Bufet Ramadan 2019 : Rasa-Rasa Ramadan Di Connexion Conference & Event Centre Bangsar South

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan akan datang nanti iaitu di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South dengan tema Nostalgia Rasa-Rasa Ramadan sempena Bufet Ramadan 2019 yang menawarkan lebih daripada 60 jenis hidangan yang lazat dan menyelerakan.


RASA-RASA RAMADAN 
CONNEXION CONFERENCE & EVENT CENTRE 

Alamat:
The Oak Room,
Nexus (Level 3A),
Connexion Conference & Event Centre,
Bangsar South, No.7, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
9 Mei 2019 - 31 Mei 2019

Harga:
RM98 (Dewasa)
RM40 (Kanak-Kanak Berumur 6-12 Tahun)

Harga Promosi (Before 21 April 2019):
20% Diskaun

Nombor Telefon:
+603 23869137 (untuk tempahan)

Email:
enquire@connexioncec.com

Laman Web:

Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South pada tahun ini akan memberi tumpuan kepada makanan tradisional dari pelbagai negeri di Malaysia yang akan diketuai oleh Ketua Chef mereka iaitu Chef Raja Romzi. Antara hidangan utama yang wajib anda cuba kerana kelazatannya ialah menu Daging Bakar Bersos Percik, Paru Goreng Sambal Hijau, Gulai Kurma Kambing dan Ayam Betutu yang mampu membangkitkan selera makan anda.

Kambing Bakar
Daging Bakar Bersos Percik
 Ayam Betutu
 Gulai Kurma Kambing
 Udang Putih Goreng Mentega
 Paru Goreng Sambal Hijau
 Mock Chicken Kung Po Style
 Ikan Bilis, Tempe, Petai Bersambal Kering
 Kubis Lemak Bersama Labu
Rebusan Nai Pak Bersama Goji

Selain itu, Rasa-Rasa Ramadan juga menampilkan hidangan nasi dagang buat pelanggan mereka yang ingin menikmati masakan dari negeri Pantai Timur. Ada beberapa lagi hidangan tambahan lain yang Hans sempat cuba seperti roti arab bersama kacang pool dan juga menu-menu yang Hans telah kongsikan gambar di bahagian bawah ini.

 Nasi Dagang
 Gulai Ikan Tongkol
Acar Timun
Aneka Ikan Bakar (Kembung, Keli, Pari)
 Aneka Kerabu
Ikan Masin
 Aneka Sambal
 Aneka Ulam-Ulaman
 Gado-Gado
Aneka Keropok

Apa yang lebih penting disini ialah Bufet Ramadan Rasa - Rasa Ramadan ini telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan anda tidak perlu lagi risau untuk berbuka puasa disini pada bulan puasa nanti. Memang Hans berasa selesa berada disini. Bukan sahaja hidangan disini sedap-sedap tetapi suasana serta dekorasinya yang mengambil konsep alam semula jadi membuatkan Hans rasa tenang berada disini.

Aneka Mee Dan Laksa
Satay Ayam Dan Satay Daging
 Aneka Kuih Muih
 Bakalva Kacang Pistachio
Aneka Buah-Buahan
Aneka Jeruk
 ABC Corner
Aneka Minuman

Jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South pada bulan Ramadan nanti, anda bolehlah membuat tempahan dengan segera sebelum 21 April 2019 ini kerana ada harga istimewa untuk tempahan awal. Semoga anda gembira berbuka puasa di sini bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم