I Love Coffee & Tea Expo Untuk Kaki Kopi Teh

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Pada 24 Jun 2019 yang lepas, Hans berkesempatan berkunjung ke I Love Coffee & Tea Expo yang berlangsung di Da Men Mall, Subang Jaya bermula dari 24 Jun 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini.


Apa yang menariknya ialah Pameran I Love Coffee & Tea Expo yang dibawakan oleh Golden Land Expo (M) Sdn. Bhd. ini menampilkan pelbagai jenis gerai yang mempunyai keunikan tema yang tersendiri serta menyediakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspo ini berlangsung pada setiap pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Jika anda peminat kopi dan teh, Hans jamin anda pasti terasa seperti berada di syurga kopi dan teh kerana terdapat pelbagai jenis kopi dan teh dari seluruh pelusuk dunia ditawarkan di dalam ekspo kali ini.


Salam satu yang menarik perhatian Hans ialah demonstari menyediakan kopi Juan Valdez yang didatangkan khas dari Columbia. Sangat menarik melihat cara kopi ini disediakan menggunakan alat pembuat kopi yang sangat canggih dan unik. Anda juga boleh membeli sendiri kopi Columbia ini di kawasan kioks Juan Valdez yang terletak di kawasan I Love Coffee & Tea Expo ini.


Hans turut berpeluang menikmati kopi jenama Taukeh sewaktu I Love Coffee & Tea Expo ini berlangsung. Menarik melihat nama jenama ini kerana ianya mudah diingati. Menariknya kerana sekarang terdapat promosi hebat dimana ia bukan sahaja dijual dengan harga yang murah tetapi juga anda berpeluang mendapat hadiah istimewa untuk setiap pembelian. Rasanya boleh tahan dan majoriti pastinya menyukainya.


Hans juga turut berpeluang merasai salah satu jenis perasa kopi Arissto yang didatangkan khas dari Itali. Sebagai seorang yang lebih menggemari teh berbanding kopi, Hans agak terkejut kerana mampu menghabis kopi Arissto ini. Bagi Hans, kopi ini mempunyai rasa yang unik dan ianya dijual sekali dengan mesin pembuat kopi khas untuk jenama Arissto ini. Apa yang menarik ialah anda boleh menyewa pembuat kopi yang canggih ini dengan harga cuma RM1 setiap bulan. Menarik kan? 


Sebagai salah seorang peminat teh bunga madu, Hans sebenarnya sangat menyukai rasa Longan Flower Honey serta Wildflower Honey yang dijual sini. Untuk pengetahuan anda, madu yang digunakan diperoleh daripada kawasan perternakan lebah madu di Chiang Mai, Thailand dimana produk ini merupakan produk organik yang langsung tidak mempunyai atau menggunakan sebarang bahan kimia. Serius rasanya sangat sedap dan begitu berbaloi untuk dibeli sementelah pembungkusan produk jenama Lovoury ini juga sangat cantik dan menawan. 

 Rock Tea
 Promosi Besar-Besaran Di I Love Coffee & Tea Expo

Hans juga turut menyukai jenama kopi di atas dimana campuran rasa kopi dan teh tarik yang ditawarkan membuatkan Hans berulang kali minum dengan perasaan yang cukup gembira. Bungkusan kopi teh yang Hans maksudkan ini ialah bungkusan paling kanan pada gambar di atas. Anda pasti tidak akan menyesal jika mencuba minuman ini.


I Love Coffee & Tea Expo ini bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis produk kopi dan teh semata-mata tetapi turut menawarkan alat minuman iaitu cawan-cawan yang unik untuk dibeli oleh anda jika datang ke ekspo ini. Apa yang menarik sebenarnya tentang cawan-cawan yang mempunyai saiz dan corak yang berbeza-beza ini walaupun ianya didatangkan di dalam satu set?


Hans sangat menyukai perkara ini kerana Hans dapat mendengar penerangan tentang keistimewaan cawan ini berbanding cawan porcelin dan berkesempatan mencuba minuman teh yang diletakkan di dalam kedua-dua cawan untuk merasai perbezaannya. Apa yang unik serta istimewannya ialah cawan yang dijual disini mampu mengubah rasa serta suhu air teh yang sedang panas menjadikan rasanya lebih manis dan segar. Memang ini adalah salah satu perkara baru buat Hans. Jadi, kalau anda datang ke I Love Coffee & Tea Expo ini silalah cari satu kawasan yang menempatkan meja serta teko kecil yang sedang dipanaskan untuk anda cuba sendiri rasai perbezaan minum teh di dalam kedua-dua cawan yang berbeza material pembuatannya ini.


Selain itu, I Love Coffee & Tea Expo turut mengadakan pembagai aktiviti amal yang menarik sepanjang ekspo berlangsung seperti penglibatan Rumah Orang Tua dari Yi Xing USJ Old Folks Home, Rumah Charis Old Folks Home serta Kanak-kanak Unprivileged dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR). Paling penting anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki I Love Coffee & Tea Expo ini kerana ia adalah percuma. Jadi, buat anda yang kaki teh, kaki kopi atau peminat teh dan kopi ini diharapkan segera datang ke I Love Coffee & Tea Expo ini kerana inilah dunia idaman buat para penggemar minuman kopi dan teh. Selamat berkunjung :)

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

أحدث أقدم