Jom Jalan Bersama Firefly Holiday

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Hari ini Hans berpeluang menghadiri majlis pelancaran Firefly Holiday Jom Jalan yang berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 6 Disember 2018.


Berita baik buat anda semua yang tergolong di dalam kategori gemar melancong, kaki makan dan suka membeli-belah kerana Jom Jalan Bersama Firefly Holiday menawarkan diskaun lebih 50 peratus apabila anda menempah penerbangan serta hotel yang ditawarkan. Untuk pengetahuan anda semua, Firefly merupakan sebuah syariakt penerbangan yang menyediakan penerbangan paling murah untuk hotel berstatus tiga bintang hingga lima bintang.

Hans Bersama Mr Ignatius Ong, CEO Firefly Airlines

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airlines, Ignatius Ong, syarikat penerbangan tersebut telah menerima lebih 180 tempahan daripada pelanggan setia Firefly dan Malaysia Airlines sejak pelancaran awalnya pada bulan Oktober yang lalu dan penerimaan serta maklum balas yang diterima daripada pelanggan mereka adalah positif. Sasaran awal mereka melalui kempen Jom Jalan ini ialah 500 tempahan pada setiap suku tahun bermula tahun hadapan.



Untuk mencapai sasaran tersebut, pihak Firefly turut menjalinkan kerjasama yang baik dengan syarikat GoQuo yang merupakan satu platform yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan hotel, sewa kereta, aktiviti dan lawatan, insurans, pengangkutan dan pelbagai lagi untuk memudahkan para pelanggan Firefly selepas ini.

Hans Bersama Mr Ron Ramanan, Pengasas GoQuo 

Selain itu, pihak Firefly turut merancang untuk bekerjasama dengan banyak lagi organisasi berpotensi yang terlibat di dalam industri pelancongan untuk meneroka inisiatif pelancongan baru seperti pelancongan perubatan, eko pelancongan, makanan, penggembaraan dan membeli-belah.


Sekitar Majlis Pelancaran Jom Jalan! Bersama Firefly Holiday Dan GoQuo

Antara organisasi-organisasi hebat yang menjadi pilihan Firefly untuk perancangan kerjasama ialah seperti KTM Holidays dan Tourism Malaysia. Secara tidak langsung ini memberikan lebih manfaat kepada semua pelanggan Firefly yang menggunakan perkhidmatan mereka.


Firefly Holiday ini merupakan sebuah portal yang sangat bagus buat anda yang menjadi pelanggan Firefly kerana anda bukan sahaja diberi pilihan untuk menyusun jadual anda mengikut kesesuaian tetapi anda turut boleh memilih sendiri waktu penerbangan, hotel serta pengangkutan yang anda gemari di portal ini. Jadi, Jom Jalan Bersama Firefly Holiday sekarang!

P/S : Memang Berbaloi Dan Jimat Habis Dengan Firefly Holiday Ini :)

6 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. tak pernah lagi travel dengan firefly but wow oh wow ramai jugak eh loyal customer diorang

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups....macam tadi pun CEO dia cakap diorang berkembang ikut kepada permintaan...kira slow-slow tetapi momentum sentiasa naik...itu yang ramai loyal customer tu :)

      Padam
  2. Balasan
    1. murah kak
      kira pergi balik hari atau 2 hari 1 malam dgn firefly holiday tu kira berbaloi lah

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama