Hindostan yang berlangsung dengan meriahnya di TGV One Utama pada hari Khamis, 8 November 2018 yang lepas.


Terima kasih kepada Team Propa Rangers yang sudi menjemput Hans untuk bersama-sama menonton filem ini dengan mereka. Macam tahu-tahu pula Hans nih memang peminat filem Bollywood dan Kollywood. Memang bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan sebab dapat pula tengok filem yang memang Hans nak tengok pun.


Memandangkan ini pertama kali Hans dapat peluang menonton tayangan ekslusif filem Bollywood, jadi rata-rata media dan penonton yang hadir terdiri daripada kaum India. Memang rasa seronok merasa suasana dan pengalaman ini sebab sebelum ini Hans hanya berpeluang menonton tayangan perdana, media atau ekslusif untuk filem Melayu, Inggeris dan Mandarin sahaja.


Nak dijadikan cerita dalam ramai-ramai yang hadir pada tayangan ekslusif filem Thugs Of Hindostan ini tiba-tiba terselit satu bunga Melayu iaitu pelakon Sweet Qismina. Adakah ini dinamakan jodoh? Memandangkan nampak dia lawa pula malam tu jadi ambil lah gambar dia sekeping sebagai kenangan. Hahaha!


Tayangan bermula tepat pada waktunya. Hans pula terlewat masuk ke panggung wayang jadi terlepas menonton dalam dua atau tiga minit permulaan filem ini. Nasib permulaan filem tidak rumit dan perjalanan cerita mudah difahami. Sebab Hans ada pengalaman menonton satu filem yang Hans termasuk lewat dalam lima minit dan sampai sudah Hans tak faham filem tersebut sebab permulaan filem itu yang merupakan kunci utama kepada keseluruhan filem. Jadi, selepas ini kena cepat-cepat masuk panggung supaya tidak terlepas babak-babak awal filem. Hahaha!



Jadi, kepada yang berminat nak baca ulasan @ review Hans untuk filem ini, boleh klik link di bawah gambar poster filem tu. Selamat membaca :)

P/S : Selepas Ini Harap-Harap Dapat Lebih Banyak Jemputan Untuk Tayangan Filem Bollywood Atau Tamil. Jangan Ingat Hans Tak Minat Sebab Hans Memang Suka Pun Tengok Filem-Filem India Ini! Layan Beb!

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم