Everia Villas Resort Di Bukit Gambang Resort City

Alhamdulillah kali ini Hans berpeluang tinggal di Everia Villas Resort Di Bukit Gambang Resort City. Terima kasih kepada rakan yang belanja Hans tinggal di sini. 


Kawasan Everia Resort ini memang sangat cantik kerana ia berkonsepkan kawasan perumahan di San Fransisco. Terdapat tiga jenis warna rumah di sini iaitu kuning, biru dan merah jambu. 


Kawasan Everia Villas Resort Di Bukit Gambang Resort City ini memang sangat mendamaikan dan sesuai untuk keluarga yang ingin bercuti dan inginkan ruang yang 'privacy'. 


Walaupun kawasan ini jauh sedikit dari lokasi tarikan tetapi jangan risau kerana kemudahan tram disediakan untuk anda datang ke sini atau pun sewaktu ingin menuju ke tempat-tempat tarikan Utama yang berada di dalam kawasan Bukit Gambang. Anda juga boleh meletakkan kereta di kawasan parkir yang disediakan. 


Kawasan ruang tamu Everia Villas Resort ini sangat lah luas. Kalau dua atau tiga keluarga nak tidur bawah pun muat. Bilik tidur semuanya berada di tingkat atas. Apa yang menariknya ialah setiap bilik mempunyai bilik air sendiri. Jadi, memang memudahkan dan menjadikan percutian lebih selesa kerana tidak perlu berebut bilik air. 


Antara aktiviti menarik apabila tinggal di Everia Villas Resort ini ialah Hans boleh barbecue bersama rakan Hans. Segala peralatan dan bahan untuk dimasak telah disediakan. Memang tak perlu pening kepala dah. Hanya perlu memanggang dan makan dengan gembira ya. 


Memang satu pengalaman yang sangat menarik apabila dapat bersama rakan-rakan sambil melakukan aktiviti barberque bersama-sama di malam hari. 


Jadi, Jika sesiapa yang ingin menginap di Everia Villas Resort ini pasti kan anda jangan terlepas peluang untuk sama-sama melibatkan diri di dalam aktiviti sebegini apabila berada di Bukit Gambang Resort City. 

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم