AFY Haniff Wajib Ada Di Rumah Anda

Assalammualaikum semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kalau sebelum ini blog Hans menjadi tumpuan ramai disebabkan kerancakan filem Misteri Dilaila. Jadi, kali ini Hans nak rancakkan lagi blog ini dengan berkongsi kepada anda semua tentang dua jenis produk AFY Haniff yang Hans telah cuba sewaktu balik ke kampung halaman.



Produk AFY Haniff ini memang diketahui oleh keluarga Hans sebab ayah memang gunakan produk ini untuk cucian lantai disebabkan baunya yang wangi dan juga fungsinya yang berperanan menghalau serangga-serangga perosak daripada datang menetap di rumah. Tetapi, produk AFY Haniff ini memperbaharui lagi senarai produk-produknya dengan pelbagai lagi produk lain. Buat pertama kalinya juga Hans  cuba gunakan sekarang dua produk mereka iaitu AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid dan AFY Haniff Plash Foaming Handwash.

AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid

Apa yang menarik sangat tentang produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini berbanding produk-produk pencuci pinggan yang lain? Hah! Ini yang Hans nak bagitahu dekat semua pembaca disini. Perkara pertama yang menarik dan istimewanya tentang produk ini ialah saiz bekasnya dimana ia didatangkan di dalam dua saiz variasi yang berlainan iaitu 500ml dan 900ml. Jadi, ini sangat memudahkan Hans dan anda juga sebagai bakal pengguna untuk memilih saiz yang berkenan di hati untuk memudahkan proses simpanan atau pun untuk merancang jangka masa penggunaan produk ini.



Kedua ialah aroma produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini memang wangi dan selesa untuk dihidu. Ia didatangkan di dalam dua versi bauan iaitu Powerful Pandan & Lime serta Powerful Serai Wangi & Lemon. Kedua-dua bauan ini memang sangat membantu di dalam menghilangkan bau bahan masakan kita yang melekat dekat periuk dengan kuali tu. Ingat senang nak tanggalkan bau ikan, belacan dan durian? Selalu Hans nak kena basuh dua tiga kali baru hilang bau-bauan degil tu tetapi Hans dah cuba sendiri dan terbukti memang sekali basuhan sahaja dan alhamdulillah periuk Hans bersih tanpa ada bauan yang melekat.



Gambar di atas ini sewaktu Hans balik ke kampung bulan lepas. Kalau balik memang selalunya emak Hans akan masakkan makanan kegemaran Hans iaitu laksa. Jadi, faham-faham jer lah bau ikan kembung bila dijadikan isi kuah laksa memang selalunya melekat dekat periuk walaupun dibasuh berkali-kali.



Jadi, Hans ambil kesempatan untuk cuba gunakan AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini untuk mencuci periuk kuah laksa. Lepas habis cuci tu Hans pun saja lah bau nak tengok berkesan atau tidak. Serius bau ikan yang kuat tu hilang walaupun sekali sahaja bagus. Memang betul lah penerangan produk ini cakap Menghapus Bau Busuk Dengan Kuasa Pandan Dan Limau Nipis!



Lebih penting disini ialah AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid mudah sangat dibilas dengan air. Secara tidak langsung membantu lah ibu-ibu dan suri rumah di dapur tu untuk menjimatkan bil air masing-masing kerana kurang menggunakan air yang banyak semata-mata nak hilangkan cecair sabunnya. Selain itu juga, produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini boleh digunakan lebih daripada 500 kali cucian. Hans dimaklumkan ia bergantung kepada cara penggunaan kita dimana jika cermat dan bijak menggunakan produk ini, bilangan cucian boleh mengjangkau hingga 1000 kali cucian. Bergantung juga kepada saiz produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid sebab ada dua saiz kan. Memandangkan cecair produk ini memang pekat jadi jangan membazir. Gunakan sedikit sahaja pun dah memadai. Macam Hans lebih suka letak di dalam bekas plastik dan tambah air sedikit memandangkan cecairnya pekat. Jadi, apabila guna pun tetap berbuih dan berkesan di dalam menanggalkan pelbagai jenis kotoran dekat periuk belanga dan pinggan mangkuk sewaktu mencuci nanti.



Macam emak Hans pula, dia cuba gunakan produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquidini bukan sekadar untuk cuci pinggan mangkuk tetapi juga membersihkan sinki dapur dan juga kawasan dapur. Maklum sahajalah kadang-kadang bila goreng ikan atau ayam mesti ada insiden meletup-letup minyak dekat dapur itu. Sebelum ini walaupun dah cuci tetapi masih tetap berbau minyak atau permukaan dapur dan jubin marmar tu macam masih rasa licin berminyak lagi. Tetapi, emak Hans cakap produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini bagus sebab memudahkan kerja dia membersihkan ruang dapur dan yang penting ruang dapur pun berbau wangi. 


Untuk pengetahuan semua, produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini didatangkan dalam dua variasi pilihan iaitu botol berwarna merah (Serai Wangi & Lemon) serta botol berwarna hijau (Pandan & Limau Nipis). Kedua-duanya wangi dan apa yang penting memang selesa dan berbaloi untuk gunakan sebagai produk cucian harian di rumah. Yang kelakar itu, ikutkan rancangan asal Hans, sebenarnya Hans sahaja lah nak bawa balik produk AFY Haniff 40 Days Dishwashing Liquid ini ke kampung halaman sebab nak ambil gambar produk nih bagi lebih cantik lagi. Tiba-tiba selepas emak Hans dah guna, dia terus suruh Hans tinggalkan terus di rumah. Katanya,"Hang kalau balik sana pun bukan selalu basuh pinggan periuk pun. Makan pun dekat luaq ja!" Hahahaha!

AFY Haniff Plash Foaming Handwash

Satu lagi produk menarik yang Hans telah cuba ialah AFY Haniff Plash Foaming Handwash. Zaman sekarang nih kebersihan harus dititikberatkan. Jadi, adab dan kepentingan menjaga kebersihan melalui aktiviti mencuci tangan selepas melakukan aktiviti-aktiviti luar atau sebagainya yang menggunakan tangan wajib diamalkan.



Hans ini sebenarnya mengalami masalah kulit kering. Jadi, Hans memang suka sangat dengan produk AFY Haniff Plash Foaming Handwash ini sebab apabila Hans guna ia bukan sekadar membersih dan menghilangkan bauan di tangan Hans selepas makan tetapi melembutkan kulit Hans. Rupa-rupanya produk ini memang diperkayakan dengan lapisan kelembapan berganda dan ekstrak yang melembutkan kulit. Lega betul sebab Hans sudah jumpa produk yang sesuai dengan Hans. Selain itu, produk AFY Haniff Plash Foaming Handwash ini juga didatangkan di dalam dua jenis variasi pilihan iaitu Fresh Aloe dan Sweet Sakura. Kedua-duanya Hans suka sebab baunya yang sangat wangi dan di bawah ini Hans kongsikan ciri-ciri keistimewaannya yang ada pada kedua-dua produk AFY Haniff Plash Foaming Handwash ini.


Secara keseluruhannya, Hans sangat selesa dan menyukai wangian serta hasil keputusan kedua-dua jenis produk AFY Haniff keluaran syarikat bumiputera tempatan ini. Bukan sahaja produk-produk ini bersih dan suci tetapi yang lebih penting ia selamat untuk digunakan. Jadi, mungkin ramai yang masih tertanya-tanya macam mana nak dapatkan produk AFY Haniff ini kan? Jadi, Hans kongsikan info dibawah sebagai rujukan untuk membantu memudahkan anda semua untuk mendapatkan produk-produk jualan AFY Haniff ini.


Siapa kata produk bumiputera tak bagus? Produk AFY Haniff ini sangat bagus dan berkualiti. Jadi, apa kata untuk kali ini anda semua cuba bertukar dengan menggunakan pula produk AFY Haniff ini. Ramai-ramai kita memberi sokongan kepada produk bumiputera ini kerana bukan sahaja harganya murah tetapi sudah terbukti kualiti yang diperoleh juga sangat membanggakan. Untuk maklumat lanjut tentang produk AFY Haniff ini, anda boleh layari laman di bawah. Sekian!

Facebook: 
AFY Haniff

Instagram:
@afyhaniff_consumer

Laman web: 
www.afyhaniff.com/

27 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Ok nak cuba lah juga jenama afy hanif ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila cuba
      mana tahu nanti terus jadi pilihan selama-lamanya
      hehehe

      Padam
  2. Rajinnya anak sapa ni membasuh hehehe...

    BalasPadam
  3. banyak rangkaian produl AFY Hanif ni ya.. blh try..

    BalasPadam
  4. Cantik botol dia, baguslah klu pencuci pinggan tu blh hilangkan bau janitor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      botol dia menarik
      bau dia pun memang best
      wangi gila

      Padam
  5. Produk Afy Hanif memang terkenal dengan wangi Dan selamat.


    Kalau guna untuk basuh pinggan Tak risau lipas merayap waktu malam ke pinggan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...
      lipas durjana tu kadang-kadang yang kecik=kecik tu lah suka sembunyi dalam kabinet
      dah pakai nih memang lari lah dia
      hehe

      Padam
  6. Bagus ni...kalau jumpa boleh beli dan cubalah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wajib beli
      bau wangi
      pekat pun pekat
      jimat lagi
      terbaik sis

      Padam
  7. Wah, nampak menarik! Nanti Zumal nak try 😉

    BalasPadam
  8. Nampak besar juga packaging tu.. Nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...yang besar tu 900ML...memang besar...heheh
      yang kecik pun ada

      Padam
  9. Bila baca cerita Hans ni, teringin pulak nak cuba satu. Nak cari la satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      sila-sila cari dan cuba
      lepas nih tak cari lain dah

      Padam
  10. nak try juga la produk ni..mcm best jer

    BalasPadam
  11. skrg dh ada mcm2 produk pencuci lak ye, sblm2 ni akak biasa beli yg serai wangi tu je kalau jenama afy hanif nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh sekarang dia jenama produk dia
      ada bau lain selain serai wangi
      dan baunya sedap-sedap belaka

      Padam
  12. Sy dh guna foaming hand wash Plash. Mmg bagus produk ni. Jimat masa mencuci tgn sb berbentuk buih tdk melekit, bau wangi yg segar hilangkan bauan degil & harga berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes sama lah dengan Hans
      senang jer cuci tangan lepas pakai minyak rambut

      Padam
  13. Malas nak beratur di pasaraya utk membeli brg keperluan? Kini anda boleh membeli rangkaian produk keluarkan AFY Haniff secara online. WhatsApp Now: https://afyhaniff.yzza.io/38ndtxwkm/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama