Foodpanda Malaysia Kini Lebarkan Sayap Di Seluruh Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Foodpanda Malaysia untuk menghadiri sebuah majlis anjuran mereka yang berlangsung dengan cukup meriah di Menara Obyu, Damansara Perdana pada 19 Jun 2019 yang lepas.


Register Dengan Klik Link Di Bawah Untuk Dapatkan RM15 Secara Percuma:

Untuk maklumat para pembaca, tahun 2019 merupakan tahun yang cukup cemerlang buat pihak Foodpanda Malaysia apabila mereka telah membuktikan kebolehan untuk berkembang lebih jauh dengan menjejakkan kaki di enam buah bandar baharu iaitu Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu hanya dalam hanya tempoh enam bulan sahaja. Setakat ini, foodpanda telah mencipta nama di lebih 80 bandar merentasi lapan negara di Asia Pasifik.  


Sebahagian daripada jenama Delivery Hero yang merupakan bisnes terkemuka global dalam industri penghantaran makanan yang beribu pejabat di Berlin dan beroperasi di lebih 30 negara seluruh dunia, Foodpanda Malaysia telah berpegang teguh dalam misi mereka untuk membawa makanan kepada rakyat Malaysia setiap hari dan dengan pengembangan ini yang merupakan antara yang terbesar bagi jenama penghantaran makanan dimana ia turut disertai dan mendapat sokongan daripada lebih 6,000 peniaga.


Foodpanda menyatakan kegembiraan mereka kerana dapat menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pengguna Malaysia di luar sana dalam tempoh enam bulan ini. Misi mereka iaitu membawakan kemudahan dan kepelbagaian kepada pelanggan telah tercapai dan kali ini pihak mereka berharap dapat memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia dengan merentasi bandar-bandar baharu dalam bulan-bulan yang akan datang.


Apa yang lebih menarik apabila pihak Foodpanda Malaysia telah menambah lebih banyak rakan restoran di seluruh negara. Hans sendiri sangat seronok apabila mengetahui terdapat pilihan makanan dari restoran kegemaran Hans yang boleh didapati di dalam aplikasi Foodpanda ini seperti KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.


Menurut pihak Foodpanda, pertumbuhan syarikat mereka pada tahun lepas adalah sebanyak lebih 200% dan matlamat mereka untuk sepanjang tahun ini pula adalah untuk terus berkerjasama dengan senarai rakan peniaga makanan untuk berkembang dan mencapai lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negeri.


Pada majlis yang sama, Hans berpeluang menikmati minuman buble Gong Cha yang sangat lazat. Buat para peminat Gong Cha, anda kini pasti sudah boleh bergembira kerana bubble berperisa coklat akan ditambah kepada menu mereka Julai ini dan akan dilancarkan secara eksklusif di Foodpanda sebelum sampai ke cawangan-cawangan mereka. Selepas ini memang semakin mudah lah untuk menikmati minuman yang sangat lazat ini.


Sejak tahun 2012 lagi, pihak Foodpanda Malaysia sentiasa berusaha dan berjaya menambah baik perkhidmatan penghantaran makanan yang sedia ada dengan ciri-ciri unik seperti:


1) Order minima serendah RM5 setiap pesanan.

2) Caj penghantaran terendah pada harga RM3 di Lembah Klang dan RM2 di seluruh negara.

3) Pelbagai pilihan makanan termasuk restoran rantaian antarabangsa dan pelbagai makanan tempatan kegemaran rakyat Malaysia.

4) Lebih 6,000 restoran di seluruh Malaysia.

5) Pengembangan yang pesat di bandar-bandar seluruh negara.

6) Penghantaran makanan 24 jam 7 hari seminggu.

7) Aplikasi mesra pengguna - yang membolehkan pelbagai kaedah pembayaran, pesanan awal dan pesanan semula, kepelbagaian dalam menapis pilihan, swimlane dan dompet baucar buat pengguna.

8) Lebih 1,000 tawaran dan diskaun setiap bulan termasuk kerap menawarkan caj penghantaran percuma dalam aplikasi.


Jadi, buat para pembaca yang berminat untuk menggunakan aplikasi foodpanda ini. anda boleh muat turun dari Play Store dan App Store atau layari laman web foodpanda untuk menikmati penghantaran makanan yang terbaik pada harga yang berpatutan.

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama