Kuala Lumpur Convention Centre Meriahkan Buka Puasa Ramadan!

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans berpeluang menemani rakan Hans untuk mencuba Ramadan Buffet Preview 2019 Kuala Lumpur Convention Centre yang berkonsepkan Bazar Kontemporari.


Kuala Lumpur Convention Centre 
Meriahkan Buka Puasa Ramadan! 

Alamat:
Kuala Lumpur Convention Centre,
Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
8 Mei 2019 - 31 Mei 2019

Harga:
RM150++ (Seorang)
RM100 (Korporat - 100 Orang Ke Atas)

Nombor Telefon:
+603 2333 2866 (Pertanyaan)
+603 2333 2877 (Tempahan Korporat)

Laman Web:

Untuk tahun ini, Hans dimaklumkan bahawa menu-menu yang disediakan merangkumi pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi satu kemestian pada bulan Ramadan antara lain termasuk bukhara Ramadan yang dihidangkan dengan gulai kawah daging campur bersama kedondong, gulai kawah tulang rusuk kambing bersama ubi kentang, dan gulai kawah ayam kampung bersama pisang muda lemak manis, ayam kampung masak cencaluk, lemak asam telur itik bersama sayur munggai, tembosa dan ubi getok, udang laut dengan Raja durian, dan makanan laut panggang duan pisang ‘ala Portugis’.


Menurut Chef Eksekutif Pusat Konvensyen, Hisham Bin Jaafar, Kuala Lumpur Convention Centre memperkenalkan konsep ‘bazar kontemporari’ interaktif kepada pelanggan mereka melalui pelbagai sajian lazat yang disediakan khusus oleh pasukan 52 orang chef yang telah memenangi anugerah. Suasana santai telah diubah suai dan disuntik ke dalam gerai-gerai makanan klasik tepi jalan ‘Chef Action Stations’ yang digemari ramai dan ini pastinya menjanjikan pengalaman yang pasti sukar dilupakan oleh setiap pelanggan yang memilih untuk berbuka disini sepanjang bulan Ramadan nanti. 


Chef Hisham turut memaklumkan kesemua lima dapur masakan Cina, Barat, Sejuk, Pastri dan Melay di Pusat Konvensyen ini disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi, sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa disini khususnya buat pelanggan yang beragama Islam tidak perlu risau kerana anda boleh menikmati makanan di sini tanpa was-was.


Hans turut teruja apabila mendapat tahu pada tahun ini, Kuala Lumpur Convention Centre menawarkan pilihan hidangan kontemporari dan antarabangsa untuk para pelanggan mereka yang ingin sesuatu yang berlainan daripada biasa. Sajian yang dimaksudkan ini termasuklah pita kebab Arab daging cincang, teriyaki Jepun dan aneka pilihan sushi, ikan panggang Tikka, nasi ayam Hainan dan kambing bakar golek Harissa yang tersohor dan dihidangkan dengan sos pudina dan sos berempah.

Aksi Seorang Chef Memasak Hidangan Yang Menyelerakan :)


Satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah pihak Kuala Lumpur Convention Centre (Pusat Konvensyen) akan mendermakan 5% hasil kutipan daripada jamuan berbuka puasa Ramadan pada tahun ini kepada badan-badan amal yang disokongnya selaras dengan wawasannya untuk ‘Mengimarahkan Bulan Ramadan Dengan Semangat Bersedekah’. Jadi, ini adalah salah satu langkah yang baik kerana selain menjamu selera kita juga dapat beramal kepada yang memerlukan. Berkenaan dengan solat pula, anda tidak perlu khuatir untuk berbuka puasa disini kerana Pusat Konvensyen juga menyediakan bilik solat khas, sejadah, selipar, tempat wuduk dan Imam untuk mengimamkan umat Islam yang ingin menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selesa selepas berbuka puasa.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa disini maka bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana tempat duduk disini adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web yang Hans telah kongsikan di awal artikel ini. Selamat menjamu selera di Kuala Lumpur Convention Centre pada bulan Ramadan nanti.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم