Bufet Ramadan 2019 : Pakej Berbuka Puasa Termurah Di Dewan Tengku Zara Bangi

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Kali ini Hans nak berkongsi dengan anda semua berkenaan salah satu lagi lokasi menarik untuk anda berbuka puasa pada bulan Ramadan ini iaitu di Dewan Tengku Zara yang terletak di Bangi. Apa yang menariknya Bufet Ramadan disini menyediakan lebih daripada 150 jenis juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang berkonsepkan warung. 


BUFET RAMADAN
DEWAN TENGKU ZARA BANGI 

Alamat:
Lot 1513-B,
Batu 18 1/2 Jalan Bangi,
Kg Sg Tangkas,
43000 Kajang,
Selangor.

Hari:
Rabu - Jumaat

Tarikh:
8 Mei 2019 - 2 Jun 2019

Waktu:
6.30 P.M - 9.30 P.M

Harga:
RM55 (Dewasa)
RM27.50 (Kanak-Kanak)
*RM1 Akan Didermakan Kepada Fakir Miskin

Nombor Telefon (Tempahan):
0124750151 (Mazmadi)
0192495778 (Nisa)
01136981261 (Sue)
0126140151 (Syazwan)
0199451449 (Emma)

Facebook:

Instagram:


Antara hidangan yang menjadi tumpuan sewaktu Hans berbuka disini ialah Kambing Golek Arab yang disediakan di luar dewan bersama dengan Nasi Mandy. Memang menu ini mendapat pujian ramai pihak yang berbuka puasa disini. Selain itu, kepada anda yang inginkan nasi putih jangan risau kerana ia turut disediakan bersama berbelas-belas lauk pauk yang sangat mengiurkan seperti ikan bakar, gulai kawah, ikan patin tempoyak, telur itik masak lemak, daging kicap dan macam-macam lagi yang bakal membuat anda beristifar panjang kerana keliru hendak makan yang mana dahulu.


Terdapat tiga aras di Dewan Tengku Zara Bangi ini dan setiap aras juga dihidangkan pelbagai makanan yang berbeza. Jangan risau tentang tempat solat kerana dewan ini menyediakan kemudahan surau yang sangat luas, berhawa dingin dan cukup selesa. Sedikit info tambahan untuk para pembaca, Bufet Ramadan yang berlangsung di Dewan Tengku Zara ini diuruskan oleh syarikat katering Azam Pandan Sdn Bhd yang dipimpin oleh Encik Mazmadi Mohamad. Bukan calang-calang orang kerana beliau cukup berpengalaman di dalam bidang makanan dan minuman selama 15 tahun. Apa yang membuatkan Hans lebih teruja kerana Encik Mazmadi pernah bekerja di pebagai hotel yang berstatus lima bintang seperti Shangri-La, Holiday Villa London dan rangkaian Hotel Seri Malaysia. Jadi, memang tidak hairan lah apabila hidangan-hidangan yang disediakan disini sememangnya berjaya membuka selera Hans dan rasanya diakui sangat sedap.


Memang satu pengalaman yang menarik berbuka puasa di Dewan Tengku Zara kerana keadaan dewannya yang sangat cantik bak hotel 5 bintang. Lebih penting ialah kemudahan parkir kereta dan motosikal yang disediakan sangat luas menjadikan anda tidak berasa tertekan untuk mencari ruang meletak kenderaan anda jika lewat tiba kesini nanti.


Jadi, jika anda bercadang untuk berbuka puasa di Dewan Tengku Zara yang terletak di Bangi pada bulan Ramadan nanti, silalah membuat tempahan dengan segera kerana hidangan-hidangan yang disediakan oleh pihak Azam Pandan Catering ini sememangnya lazat dan berbaloi untuk dinikmati bersama dengan orang yang tersayang. Selamat berbuka di sana.

6 تعليقات

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. melihat semua menu makanan ini diwaktu tengahari sebegini, sangat lah menggoda hati. hahahahhahaha

    ردحذف
  2. ramadhan's post will be a lot on food i see. haha

    ردحذف
    الردود
    1. hahahaha
      sebab dah semua event berbuka kebanyakkannya
      hehehe

      حذف

إرسال تعليق

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم