Minuman Baharu Coolblog Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Baru-baru ini Hans telah dijemput oleh pihak Coolblog Malaysia untuk menghadiri majlis Pelancaran Minuman Unicool yang dilancarkan oleh Encik Ahmad Faizal dan Cik Win Zaidi Zakaria. Majlis kali ini telah memperkenalkan tiga minuman perisa baharu iaitu Magical, Dazzle dan Twinkle yang telah menjadi tarikan serta tumpuan utama bagi pelancaran kali ini. 


Dengan tema "Fantasi menjadi Realiti", minuman Unicool telah menjadi kegemaran setiap lapisan masyarakat di Malaysia saat ia mula di diperkenalkan kepada para peminatnya. Untuk pengetahuan semua, pihak CoolBlog Dessert Sdn Bhd telah menyasar untuk mengukuhkan kehadirannya di negara ini terutama di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang.


Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Win Z. Zakaria turut berkata sasaran itu bertujuan untuk menambah bilangan cawangannya di seluruh negara selain mengukuhkan kedudukan syarikat. Jadi, perisa terbaru minuman Unicool ini telah diinspirasikan daripada warna indah pelangi, fantasi serta kisah dongeng yang didatangkan dalam tiga perisa iaitu Unicool Magical, Unicool Dazzle and Unicool Twinkle. 


Gabungan rasa keladi, strawberi dan manisan coral biru ini sememangnya menawarkan satu pengalaman rasa yang sangat indah. Menariknya setiap minuman Unicool ini dijual pada harga RM7.50 sahaja bagi saiz 700ml. Hans sendiri turut berkesempatan merasa ketiga-tiga minuman ini dan Hans sangat menyukai rasa minuman Dazzle yang cukup lazat.


Buat para peminat minuman Coolblog, promosi Unicool ini secara rasminya telah berlangsung mulai hari ini dengan menawarkan tawaran yang cukup menarik dimana dengan setiap pembelian minuman Coolblog berjumlah RM8 ke atas di cawangan Coolblog yang terpilih, anda layak mendapat bauar tunai Unicool bernilai RM2 bagi pembelian seterusnya. Jadi, rebutlah peluang keemasan ini sekarang.


Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran anak-anak kecil dari Rumah Perlindungan PERNIM yang menjadi tetamu cilik kehormat pada kali ini dimana mereka bukan sahaja dapat menikmati tiga minuman baharu Unicool ini tetapi turut dibawa untuk menonton filem animasi terbaru Toy Story 4 di panggung wayang MM Cineplex, Mutiara Damansara.

4 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama