Senarai Hotel Pilihan Di KLIA2

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog hanshanis.com sekalian. Jadi, kali ini Hans ingin berkongsi aktiviti seterusnya sewaktu mengikuti Half Day To KLIA 2 Media FAM Trip anjuran Tourism Malaysia dimana Hans dibawa berjalan-jalan melawat beberapa lokasi menarik yang wujud di dalam KLIA 2.


Kalau dulu-dulu masa Hans perlu pergi ke beberapa buah negara atas urusan kerja, memang Hans akui sangat takut jika terlepas penerbangan. Jadi, selalunya Hans memang akan datang awal dan sanggup berjaga berjam-jam lama-lamanya di waktu pagi semata-mata disebabkan rasa takut jika tidur nanti terlajak pula sehingga terlepas kapal terbang. Tetapi, buat sesiapa yang mempunyai masalah yang sama macam Hans sudah tidak perlu risau lagi kerana di KLIA2 terdapat beberapa pilihan hotel atau lokasi yang sesuai dan sangat selesa untuk dijadikan tempat buat anda yang ingin berehat seketika sementara menunggu kapal terbang anda tiba.

AEROTEL KUALA LUMPUR


Jika anda perlu hadir awal ke KLIA2 dan mempunyai banyak masa terluang sebelum berlepas ke destinasi pilihan anda, Aerotel Kuala Lumpur adalah salah satu pilihan yang sesuai buat anda yang terlalu mementingkan keselesaan dan rasa mewah seperti anda menginap di hotel.


Aerotel Kuala Lumpur menawarkan 5 jenis bilik yang berlainan iaitu Solo Plus, Double Plus (Twin), Double Plus (Queen), Double Squared (Double Queen) dan Family. Hans berpeluang melihat sendiri kesemua bilik di sini dan tidak dinafikan memang segala kemudahan yang disediakan sangat mewah dan begitu selesa.


Aerotel Kuala Lumpur terletak di Aras 3 berdekatan kawasan pelepasan antarabangsa KLIA dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti bilik tidur, bilik mandi, tempat pengecasan telefon, kemudahan Wifi dan pelbagai lagi yang bakal memudahkan urusan anda nanti.


Aerotel Kuala Lumpur hanya memerlukan anda untuk berjalan selama 5 minit sahaja ke setiap pintu pelepasan domestik atau antarabangsa. Beroperasi sepanjang 24 jam tanpa henti dan menawarkan 78 jenis bilik yang selesa mengikut pilihan anda. Untuk maklumat lanjut berkaitan Aerotel Kuala Lumpur ini, anda boleh melayari www.myaerotel.com sebagai rujukan anda sebelum memilih Aerotel ini sebagai tempat bermalam anda. 

PLAZA PREMIUM LOUNGE

  
Pilihan kedua buat anda ialah Plaza Premium Lounge dimana ia berbeza dengan Aerotel Kuala Lumpur. Hans melihat Plaza Premium Lounge ini lebih sesuai kepada golongan keluarga berpendapatan sederhana atau sekumpulan rakan-rakan yang bercuti bersama-sama.


Plaza Premium Lounge bukan sekadar sesuai dijadikan sebagai tempat untuk anda berehat, makan, minum, tidur dan mandi sahaja tetapi juga sesuai buat anda yang ingin bersantai sebelum menunggu waktu penerbangan anda tiba.


Senang cakap Plaza Premium Lounge lebih ekonomi dan menyediakan tempat duduk yang selesa, kemudahan internet percuma, juadah buffet, bilik tidur dan kemudahan untuk mandi-manda buat anda yang memilih untuk berehat disini.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Plaza Premium Lounge ini, anda boleh melayari www.plazapremiumlounge.com sebagai rujukan anda sebelum memilih lokasi ini sebagai tempat bermalam anda. 

CAPSULE TRANSIT HOTEL KLIA2 


Capsule Transit Hotel KLIA2 ini merupakan lokasi seterusnya yang boleh dijadikan sebagai tempat bermalam anda sementara menanti waktu penerbangan berlepas anda. Hans melihat konsep Capsule Transit Hotel KLIA2 ini sangat menepati jiwa sesiapa yang suka melancong ke luar negara dengan cara backpackers.


Terletak di Aras 1 KLIA2, Capsule Transit Hotel KLIA2 juga terletak berdekatan dengan kaunter semakan bagasi anda dan menawarkan 4 jenis bilik kapsul iaitu Female Single Capsule, Mixed Single Capsule, Queen Capsule dan Private Capsule Suite. Dari segi keselamatan jantina pula tidak perlu risau kerana ruangan tidur khas bagi lelaki dan wanita telah diasingkan.


Jangka masa minima untuk menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 ini ialah selama 3 jam dan ia sangat sesuai kepada mereka yang memilih untuk menjimatkan perbelanjaan penginapan kerana harganya yang berpatutan dan sesuai untuk golongan biasa dan sederhana.


Untuk maklumat lanjut berkaitan Capsule Transit Hotel KLIA2 ini, anda boleh melayari capsuletransit.com sebagai rujukan anda sebelum memilih lokasi ini sebagai tempat bermalam anda. 

GINTELL REST N GO EXCLUSIVE LOUNGE


Pilihan terakhir sekali yang paling ekonomi pada pandangan Hans ialah Gintell Rest N Go Exclusive Lounge. Bagi sesetengah individu, mereka tidak rasa mandi dan makan sewaktu menunggu waktu penerbangan adalah satu keperluan penting. Apa yang penting ialah dapat berehat dengan selesa, mengecas bateri telefon dan kemudahan wifi. Jadi, jika anda adalah golongan manusia seperti ini maka Gintell Rest N Go Exclusive Lounge adalah lokasi yang sesuai untuk anda. 


Bukan sekadar dapat merasa kehebatan kerusi urut mewah tetapi juga anda akan berasa tenang dengan aromaterapi serta keselesaan yang ditawarkan disini. Sewaktu Hans dibawa kesini, pihak Gintell Rest N Go Exclusive Lounge telah mengadakan promosi iaitu cuma RM48 untuk 2 jam. Ini sangat-sangat berbaloi kerana anda boleh berehat dengan selesa dan tidak perlu risau dengan beg luggage anda kerana tempat simpanan turut disediakan.


Kesimpulannya, anda mempunyai pelbagai lokasi pilihan untuk bermalam di dalam KLIA2 selepas ini. Jadi, selamat memilih lokasi bermalam anda mengikut citarasa serta kesesuaian kewangan sementara menantikan waktu penerbangan anda tiba.

2 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Betul3x... Memang lebih mudah la lepas ni kalau nak ke mana-mana. Tak perlu risau dah kalau terlepas penerbangan..

    ردحذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم