Wangian Istimewa Demeter Fragrance Library

Assalammualaikum buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Watsons Malaysia untuk menghadiri pelancaran Demeter Fragrance Library bertempat di Other Half Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail.


Kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang jenama Demeter ini, ia sebenarnya merupakan sebuah jenama pewangi yang bukan sahaja unik tetapi telah menghasilkan pelbagai wangian hasil daripada kejayaan Demeter Fragrance Library yang berjaya memberikan tindak balas emosi yang terhasil melalui bauan yang dapat membangkitkan memori, emosi serta ekspresi anda dalam mengimbau kembali kenangan bahagia pada zaman dahulu hanya dengan menggunakan wangian ini sahaja. Terdiri daripada lebih 300 wangian yang berbeza, pewangi ini telah mula dihasilkan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1996 lagi oleh seorang pencipta berbakat iaitu Christopher Brosius dan telah menjadi kegemaran ramai orang termasuk selebriti antarabangsa. Hebat betul penangan pewangi dari Demeter Fragrance Library ini kan?


Tetapi, sebelum Hans bercerita lebih lanjut tentang keistimewaan wangian Demeter Fragrance Library, ada satu perkara yang membuatkan Hans sangat teruja pada majlis pelancaran ini. Kalau anda semua nak tahu, buat pertama kalinya Hans berpeluang untuk menghasilkan pewangi hasil buatan tangan sendiri kerana terdapat sesi bengkel yang dianjurkan pada majlis Demeter Fragrance Library tersebut untuk para media yang hadir. Terdapat 10 minyak pati yang disediakan iaitu:

1) After The Rain
2) Bonfire
3) Dandelion
4) Floral Musk
5) Fresh Lemon
6) Grass
7) Green Tea
8) Peach & Apricot
9) Pink Grapefruit
10) Wet Garden 


Jadi, langkah-langkah penyediaan telah disediakan di atas kertas dan Hans hanya perlu ikut setiap langkah mengikut urutan. Alat-alat kelengkapan turut disediakan di atas meja. Memang masa ini Hans terasa ala-ala pakar penyelidik yang menghasilkan minyak wangi di dalam makmal. Pada permulaannya untuk bekas kecil 10ml memang Hans ikut peraturan yang disediakan dengan memilih cuma tiga jenis pati untuk dimasukkan ke dalam bekas minyak wangi.


Tetapi, apabila tiba sahaja sesi menghasilkan pewangi untuk bekas minyak wangi yang besar berisipadu 30ml, memang Hans sesuka hati masukkan pelbagai jenis pati yang disediakan. Antara pati yang berjaya menarik deria hidu Hans untuk jatuh cinta ialah Green Tea, Peach & Apricot dan Floral Musk. Selepas itu Hans masukkan sedikit pati Bonfire untuk memasukkan aura kejantanan di dalam pewangi Hans. Apakah hasilnya nanti?


Akhirnya, siap sudah pewangi Hans yang dicipta dengan penuh teliti dan tawaduk. Diberi nama H20 Perfumes dan alhamdulillah bau wangi daripada pewangi ini telah diiktiraf dan dipuji oleh sesiapa yang telah menghibu bauannya. Nampaknya, terbukti Hans ada bakat menghasilkan pewangi-pewangi kegemaran ramai. Hahaha!

Dari kiri: Jason Park, Ketua Pegawai Eksekutif Fingertouche (M) Sdn. Bhd., James Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Demeter Asia Pasifik, Thoren Tan, Pengarah Perdagangan dan Danny Hoh, Pengarah Pelanggan dengan duta jenama.

Pihak Demeter yang mempunyai lebih daripada 350 cawangan di seluruh rantau Asia Pasifik telah mengeksport produk mereka lebih daripada 20 negara termasuk Malaysia. Berita menarik buat anda semua kerana produk Demeter Fragrance Library ini boleh diperoleh di seluruh cawangan Watsons. Selain itu, pihak Demeter turut menyediakan pelbagai produk lain seperti krim tangan, lip balms dan sebagainya lagi dengan bungkusan menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah buat insan tersayang sempena musim perayaan Krismas dan Tahun Baru 2019 ini.


Jadi, pada majlis pelancaran kali ini terdapat 6 jenis Wangian Klasik yang ditawarkan oleh Demeter Fragrance Library iaitu:

1) Crystal Rose
2) Sweet Baby
3) Something
4) White Musk
5) Icelandic Aurora
6) Baby Power

Serius bauan daripada wangian-wangian ini memang lembut dan sangat sedap dipakai. Antara yang Hans sangat suka ialah Crystal Rose, Icelandic Aurora dan Baby Power. Jatuh cinta pandang pertama masa sembur dengan tangan. Hehehe!


Lebih menarik lagi apabila kali ini pihak Demeter turut memperkenalkan 4 Wangian Edisi Terhad yang diinspirasikan daripada kepelbagaian kebudayaan Malaysia iaitu The City Version:

1) Kuala Lumpur
2) Ipoh
3) Melaka
4) Penang


Kini, Hans telah menggunakan pewangi edisi terhad Kuala Lumpur dan pewangi wangian klasik Baby Power untuk urusan harian. Memang sangat berpuas hati kerana bau wanginya kekal lama dan sangat selesa. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan wangian Demeter Fragrance Library ini boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Watsons di seluruh Malaysia atau layari www.watsons.com.my. untuk maklumat lanjut berkenaan produk serta harga.

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wah bestnya teringin nk bau bauan yg hans buat tu

    BalasPadam
  2. Peminat perfume.. Memang tak pernah kosong almari solek dgn perfume mama-mana jenama. White musk tu lama dah tak try..hehe.. Best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama