Tourism Selangor Jayakan Kejohanan Golf PGM Maybank ADT 2018

Pihak Tourism Selangor berbangga menjadi sebahagian daripada siri jelajah berprestij ini apabila kejohanan PGM Maybank ADT 2018 berlangsung di Kelab Golf Saujana pada 28 November hingga 1 Disember ini. Pembabitan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meluaskan lagi dan mempromosi pelancongan di negeri Selangor menerusi penganjuran sukan golf bertaraf antarabangsa. Pihak Tourism Selangor turut mengambil langkah menaja program siaran Highlights PGM Tour yang merupakan sebuah program televisyen berdurasi selama 30 minit yang memaparkan pelbagai aksi menarik Kejohanan PGM Maybank ADT 2018. Untuk pengetahuan semua pembaca, saingan Jelajah Pembangunan Asia (ADT) sampai ke kemuncak dengan berlangsungnya pusingan ke-12 pada Rabu ini, sekali gus memberi peluang terakhir kepada pemain untuk memperbaiki kedudukan dalam Order of Merit ADT sebelum tirai akhir musim dilabuhkan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, terdapat 42 lapangan golf yang sebahagian besarnya bertaraf antarabangsa bertempat di negeri Selangor dan usaha meningkatkan industri pelancongan menerusi sukan golf pasti dapat dilakukan dengan lebih meluas lagi. Pihak kerajaan negeri juga sentiasa mencari jalan mengembangkan lagi industri pelancongan dalam negeri dan menerusi inisiatif menghasilkan program Highlights Televisyen Jelajah PGM ini diharapkan mewujudkan lebih banyak kesedaran serta menarik lebih banyak peminat dan pelancong untuk berkunjung ke negeri Selangor.


Datuk Abdul Rashid Asari turut memberitahu bahawa selain mempromosi lapangan golf dan tempat-tempat menarik di Selangor, dia turut mengharapkan program seperiti ini dapat membantu mengetengahkan lagi Jelajah PGM secara lebih meluas dan seterusnya menjadikan negeri Selangor sebagai Destinasi Percutian Golf nombor satu di Malaysia.


Kepada para pembaca yang mungkin kurang arif tentang permainan golf, Jelajah PGM ini merupakan sirkit profesional yang diperakui ADT dan sudah tentunya akan menarik perhatian dan penyertaan lebih ramai pemain tempatan dan asing. Jadi, keputusan Tourism Selangor membawakan kejohanan ini ke kaca televisyen serta melakukan promosi melalui pelbagai platform media termasuk elektronik, cetak dan media sosial untuk meningkatkan minat masyarakat terhadap sukan golf dan industri pelancongan negeri adalah satu keputusan yang sangat bijak.

P/S : Jom Ramai-Ramai Rakyat Negeri Selangor Main Golf Selepas Nih :)

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama